Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 19 September 2013

Hanya Menulis

 
 amazing flower

Alhamdulillah masih bernafas lagi
rindu nak menulis so ambil kesempatan 5 minit nak tulis apa sahaja
kata orang buat terapi tenangkan hati.
  • Hari ni yang pertama bersyukur sangat pada Allah sentiasa memberi peluang untuk terus berubah...
  • Nak teruskan jadi diri sendiritidak perlu mengikut watak dan sikap orang lain..
  • Fikir positif dan sentiasa positif pasti hidup ini bahagia dan mendamaikan
  • sebagai seorang guru perlu sentiasa peka kemahuan anak-anak murid,rakan dan majikan kita
  • nak jadi guru yang sentiasa dihati anak-anak murid..suka dengar tiap kali datang ke sekolah..riuh memanggil nama,ada yang memuji dan setiap hari pasti ada ciuman dari anak murid..alhamdulillah..jiwa tetap bersama mereka .lihat anak-anak murid bahagia kitapun turut sama rasa bahagianya
  • terkadang sesuatu tindakan kita rasakan betul tetapi rupanya salah.jadi hati-hatilah dengan tindakan dan perbuatan
  • kawan kadang-kadang baik depan mata tapi belakang musuh kita yang paling utama.tapi maafkanlah andai ada kawan yang macam ni..dia tertekan sebab jeles dengan kita tapi kita yang tenang
  • dalam bekerja ikhlas dan jujur mesti selalu ada.sentiasa membantu disaat orang lain memerlukan .suatu hari nanti orang akan membantu kita dengan rela apabila kita susah
  • hidup ni senang je kalau kita tidak menyusahkan orang lain tapi menyenangkan permasalahan orang lagi lebih rasa bahagia.
  • Pada Allah sentiasa memohon jauhkanlah perasaan riak dan bangga dalam diri tapi kurniakanlah hati yang sentiasa lembut,sentiasa membantu.
cukup hanya disini..masa tidak membenarkan jemari ini untuk terus menulis...semoga Allah sentiasa memberikan kita hidayah untuk terus menjadinya hambaNya ynag soleh
Aminnnnnnnnnnnnn.

Pelajar buat saya menangis..

May God Bless You

Semalam hatii ini begitu tersentuh  dengan kejadian murid kehilangan beg duitnya.
aku ni sebut je guru disiplin tapi untuk mengambil tindakan pada murid tu yang paling menyeksakan.
Maklumlah Allah bagi hati ni sangat lembut..
Hahha perasanlah ni.
Apa yang nak aku citer kat ko orang ialah salah satu kes disiplin yang aku hadapi bersama dengan ketua disiplin semalam.
kisahnya begini.ketika kami memanggil ketiga-tiga anak yang bapanya telah memukul cikgu sebelum ni..tertiba pintu bilik adab diketuk oleh seorang murid lelaki.dengan mata nya yang merah nampak seolah lepas menangis memberitahu kami beg  duit adik perempuannya di di tingkatan 1 telah dicuri.beliu pula dengan begitu yakinmemberitahu siapa pencurinya.
dipendekkan ceriita ketiga-tiga pelajar dipanggil iaitu abang yang mengadu,rakan mereka yang disyaki pencuri serta adik perempuannya.siasat punya siasat memng benar budak itu memang berniat untuk mencuri beg duit adikknya itu.
Yang aku nak citer mengapa aku sedih bila aku tengok dua orang pelajar ni
kami bertanyakan kenapa bawa banyak duit ke sekolah.mereka adik beradik menjawab emaknya tiada duit pecah.duit itu ditukarkan dikantin.
mengikut peraturan sekolah,pelajar hanya dibenarkan membawa RM10 sahaja.jadi timbalan guru disiplin telah menelefon emak pelajar ni.
taulah citer sebenarnya..emaknya kini dalam pantang melahirkan adiknya.ayahnya pula bekerja sebagi rela.duit tadi adalah hasil jualan nasi lemak mereka di sekolah.
tindakan menjual nasi itu ditegur oleh cikgu ini,dan turut marah kerana pelajar ini pada awalnya menipu.
kedua-duanya tertiba menangis.aku pulak dari tadi walaupaun tangan laju mengambil keterangan tapi aku cukup rasa sebak.
tertiba airmata ini terus mengalir laju malah ternampak oleh pelajar ini.
mengapa aku menangis...nilah yang aku nak bagitahu kat ko orang.
aku menangis kerana mereka berdua bisa membawa balik kenangan aku ketika di sekolah rendah dulu.
aku juga seperti mereka membantu emak menjual gula-gula dan halwa betik setiap hari disekolah.malah untuk mengembirakan emak aku terpaksa menambah duit sendiri dan rela menahan lapar untuk mencukupkan duit hasil jualan.ini kerana ada rakan-rakan yang membeli tapi tidak memberikan duit.
aku tahu perasaan pelajar terpaksa menipu demi mak..aku tahu apa yang dia rasa.sebab itu mereka berdua hanya mampu menangis bila ditegur kesalahan mereka menjual di sekolah.
bagi yang tak pernah merasa peritnya mencari sesuap nasi pasti akan memandang dari sisi negatif tiap tindakan.walaupun aku akui memng mereka ini salah..tapi bagiku lebih baik daripada mereka mencuri.
Sebenarnya tiap tahun aku cuba untuk menarik diri dari jawatan setiausaha disiplin ini kerana aku dah tahu aku tak pandai nak marah dan denda pelajar yang buat silap.mudah rasa simpati apatah lagi kalau mendengar cerita -cerita yang menyedihkan...
 tapi nak buat macamana HEM ttetap menolak permintaan aku ni..