Terima Kasih Atas Kunjungan

Memaparkan catatan dengan label Contoh Pantun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contoh Pantun. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2020

Pantun jiwa

 Malam hari melihat bulan

Bulan  mengambang  indah sekali

Sekalipun kasih telah hilang

padamu  dilupa tidak sekali


Hujan turun tanpa henti

Terasa sejuk hingga ke tulang

ketika rindu  mengamit hati

Rasa terus ingin kupulang

Tercipta pantun di atas ketika asyik mendengar Pahang FM..berehat seketika di malam hening ni..melepaskan lelah di dada.Sungguh sejak PdPc online ni hidup rasa tak tenang.Siang malam hanya duk fikir apa yang nak di ajarkan pada esok hari...Apapun semakin hari dapat kurasakan ilmu IT semakin hari semakin aku miliki,Alhamdulillah.💘💗💖


Selasa, 10 November 2020

Contoh Pantun Kerjasama

 Hari ni mengajar pdpc Pend.Moral tajuk  Bekerjasama untuk murid-murid PPKI kita kelas KSSM Ting 3. jadi kita belanja sikit satu pantun ciptaan sendiri

Pagi-pagi mencari ikan

Ikan dicari ikan gelama 

Bila kita bersama rakan

Jangan lupa bekerjasama

Selasa, 24 September 2019

Contoh Pantun Nasihat

menampi padi di tengah laman
untuk dijual di pekan sari
benda yang baik jadikan pedoman
semoga tak menyesal kemudian hari


indah berbalam si awan petang
menjadi penyeri di senja hari
semasa hidup elakkan berhutang
supaya tidak menyusahkan diri sendiri

cantik tenunan songket Terengganu
Tinggi nilainya tidak terperi
selagi hidup carilah ilmu
tak rugi malah menjadi penyeri

cantik-cantik lukisan di dinding
mata tak jemu asyik memandang
baca al quran sebagai pendinding
supaya hidupmu tidak kecundang.

mengapa hati selalu rindu
bila diri berjauhan
kenapa harus mengadu
kalau salah sindiri menjadi taruhan


di waktu pagi membasuh kain
basuh kain tepian telaga
dulu lain sekarang lain
masa yang berlalu amatlah berharga

menjelang raya mengayam ketupat
ketupat palas enak sekali
tanpa ilmu hidup merempat
menjadi cacian orang setiap kali

di malam hari memasang pelita
pelita dipasang pendek sumbunya
carilah ilmu buatlah harta
tanpa ilmu tak guna ringgitmu berjuta

tinggi-tinggi burung terbang
akhirnya ke tanah jua
rugi sungguh adikku sorang
biarkan masa mudamu berlalu sia-sia


Kuciptakan pantun ini untuk kalian.....kalau tersama sesungguhnya itu tidak disengajakan..segala yang tertulis terlahir dari hati.....

Ahad, 3 Jun 2018

Contoh pantun untuk majlis

daun selasih usah dipilis
izinkan saya mulakan  majis

Bukit Puteri nama diberi
menyimpan sejarah sepanjang masa
meraut seni menyulam tradisi
tersimpul ikatan jalinan mesra


alang 2 kaki melangkah
alang keringat di kerah
biar seteru tunduk mengalah

assalamualaikum di majlis ini bersua
salam dihulur  tanda saudara
di majlis ini bersatu kita
tersimpul ikatan jalinan mesra

puteri rokan duduk di ambal
elok bertamu menunggu pemuda
saingan didikan di pentas global
janakan ilmu gah di persada.

indah busana pakaian menantu
serasi di padan kain pelikat
Mohon doa pada Yang Satu
agar majlis mendapat berkat


duduk pemuda tepian kolah
berjumpa tamu besama pengeran
kurangnya ada tok guru sekolah
dangkalnya ilmu memberi ajaran

kata bermadah semarak rasa
pengubat lara kesuma di anjung
andai ada terkasar bahasa
maaf di pinta jari disusun.

laksamana kasturi mudik ke muara
pertahan negara demi keamanan
persembahan ntadi penutup acara
moga terhibur menjadi kenangan


















Jumaat, 21 Februari 2014

Lagi pantun

Bandar baru Seberang perai
Menjadi Kebanggaan segala warga
Hancur badan Tulang bercerai
Budi yang baik dikenang juga

Banyak duri perkara duri
Duri mana duri yang tajam
Banyak Budi perkara Budi
Budi yang mana dikenang orang..

Di Tengah bendang menanam padi
Padi terkenal dari Seberang
Banyak Budi perkara Budi
Tidak kan sama Budi mu seorang..

Anak teruna memasang jerat
Anak Dara meraut lidi
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Burung pipit Burung kedidi
Hingga di pokok di tepi sawah



Jika hidup tidak berbudi
Ibadat pokok tidak berubah

Dari daik pulang ke daik
Se hari- hari berkebun pisang
Budi baik di balas baik
Dalam hati dikenang orang

Di sana padi di sini padi
Padi huma dari Seberang
Di sana Budi di sini Budi
Barulah Nama di sebut orang

Gunung santubong gilang gemilang
Air laut Tenang -tenangan
Budi sedikit tak kan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jeruk manis dimakan manis
Manis sekalipun kulit bijinya
Di lihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Jikalau Ada legundi pahit
Belanga baru saya jerangkan
Jikalau Ada Budi baik
Menjadi abupun saya kenangkan

Kalau berladang menanam keladi
Keladi di bawa ke tanah Seberang
Kalau dagang pandai berbudi
Sampai mati dikenang orang

Kalau tidak selendang bali
Serindit makan si lada muda
Kalau lah tidak kenang sekali
Kenang sedikit adalah juga

Lima  jari  batang  berduri
Masak gula buat manis an
Saya datang kerana Budi
Bertambah pula tuan berpesan

Tingkat papan layu bersegi
Sampan sakat di Pulau angsa
Indah tampan kerana Budi
Ting gi bangsa kerana bahasa.

Tinggi Tinggi pohon hati
Tempat bermain si manja sayang
Sungguh Tinggi Harga Budi
Budi di balas kasih dan sayang

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah Budi
Runtuh Budi runtuhlah bangsa..

Tanam pisang tanam ubi
Ubi di tanam buat kan batas
Banyak orang bertahan Budi
Dalam ingatan hendaknya di balas

Tanam legundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk nya mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati..

Singapura dilanggar tidak
Lekat jongor todaknya mati
Kiranya di balas Kiranya tidak
Budi dikenang di dalam hati..

Sebuah kendi warna Kencana
Di atas kain kesumba murup
Sepantun Budi kami terima
Menjadi kenangan seumur hidup

Puyu-puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
Cantik manis barang lakunya
Serta dengan Budi bahasanya

Pisang nangka di masak pengat
Kait-Kait banyak durinya
Macam mana saya tak ingat
Orang baik dengan budinya

Anak itik pandai menari
Anak angsa terlompat-lompat
Rupa cantik dapat di cari
Budi bahasa mana nak dapat

Ada padi adalah beras
Bertanak nasi periuk tembaga
Ada Budi adalah balas
Orang berbudi Kita berbahasa

Akan keladi melulit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan Budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Anak Negeri Mencari tuba
Tuba di cari di tanjung jati
Di dalam hati tidak kan di lupa
Bagai rambut bersimpul mati


Asam Kandis Mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Di lihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi TELAGA
Nama yang baik Jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Baik-baik bertanam ubi
Biar rapat  jangan jarang
Baik-baik bertanam Budi
Budi yang mana dikenang orang

Kalau Ada seumur di ladang
Boleh Kita bersama mandi
Budi yang baik Akan dikenang 
Ingatan kasih kekal abadi


Orang memberi...Kita merasa...terima kasih sekalung Budi kerana berkunjung ke blog ini..




 







Rabu, 4 September 2013

Pantun Nasihat

Photo: Lovely Roses 
 
Bunga mawar dahan berduri
dahan berduri tajam sekali
lkhlaslah hati dalam memberi
jangan pula mengungkit lagi.

indah sungguh si bunga mawar
dipetik pula gadis jelita
hidup ini akan  tawar
kalau hanya sekadar mengejar harta..
 



 

Sabtu, 31 Ogos 2013

Pantun lagi

 
Semalam sambil dengar guru-guru dan pengetua membincangkan masalah prestasi PMR murid..tangan mulalah gatal menulis..apalagi terciptalah pantun kat bawah ni..
 
Pantun Aluan Majlis

hujan turun di pagi hari
habislah basah semua jerami
terima kasih kerana datang ke mari
bertambah seri majlis kami. 
 
 

Pantun  Peningkatan Prestasi

Di pagi hari kita berkumpul
melapor masalah jadual fleksi
tolak bahagi kita campur
selesaikan masalah demi prestasi

 
 
Pantun Kawan

Pergi ke kedai naik kereta
dengan tujuan membeli gula
adat berkawan sentiasa sengketa
jangan kita ambil hati pula

 


Pantun Doa  

Ilmu itu adalah penyuluh
dalam menempuh liku kehidupan 
angkat tangan jari sepuluh 
mohon rahmat dari tuhan..

-Anak Pantai-




Selasa, 11 Jun 2013

Aneka Pantun

Pantun Guru
Bunga mawar indah berseri
Tapi sayang banyak duri
Jasa guru tidak terperi
Menjadi penyuluh sentiasa menyinari..

Pantun Doa
Sepanjang jalan ada pohon
Nampak hijau bila cuaca cerah
KepadaNya kita memohon
Hanya padanya kita berserah.

Dibelakang rumah banyak buluh
Buluh ditanam bersama rotan
angkat tangan jari sepuluh
agar majlis mendapat kerahmatan.

Pergi ke sungai mencari lokan
Lokan dijual di Pasar Tani
Kepadanya tidak dilupakan
agar rahmatnya majlis ini..

andai berjalan di atas buluh
biar lambat asal selamat
mari mengangkat jari sepuluh
memohon ampun dan juga rahmat.

 Pantun Nasihat   
  
Anak dara berbaju kebaya
nampak manis bertudung merah
tiap berusaha pasti berjaya
jika gagal jangan menyerah. 

Pantun Perasmian

Di tepi sawah tumbuhnya rumput
Juga terdapat banyak jerami
mohon rendah hati kami menjemput
mempersilakan rasmi majlis kami 

Pantun Cenderahati

Menenun songket perlu teliti
menuntut kesabaran dan ketabahan hati
kami memberi sebagai cenderahati
sebagai kenangan setulus hati..   

-Anak Pantai-

suka2 je cipta pantun ni...  
 

Sabtu, 8 Jun 2013



KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
( Rujukan dari blog-blog)

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru bergolek;
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Rakyat Malaysia semuanya baik
Satu Malaysia satu bahasa,
Menjadi penghubung pelbagai ungkapan;
Berbagai agama berbilang bangsa,
Rakyat didahulukan pencapian diutamakan.


Ke Pekan Sudah, Ke Maran Pun Sudah,
Cuma Ke Tenum Sahaja Yang Belum;
Ucapan Sudah, Pelancaran Pun Sudah,
Makan Dan Minum Sahaja Yang Belum.

Gulai Cendawan Hidangan Masakan,
Rasanya Enak Tidak Terperi;
Sidang Dewan Dipersilakan Makan,
Jangan Dibiar Perut Berbunyi.
BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Selasa, 23 April 2013

Lagi Pantun guru

 
Bila stress inilah kerja saya...menulis dan terus menulis..
lepaskan tekanan dengan cipta pantun...
 
Sekalung doa setulus hati
Buatmu guru yang disayangi
Jasamu guru terpatri di hati
kasihmu guru harum mewangi
 
Padi dituai rupanya huma
keladi jangan dipegang daun
Ilmumu guru kami terima 
Penyuluh hidup sepajang tahun.
 
merah sungguh si buah saga
tergantung elok di atas sana
Ilmu dicurah sangat berharga
menjadikan kami insan  bijaksana 
 
Jangan dicabar si anak teruna
Jangan dicuit si nak dara
Pesan guru sangat berguna 
jadi pedoman hidup sejahtera..



 
 
 

Isnin, 22 April 2013

Pantun Untukmu Guru....

sinar menari terbit pagi
memancar indah menyeri halaman
jasamu guru kami sanjungi
budimu kukenang sepanjang zaman

16 mei tarikh tercipta
tanda ingatan hargai pengorbanan
untukmu guru   tercinta
doa kami sentiasa  mengiringi perjalanan

Mari dipetik si bunga melati
warnanya putih memikat hati
Kasihmu guru kasih sejati
jasamu guru dibawa ke mati 
 
Pergi ke kedai membeli gaharu 
tidak lupa membeli  permata
salam kasih untukmu guru
Walau kini jauh dimata
 

Suka suka je cipta pantun ni...
maklum hari guru semakin dekat
 


 -AnakPantai-





Rabu, 4 April 2012

Pantun Hari Guru

Pantun kat bawah ni tercipta gara-gara tidak boleh tidur..Terfikir lak..sebulan lagi nak sambut hari guru..Sesekali cipta pantun best jugak..Kalau ada yang nak tambah..sila-sila lah ya :)



Dipetang hari membeli sagu
Sagu di beli bersama Baulu 
Selamat Hari guru buat cikgu
Semoga cikgu riang selalu


Setinggi gunung seluas lautan
Dirimu ku sanjung penuh keikhlasan
Baktimu guru jadi ingatan
Mendidik kami tanpa balasan.

Kaulah pendidik perwira bangsa
Mendidik tanpa mengira masa
Segala budi dan curahan jasa
Tak akan dilupa terpahat sentiasa.


Selasa, 3 April 2012

Contoh Pantun Bacaan Doa

Flowers
Kalau pergi ke Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon Rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Flowers
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana ditinting kias ibarat
Angkat tangan  jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.

Flowers

Garam ada kicap pun ada
Sayang lada terlupa bagi
Pantun ada ucapan ada
Sayang tiada berdoa lagi

Flowers
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Flowers
Tetak buluh kajang sepuluh
Mari jolok sarang penyegat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat. 
 

Contoh Pantun Di Akhir Majlis

Blue Roses 
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Blue Roses 
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Blue Roses 
Pohon beragan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Blue Roses 
 Di atas dahan burung tempua 
Melihatrusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Blue Roses 
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Blue Roses 
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok kita bersua lagi

Blue Roses 
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi


 

Jumaat, 29 Julai 2011

Lagi contoh pantun

Pink Rose
Padi pulut si padi bentan
Tanam secupak tumbuh segantang
Ilmu dituntut penuh di badan
Bekalan kita masa berjuang.

Pink Rose
Dari darat ke Padang Kota
Hendak membeli si ikan sari
Tuan ibarat batu permata
Bersalut emas manis dijari
Pink Rose

SMKDB tersohor indah
Tempat berteduh pelajar-pelajar istimewa
Selamat datang kata bermadah
 Terukir kata buat semua.
Pink Rose

Di langit berubah ditutupi mega
di sinar suria aneka warna
Rasa muhibbah seluruh warga
Tersohor negara di mana-mana



Ahad, 6 Mac 2011

Contoh Pantun Pujian

flower
Pantun Pujian

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
gula madu disangka manis
manis lagi senyuman puan

flower 
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau
flower
Bunga manggar di atas pentas
tuan nampak segar di atas pentas

flower
 
  Dari Melaka ke Kuala Lumpur
Singgah sebentar di Salak Tinggi
Puan sungguh menjadi penghibur
Setelah letih modul digubal teliti
flower
Singgah sebentar di salak tinggi
Menghilang dahaga menghilang penat
puan ibarat ibu mithali
Boleh meniup menyuntik semangat


flower 

Anak tebuan berlima-lima
Hinggap di dahan bunga kemboja
Nasihat tuan sungguh bermakna
Boleh meniup menyuntik semangat

flower
 


Terbang tebuan beringat-ingat
Agar lengan tidak berkesan
Ucapan tuan sungguh menyengat
Menjadi dorongan sempurna tugasan.

flower
Berarak awan di air pasang 
Berhuja-huja nelayan bergegas
Ucapan tuan sungguh merangsang
Meringan kerja menyiap tugas
flower
 Harimau bersinSang Kancil lari
Bergerak buaya melompat tupai
Kami yakin tuan bestari
Buat kerja hingga selesai.
flower


 Rama- rama di pohon meranti
Tempat mainan unggas dan mawas
Sekian lama kami menanti
Ucapan tuan tuntas dan bernas

flower
Ikan gelama si ikan Sengat
Berenang-renang di dalam tebat
Tuan laksana mutiara hikmat
Pemberi dorongan peniup semangat
flower
 Bunga seroja si bunga anggerik
Penghias taman di tepi kolam
Tuan bekerja tak pernah serik
Menyinsing lengan siang dan malam
flower
Anak haruan dijaring pukat
Anak tempua di atas jerami
Walau tuan berjadual ketat
Mampu jua bersama kami
flower

Contoh Pantun Budi

rose
Pantun Budi

Baik bergalas mahupun tidak
Buli-buli bertali benang
Baik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang.

rose
Burung helang burung jentayu
Mengimbau naik ke atas palang
Bunga kembang akhirnya layu
Budi yang baik takkan hilang
rose


Yang kurik itu kendi
Yang merak itu saga
Yang cantik itu budi 
Yang indah itu bahasa
rose


Anak merak bersarang di paya
Anak katik di sawah padi
Emas perak kebesaran dunia
Amal yang baik di bawa mati
rose
cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah

rose

 Anak merpati disambar helang
Terbang ketitir di dalam huma
Hariamu mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
rose
Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa pungutr berdaun
Budi tuan kami tak lupa
Jadi kenangan bertahun-tahun
rose
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan tulang bercerai
Budi yang baik dikenang juga.

rose 

Hinggap kedidi di hujung tanjung
Meniti-niti di hujung dahan
Tuan berbudi amat disanjung
Semoga menjadi kenangan zaman.

rose 

Ular lidi menyusur rotan
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi tuan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.

rose

Anak beruk di tepi pantai
pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
rose 
Asam kandis dihiris-hiris
Manis-manis rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
lebih manis hati budinya.
rose

Jeruk manis dimakan manis
Manis sekali kulit bijinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya.
rose

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
adik bukan saudarapun bukan
hati tersangkut kerana budi.

rose 
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mundik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
rose 

Hendak memetik daun palas
Buah isi buah berangan
Berbudi bukan minta di balas
Hanya untuk kenang-kenangan.

-Anak Pantai-