Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 25 Ogos 2013

Khasiat Tembikai (Anti Kanser)

Buah tembikai  merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).

Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.

Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.

Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.

Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.

Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
 Rasulullah saw bersabda.."Apabila kamu makan buah-buahan, makanlah tembikai kerana buah itu buah syurga yang mengandungi 1000 berkat dan 1000 rahmat. Memakannya menyembuhkan setiap penyakit."
 
 Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Amalan memakan buah tembikai boleh menyebabkan peredaran darah sentiasa sihat dan kulitnya juga mempunyai khasiat.
“Ia adalah satu cara yang baik untuk menyantaikan saluran darah tanpa menggunakan ubat yang mempunyai kesan sampingan,” kata para penyelidik.

Citrulline bertindak balas dengan enzim tubuh apabila diambil dengan jumlah yang besar.


Menurut penyelidik itu, golongan lelaki mesti mengambil enam potong tembikai untuk mendapatkan kesan yang baik.

Berdasarkan kajian yang dilakukan pasaukan perubatan Amerika Selatan dan German,mendapati tembikai susu pula memiliki sejenis bahan kimia penting yang dipanggil odenosene.Bahan ini juga boleh diperolehi dalam bawang besar dan bawang putih. Odenosene ini mengandungi anticoagulant yang berupaya untuk menghalang pembekuan darah dan mengurangkan risiko strok serta penyakit kardiovaskular.

Selain itu itu tembikai juga kaya dengan carotenoids.Salahsatu makanan penting untuk menghasilkan nutrien anticancer .Dipercayai diet yang kaya dengan tembikai boleh membekalkan perlindungan 7 kali lebih banyak terhadap serangan kanser berbanding diet rendah carotene.

Kesan nutriennya boleh digandakan dengan memasukkan tembikai  dalam menu setiap pagi. Campuran madu dengan tembikai bukan sahaja enak juga menambahkan khasiatnya.Kandungan asid caffeic yang terkandung dalam madu asli berupaya untuk menghalang kanser.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.


Sesetengah masyarakat percaya kulit tembikai boleh digunakan untuk melegakan ruam panas.Sapu ruam panas dengan kulit tembikai dipercayai dapat mengatasi masalah tersebut..

Biji tembikai juga berkhasiat .Dengan mengamalkan teh biji tembikai setiap hari boleh menurunkan tekanan darah.Amalkan teh tersebut tiga kali sehari setengah jam sebelum menjamah makanan utama.

daun tembikai pula banyak kalsium dan telah menjadi pilihan utama untuk membuat baja kompos..

apalagi kawan-kawan jomlah kita pakat makan buah tembikai setiap hari ya..
baik untuk kita..mencegah lebih baik daripada mengubati ...ya kan.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!