Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 10 Mei 2014

Pantun spontan buat ibu

Pergi ke pasar membeli Budu
Beli bersama buah Pauh
Mengapa hati terlalu rindu
Sebab ibu terlalu jauh.

Termenung teruna di tengahari
Termenung seorang di dalam kereta
Walaupun teknologi di hujung jari
Mana nak sama di depan mata

Menjala ikan dapat pari
Namun itu tetap rezeki
Rindu ibu tidak terperi
Mengenang kan kasihnya tidak berbaki

Mentari terbit indah sekali
Menenangkan minda sejuk hati
Kasih ibu tidak terbeli
Tiada juga galang ganti

Senja indah di muara 
Sayup terdengar beduk dipalu
Nasib dapat dengar suara
Melerai rindu diulit pilu..

Selamat hari ibu buat mak....
Salam dari kejauhan
Semoga dirimu dilimpahi rahmat
Dalam sentiasa langkah perjalanan.....

- Anak Pantai-

Selamat hari ibu ....mak

Mak..
Semoga Allah sentiasa merahmati mak..
Walau tangan tak dapat mengucup 
Walau pipi mak tak dapat saya cium
Walau tubuh mak tak dapat saya peluk
Walau jarak memisahkan kita
Namun hati saya sentiasa pada mak
Sentiasa di hati ini
Takdir Ilahi jarak penghalang buat kita
Saya anak mak yang ditakdirkan berjauhan dengan mak
Apakan daya saya mak..
Dalam keberuntungan saya sebenarnya saya lah yang begitu rugi
Kerana nikmat saya untuk bersama dengan mak setiap hari seperti darah daging saya tidak dapat saya rasa..
Mak..
Biarpun dari kejauhan
Selamat hari ibu buat mak
Setiap hari adalah hari ibu untuk mak..
Semoga Allah sentiasa merahmati Mu
Buat mak Fatimah Ismail
Dan Al Fatihah buah arwah ibu mertua ku..
Ma...semoga rohmu dicucuri Ilahi...
Walau seketika mengecapi kasih Ma...
Tetapi saya bahagia Ma menerima saya seadanya..


-AnakPantai-