Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 4 April 2012

Pantun Hari Guru

Pantun kat bawah ni tercipta gara-gara tidak boleh tidur..Terfikir lak..sebulan lagi nak sambut hari guru..Sesekali cipta pantun best jugak..Kalau ada yang nak tambah..sila-sila lah ya :)



Dipetang hari membeli sagu
Sagu di beli bersama Baulu 
Selamat Hari guru buat cikgu
Semoga cikgu riang selalu


Setinggi gunung seluas lautan
Dirimu ku sanjung penuh keikhlasan
Baktimu guru jadi ingatan
Mendidik kami tanpa balasan.

Kaulah pendidik perwira bangsa
Mendidik tanpa mengira masa
Segala budi dan curahan jasa
Tak akan dilupa terpahat sentiasa.


37 ulasan:

  1. wahhh!!!! great job i like.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi berjalan menuju pekan,
      ternampak pula pohon cemara,
      hari guru kita raikan,
      semoga cikgu kekal sejahtera.

      sila komen yeee

      Padam
    2. Amalkan hidup menyimpan
      elakkan susah hidup menderita
      Terima kasih atas doa dan pengharapan
      semoga Rahmat dari Nya kekal buat kita..

      Bolehlah ekk sikit-ya..hihi

      Padam
  2. saya nak tanya,apakah rasanya guru masa guru mengajar ank muridnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya gembira menjadi guru kerana itulah impian saya sejak kecil.saya happy bersama anak-anak murid saya kerana dia saya dapat rezeki...alahamdulillah anak-anak murid sayang saya...

      Padam
  3. saya rasa anda mg guru yg memahami ank muridnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...kerana rezeki saya datang daripd mereka...kerana mereka saya bergelar guru.

      Padam
  4. your are verrrrrrrrrrrrryyyy22 good.i like.

    BalasPadam
  5. Salam,cikgu saya copy contoh teks2 yg ada kat blog ni,terima kasih

    BalasPadam
  6. kak boleh tak buat pantun jual beli....... semua pantun di atas gred AAA semua ...haha

    BalasPadam
  7. Fazira Nathasia17 Mac 2013 10:28 PTG

    waahhh...blh x sya nk copy???sebb sya dilatih untuk mencari pantun sebelum hari guru

    BalasPadam
  8. Salam... Saya pun suka. Saya ambil ilmu sket ye utk hari anugerah cemerlang. Semoga cikgu bertambah2 ilmu dan amalnya...

    BalasPadam
  9. kenapa pantun nye pendek

    BalasPadam
  10. kenapa pantun nye pendek

    BalasPadam
  11. Greats...i like..

    BalasPadam
  12. ilike this pantun:)

    BalasPadam
  13. maaf saya copy bahan cikgu tq

    BalasPadam
  14. terima kasih buk pak sudah buatannya

    BalasPadam
  15. Assalamua'laikum,
    Selamat Hari Guru.
    Saya juga mengajar..informally. I appreciate your pantun..beautiful. Mohon izin berkongsi dengan anak2 didik saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum.
    Mohon berkongsi pantun Hari Guru . Walaupun dah lepas Hari Guru.
    Semoga dipermudahkan segala urusan cikgu dalam mendidik anak bangsa.
    Seronok membaca blog cikgu.;-)

    BalasPadam
  17. saya share pantun ye

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!