Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 23 Januari 2019

Aktiviti Kelab Bagus SMKKJ-Melawat Pn Sarimah Ismail


Baru-baru ini sebahagian AJK Kelab Bagus bersama penyelaras Pn Normala Misman telah membuat lawatan atau kunjugan sayang buat cikgu Sarimah yang mengalami masalah saraf dan terpaksa bercuti sakit selama satu bulan.
Semoga Pn Sarimah cepat sembuh





Aktiviti Kelab Bagus SMKKJ bersama PIBG-Melawat Murid Bermasalah Anggota



Salah satu aktiviti Kelab Bagus pada tahun ini adalah mengambil tahu masalah murid yang bermasalah fizikal. Bersama dengan YDP PIBG cuba berbincang dengan pihak pentadbir untuk menyelesaikan masalah kelas yang berada di tingkat 3.In sha Allah usaha ini akan terlaksana ...




Persediaan Cafe Qseh PPKI SMK Kampong Jawa (Aktiviti Keusahawanan )

Tahun ini seramai 20 orang murid PPKI SMK Kampong Jawa terlibat dalam aktiviti keusahawanan ini.Mereka daripada KKBP Ariff dan KKBP Bagus bersama 2 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid.
Doakan kami berjaya dengan misi kami..























Cafe Qseh PPKI SMK Kampong Jawa (Aktiviti Keusahawanan)


Bermula kembali aktiviti keusahawanan di minggu ketiga persekolahan.Alhamdulillah dengan berkatNya aktiviti keusahawanan masih diteruskan pada tahun ini.
Tiada yang lebih bahagia melihat anak-anak ini mampu berdikari,berhadapan dengan insan yang sempurna .Merasa bagaimana mencari duit bukan semudah yang disangka.betapa penat lelah harus ditempuhi..
Semoga Cafe ini sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan dari semua .dan usaha ini akan berterusan hingga ke akhirnya.











Majlis Persaraan Pn Ram Kaur Dharam Singh

Majlis persaraan Puan Ram telah berlangsung semalam 22 Jan 2019.Perginya seorang insan yang mempunyai jiwa seorang yang penuh jiwa sebagai seorang guru yang dedikasi dan kominted.Selamat bersara menjadi guru walaupun pasti panggilan cikgu akan tetap kekal sampai ke mati.
Semoga bahagia bersama insan yang disayangi...Selamat berehat menjadi guru buatmu sahabat Pn Ram