Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 25 Ogos 2013

Betul tak En Suami..


Makanan yang dimasak isteri bukan semata-mata untuk menghidupkan jasad,
tapi menyuburkan cinta seorang suami walaupun apa yang kita masak itu tidak sesedap masakan kat hotel-hotel tu..
Kasih sayang dan keikhlasan yang tercurah ke dalam masakan tulah yang membaja kasih dia walau tak sehebat mana

Agak2 betul tak..en suami ..kalau saya rajin masak awak lagi sayang saya tak...???
hihihi..
Bila saya dah takde nanti adakah awak akan rindu masakan saya...
 




Langsing Dengan Lemon



  Hanya untuk berkongsi maklumat..

Khabarnya lemon dapat membantu melancarkan sistem pencernaan,memenuhi  keperluan vitamin c serta memerangi radikal bebas di dalam tubuh,malahan kebanyakan selebriti sering menggunakan lemon untuk menjaga lelangsingan tubuh..

hmm nampak gayanya esok nak pergi supermarketlah..nak pergi borong buah lemon banyak-banyak buat stok dalam peti ais..nak langsing juga ni..badan dah mendadak naik..banyak baju dah tak muat dipakai..


  1. Baik untuk perut.Minum jus lemon secara teratur dapat meringankan masalah pencernaan.
  2. Perawatan kulit.Lemon menjadi ubat antiseptic semulajadi yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit.
  3. Perawatan gigi .Juslemon segar yang dititiskan pada bahagian gigi yang sakit boleh membantu menghilangkan rasa sakit gigi.
  4. Pulihkan jangkitan tenggorok.Minum jus lemon boleh membantu memulihkan jangkitan tenggorok dan tonsil akibat bakteria.
  5. Menurunkan berat badan .Minum air hangat yang dicampurkan lemon dengan madu boleh membantu mengurangkan berat badan.
  6. Mengawal tekanan darah tinggi.Kandungan kalium yang tinggi di dalam lemon boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi mual dan menenangkan fikiran 

Hanyir-Hanyir Si Ikan Darat (Petua dan Caranya)

Sekadar berkongsi apa yang dibaca..
 
Petua
 
  • Ketika menyiang ikan ,kikis lendir yang melekat pada ikan tu.pastu redam dalam air asam jawa yang dicampur dengan garam,asam keping dan daun kesum yang di ramas-ramas.Biarkan selama 15 minit atau setengah jam baru bilas dengan air biasa.
  • kosek ikan dengan campuran serbuk kunyit dan garam hingga keluar lendirnya dan bilas dengan air bersih.
  • Basuh ikan dengan perahan air limau nipis  atau limau kasturi atau juga lemon
  • kosek dengan campuran asam,garam
  • kosek ikan dengan asam,garam ,serai yang diketuk-ketuk atau daun serai wangi yang telah disimpul
  • Mengosek ikan dengan potongan pelepah pisang dan air limau nipis juga dikatakan boleh menghilangkan hanyir ikan yang dibela dalam kolam.
  • Air basuhan beras juga dikatakan boleh mengurangkan hanyir ikan.Kosek dengan sedikit air kemudian basuh lagi dengan  lebihan air  beras tadi.Akhir sekali barulah bilas dengan air biasa.
  • Jika dihidangkan bergoreng lipat,daun pandan atau daun kunyitisikan ke dalam perut ikan dan goreng mengikut resepi yang disediakan.
  • Resepi yang menggunakan rempah jintan,daun kari dan rempah tumis juga membantu menghilangkan hanyir ikan .

Khasiat Tembikai (Anti Kanser)

Buah tembikai  merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).

Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.

Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.

Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.

Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.

Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
 Rasulullah saw bersabda.."Apabila kamu makan buah-buahan, makanlah tembikai kerana buah itu buah syurga yang mengandungi 1000 berkat dan 1000 rahmat. Memakannya menyembuhkan setiap penyakit."
 
 Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Amalan memakan buah tembikai boleh menyebabkan peredaran darah sentiasa sihat dan kulitnya juga mempunyai khasiat.
“Ia adalah satu cara yang baik untuk menyantaikan saluran darah tanpa menggunakan ubat yang mempunyai kesan sampingan,” kata para penyelidik.

Citrulline bertindak balas dengan enzim tubuh apabila diambil dengan jumlah yang besar.


Menurut penyelidik itu, golongan lelaki mesti mengambil enam potong tembikai untuk mendapatkan kesan yang baik.

Berdasarkan kajian yang dilakukan pasaukan perubatan Amerika Selatan dan German,mendapati tembikai susu pula memiliki sejenis bahan kimia penting yang dipanggil odenosene.Bahan ini juga boleh diperolehi dalam bawang besar dan bawang putih. Odenosene ini mengandungi anticoagulant yang berupaya untuk menghalang pembekuan darah dan mengurangkan risiko strok serta penyakit kardiovaskular.

Selain itu itu tembikai juga kaya dengan carotenoids.Salahsatu makanan penting untuk menghasilkan nutrien anticancer .Dipercayai diet yang kaya dengan tembikai boleh membekalkan perlindungan 7 kali lebih banyak terhadap serangan kanser berbanding diet rendah carotene.

Kesan nutriennya boleh digandakan dengan memasukkan tembikai  dalam menu setiap pagi. Campuran madu dengan tembikai bukan sahaja enak juga menambahkan khasiatnya.Kandungan asid caffeic yang terkandung dalam madu asli berupaya untuk menghalang kanser.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.


Sesetengah masyarakat percaya kulit tembikai boleh digunakan untuk melegakan ruam panas.Sapu ruam panas dengan kulit tembikai dipercayai dapat mengatasi masalah tersebut..

Biji tembikai juga berkhasiat .Dengan mengamalkan teh biji tembikai setiap hari boleh menurunkan tekanan darah.Amalkan teh tersebut tiga kali sehari setengah jam sebelum menjamah makanan utama.

daun tembikai pula banyak kalsium dan telah menjadi pilihan utama untuk membuat baja kompos..

apalagi kawan-kawan jomlah kita pakat makan buah tembikai setiap hari ya..
baik untuk kita..mencegah lebih baik daripada mengubati ...ya kan.. 

Projek Hari Minggu (Laksam/laksa Kelantan./ puding jagung,kek lumut)

 hari ni bangun pagi tak tahu nak buat apa..teringat ada ikan yang telah dikukus apa lagi projek buat laksam dan laksa lah pulak.Seronok sebenarnya memasak ni.macam malam tadi permintaan anak-anak nak makan sushi..apa lagi suruhlah en suami pergi belikan tuna srdin .buat sushilah hingga kenyang anka-anak makan.lepas buat sushi buat pulak kerepek  sewead ..walaupun penat balik dari Gedong tapi tengok anak-anak makan hilang penat.
hari ni pulakprjek laksam,puding jagung dan kek lumut..balik en suami terkejut kita dah siap masak..


2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cawan air suam

Cara2:

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dalam setengah jam 
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
6. Letak pinggan  dalam  periuk kukusan
7. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis
8. Kukus sampai keras
9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
10.gunting sederhana tebal

bahan: (kuah laksam)
Kuah: 1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung

2 batang serai
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit asam keping
sedikit gula

garam ,belacan,sedikit gula dan serbuk perisa(kalau suka)

Buat kuah:
1.Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2.Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3.Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.
4.Buang tulang ikan.
5.Kisar isi ikan dengan serai, bawang merah dan air rebusan.
6.Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
7.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
8.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.
9.Tutup api.

Ulam: kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, salad
- semua hiris halus dan campurkan bersama
Taugeh - direndam dalam air panas sebentar
Timun - buang kulit, buang tengah dan hiris halus-halus

Buat sambal:
1. cili besar dan cili kecil ditumbuk dengan sedikit garam







Puding Jagung

Bahan-bahan
15 gm agar-agar
6 cawan air
1/2 cawan gula
sedikit garam
1 tin susu cair
3 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu tepung kastad
2 sudu marjerin
1 sudu kecil esen vanila
1 tin jagung

Cara buat 
  1. Campurkan agar-agar dan gula serta air dalam periuk
  2. Masak atas api sederhana/kecil sehingga agar-agar hancur
  3. kisar susu cair ,susur pekat ,esen vanila,tepung kastard dan marjerin
  4. campurkan dalam periuk agar-agar tunggu sehingga mendidih masukkan dalam loyang bersama jagung dalam tin tu dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga dia beku
  5. Sejukkan dulu disuhu bilik 
  6. Dah sejuk, baru masukkan ke peti ais 
  7. Lebih kurang 1/2 jam dalam peti ais, bolehlah dikeluarkan potong dan jamulah anak-anak makan...
cubalah ya..

Kek Lumut

Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri Sarawak Di Gedong..