Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 22 Jun 2010

Wakaf dan Pondok Buruk

Memori lama ku buka lagi..langsir kenangan silam kuselak satu persatu...Sesungguhnya banyak memori yang sentiasa bermain dan segar diingatan..Mungkin sejarah dulu yang menjadikan aku kini seorang insan.
Pondok burukku antara khazanah yang masih ku sayang..kerana di sinilah pelbagai suka duka yang mengajar aku nilai sebuah kehidupan..Permulaan hidup dengan seribu keperitan dan di perjalanan hidup yang kutempuhi kini memberikan satu kebahagiaan..Nilai ketabahan menempuh onak dan ranjau terbayar kini..Walau aku tidak lagi menjadi penghuninya di situ tapi jauh di sudut hati aku masih menghargai setiap inci pondokku itu..Kerana setiap ruang dan sudut penuh dengan memori suka mahupun duka...