Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 22 Februari 2010

Pantai Batu Rakit Yang Kurindui

f baturakit terengganu 05 10 08 262edcr jpg Sebenarnya seronok jumpa gambar Pantai Batu Rakit kat blog  daripada seseorang yang duk sama kampung.
Permandangan yang di bawah ini sentiasa menghiasi ruang mata..Syahdunya tak sabar nak balik kg...
Dulu setiap petang aktiviti aku jalan-jalan kat tepi pantai tu....sesekali kutulis kata-kata luahan hati walaupun pasti takde orang yang membacanya...
Sunrise at Batu Rakit Beach by SHAZRAL.
 Gambar pantai Batu Rakit diambil dari Shazral photo.Cantik kan pantai kat Batu Rakit ni.

Gambar ni pulak pantai Batu Rakit yang diambil dari sifoo.com..Lihatlah perahu nelayan tu.....Dulu malam-malam duk kat tingkap tengok lampu-lampu yang berkelip .Tengok suasana orang candat sotong...Ada kenangan kat situ.
Nampaknya tak Batu Rakit dalam laut tu...Gambar ni dari plenkongjoran...Batu tu sering menjadi tempat untuk aku tenung lama-lama.Kat pantai ni pulak tempat permainan aku dan juga.....
Dulu kalau tempat lepak suka duk tepi perahu macam ni...Wei ...cantiknya aku kan.(Foto dari foto media .com)
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.

Sajak buat teman 2

Teman
Andai kini kau dan aku
terpisah  kerana jarak waktu
Tapi
Harus kau tau
Segalanya bukan niatku untuk
jauh dan jauh darimu...
dan juga 
ingin kumahu kau tahu
kenangan antara kau dan aku
masih tetap segar 
dan 
tak mungkin luput
dalam kotak ingatanku..
kerana dirimu
insan yang sentiasa ada
di sudut kamar hatiku...

 
 
 

Buah Jambu,mangga dan Kuini

Kali ini penulisan ku lain sikit..Sebenarnya ingin kuimbas kembali saat-saat waktu kemiskinan dulu.Walaupun apa yang kuceritakan ini membuka sedikit aib ku tapi tak mengapalah sebagai pengajaran bagi orang-orang yang susah seperti aku..Walau kita susah sekalipun sepatutnya janganlah diambil hak  orang tanpa kebenaran...Kalau tuan nya tak maafkan kita sampai ke mati kita bawa dosakan..
Kuakui masa tu keimanan amat tipis...dan atau faktor tidak cukup duit memaksa aku melakukannya...Ya Allah ...ampinilah dosaku...
Teringat masa dulu..jambu air ini cukup digemari oleh aku dan keluarga...Pagi-pagi biasanya aku ,dan kakak siap bawa besen kutip buah jambu Maksu Nab yang gugur..maka penuhlah buah jambu tu dalam besen.Aku jugak pernah kutip buah jambu yang gugur kat kubur .Tuannya aku tak ingat nama.Buah jambu nie bukan untuk jualpun tapi untuk kami makan..Masa tu tak sedar langsung berdosa ke tak...Depan rumah aku jugak ada pokok jambu air kepunyaan Maksu Nab jugak.aku suka kait buah tu...tapi Maksu Nab memang memberi kebenaran.
Buah mangga ini jugak sama dengan buah jambu..Dulu aku suka ambik buah jambu Awang Chen cina yang buat kerepok kat situ.Aku berani ambil sebab Tokki aku masa tu kerja dengannya.Siang hari siap kami adik beradik tanda mana satu yang kami nak.Bila malam pulak siaplah buah tu hilang kami ambil...(jangan tiru tingkah laku nie.....)
Buah kuini nie pulak aku selalu kutip buah nie di belakang rumah Mat Jin.Sambil kutip bunga tanjung aku cari sama buah kuini.Kadang-kadang tu berebut dengan mak Mat Jin lagi.Bukan berebut je siap kena marah lagi...Tahan jelah telinga....
Inilah kisahku dengan buah-buah di atas..kerana kesusahan aku terlupa dosa dan pahala...Itu hanya kisah masa lalu......

Bunga Tanjung,lidi , Tulang sotong dan Minyak Kelapa

Kenapa bunga tanjung,lidi dan tulang sotong menjadi catatanku hari ini....Pastinya nampak seperti lucu di sini.Tapi hakikatnya tiga perkara itu telah menyelamatkan aku dan keluarga dari kelaparan...

Teringat masa aku di alam kemiskinan..Setiap hari Jumaat atau hari cuti persekolahan..rutin harian ku bangun pagi,aku dan kakakku akan pergi ke pokok bunga tanjung yang sudah agak besar dan tinggi .Pokok tu terletak di belakang rumah Pok Jen.Aku dan kakak akan kutip bunga-bunga tanjung dan dibawa ke rumah untukku cantumkan dengan benang putih menjadi seikat.Selepas tu bunga tu pulak aku jual kat Mak Wa,arwah Moklong Minah dan ramai lagi orang-orang tua yang ku tak ingat lagi namanya.Walaupun duit yang aku dapat tak seberapa tetapi cukup untuk aku membeli pisang kat kedai Mok Long Yan..Beli pisang pulak satu hal.Sengaja aku mintak pisang yang buruk-buruk sikit.Sebab tujuanku kalau pisang yang dah buruk aku akan dapat kuantiti pisang yang banyak.Pahit masa tu bila dikenang.Orang lain makan pisang yang ok buahnya.Aku pulak sengaja mintak pisang yang buruk.Mok Long yang pulak dah tau kesusahan kami.Maka satu plastik dia bagi dan aku bawak balik suruh mak buat cucur pisang..Itu kuih yang paling sedaplah bagiku...
Kenapa pulak dengan lidi.Apa kaitan lidi dengan aku....
Lidi jugak bagi aku banyak jasanya ...sama jugak seakan bunga tanjung pentingnya bagiku kerana seikat lidi yang ku jual dengan nilai 30 sen itu telah jugak menyelamatkanku dari kelaparan. Biasanya aku dan kakak akan mengutip pelepah-pelepah kelapa dan aku ambil daunnya buat balik.Kat rumah aku dan kakak akan membuang daun itu dan kuambil lidinya.Bila dah banyak kuikat menjadi seikat-seikat lalu bawa pergi jual lidi tu ke rumah-rumah orang-orang tua.Biasanya Mak Wa, menjadi pelanggan tetap aku.Mungkin dia beli sebab kesian kut.Pada masa tu kalau aku jumpa pelepah kelapa pasti ku kutip kerana aku tau dia bernilai..Tapi kini bila kuberjalan aku lihat pelepah-pelepah kelapa akan tersadai tanpa dikutip orang...Mungkin nilai pelepah itu hanya untuk orang-orang seperti aku...
Kenapa pulak tulang sotong (Orang Terengganu panggil tulang sotong)....
Ikuti kisah aku seterusnya.....
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa  jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak  lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...
 Dulu minyak kelapa jugak banyak membantu kewangan aku..biasanya sambil mencari pelepah kelapa aku jugak mengutip buah-buah kelapa yang ada di sepanjang pantai..Bila pulang ku kopek isinya dan bawa pergi mesin di kedai.Lepas tu pulak mak akan memasak minyak tu guna dapur kayu kat belakang rumah.Bau min yak tu memang busuk tapi ramai yang ingin membelinya untuk tujuan perubatan mungkin.Yang paling aku suka tahi minyak dia tu.Kalau sekarang aku yakin ramai yang tak pernah merasainya lagi.Inilah antara benda yang banyak memberikan jasa kepadaku dan keluarga.Hingga saat ini jiwa aku terlalu dekat dengan benda-benda ni...
PPengalaman sememangnya banyak mematangkan kita...dan amat berharga untuk menempuh kehidupan yang seterusnya.