Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 9 Februari 2020

Whipping cream

WHIPPING CREAM (DAIRY) contoh ANCHOR & SEPERTI GAMBAR D BAWAH.

*Dikenali juga sebagai Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream @ Thick Cream @ Double Cream.
*Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi lemak yang lebih berbanding dengan Non Dairy Whipping Cream ( 35 % lemak susu )
*Ia sesuai digunakan dalam masakkan barat,membuat kek seperti tiramisu ( kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis)
*Tidak sesuai untuk hiasan dan salut pada kek kerana mudah cair.
*Ia sesuai untuk hiasan mudah untuk ais krim @ pencuci mulut ala barat.
*Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.
*Ia hendaklah diputar dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi kental dan boleh lah di masukkan dalam masakkan ala barat.
*Selain itu whipping cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai Thickening agent (ejen pemekat )
*Sebaiknya sebelum putarkan krim,simpan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan pembeku)
*Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk.
*Kek yang menggunakan whipping cream seperti tiramisu,triffle.
*Kek tersebut di simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan.
Nota tambahan:
*Jangan terlebih putar adunan whipping cream kerana ia akan cair semula.
*Ia boleh menjadi 'seperate'@ terpisah menghasilakan buttermilk ( ia merupakan gumpalan berwarna kuning pucat )
Cara Menyimpan
*Simpan dalam peti sejuk ( chiller ).
*Tak perlu simpan dalam pembeku.
*Boleh tahan dalam 1 minggu selepas di buka.

Petua penggunaan gula dlm brownies


Untuk pengetahuan smua  sikit tentang pengunaan gula dlm brwnies.  Anda boleh guna smua jenis gula ( icing, kastor & gula perang) dan boleh juga kurangkan sukatan gula ikut kemanisan yang anda kehendaki.

 guna untuk satu adunan brownies hanya 140g gula perang. Bakar rak tengah²..

Suhu kena ikut oven masing2 ya. kenali oven anda... pakai the bakers 100l suhu 150 utk api atas bawah selama 15 mnit & 140 api bawah sahaja 15 mnit off oven & biarkan dlm oven 10 mnit bukak pintu oven skit...

Suhu bagi setiap oven tak sama .. seandainya dah dpt (jumpa) suhu yang sesuai.. kekalkan cara bakar ( kalau bole catit suhu tersebut).

Off button kipas bg oven yang ada kipas ya...untuk elakkan brwnies jadi kering.

selamat maju jaya semua...<3


lama sungguh tidak membuat laksa ni....mungkin kerana kesihatan yang tidak nengizinkan...sesekali memang merindui saat tika rajin memasak dulu