Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 25 Ogos 2013

Hanyir-Hanyir Si Ikan Darat (Petua dan Caranya)

Sekadar berkongsi apa yang dibaca..
 
Petua
 
  • Ketika menyiang ikan ,kikis lendir yang melekat pada ikan tu.pastu redam dalam air asam jawa yang dicampur dengan garam,asam keping dan daun kesum yang di ramas-ramas.Biarkan selama 15 minit atau setengah jam baru bilas dengan air biasa.
  • kosek ikan dengan campuran serbuk kunyit dan garam hingga keluar lendirnya dan bilas dengan air bersih.
  • Basuh ikan dengan perahan air limau nipis  atau limau kasturi atau juga lemon
  • kosek dengan campuran asam,garam
  • kosek ikan dengan asam,garam ,serai yang diketuk-ketuk atau daun serai wangi yang telah disimpul
  • Mengosek ikan dengan potongan pelepah pisang dan air limau nipis juga dikatakan boleh menghilangkan hanyir ikan yang dibela dalam kolam.
  • Air basuhan beras juga dikatakan boleh mengurangkan hanyir ikan.Kosek dengan sedikit air kemudian basuh lagi dengan  lebihan air  beras tadi.Akhir sekali barulah bilas dengan air biasa.
  • Jika dihidangkan bergoreng lipat,daun pandan atau daun kunyitisikan ke dalam perut ikan dan goreng mengikut resepi yang disediakan.
  • Resepi yang menggunakan rempah jintan,daun kari dan rempah tumis juga membantu menghilangkan hanyir ikan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!