Sebenarnya seronok jumpa gambar Pantai Batu Rakit kat blog daripada seseorang yang duk sama kampung.
Permandangan yang di bawah ini sentiasa menghiasi ruang mata..Syahdunya tak sabar nak balik kg...
Dulu setiap petang aktiviti aku jalan-jalan kat tepi pantai tu....sesekali kutulis kata-kata luahan hati walaupun pasti takde orang yang membacanya...
Gambar pantai Batu Rakit diambil dari Shazral photo.Cantik kan pantai kat Batu Rakit ni.
Gambar ni pulak pantai Batu Rakit yang diambil dari sifoo.com..Lihatlah perahu nelayan tu.....Dulu malam-malam duk kat tingkap tengok lampu-lampu yang berkelip .Tengok suasana orang candat sotong...Ada kenangan kat situ.
Nampaknya tak Batu Rakit dalam laut tu...Gambar ni dari plenkongjoran...Batu tu sering menjadi tempat untuk aku tenung lama-lama.Kat pantai ni pulak tempat permainan aku dan juga.....
Dulu kalau tempat lepak suka duk tepi perahu macam ni...Wei ...cantiknya aku kan.(Foto dari foto media .com)
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Firstly...sye bangga bile ade insan sekg yg ada blog dan dpt lah kirenya sye kongsi ruangan yang sama utk mengingati atau mengimbau setiap kenangan sye semasa di besarkan di kampung Batu Rakit.Walaupun sye tak mengenali insan yg bernama ita namun kenangannya terlalu dekat dihati.terasa mcm pernah kenal atau jumpa.Sye rasa ita lbh junior dr sye..Takpelah...tak penting itu semua..yg penting sye nk berkongsi cerita ttg gmbr no 4.sye rase btg kayu reput tu pernah jd tempat sye bakar ikan yg dpt dr aktiviti ngail ptg2.ikn 'kerong'keras.Gambar no 5 lak,ia diambil dkt dgn pulau Bidong diwaktu mlm.mmg aktiviti candat sutung paling glamer kt bt rakit.Kerana sye sndri prnh merasainya.skrg pun mesti gian nk g cndat ble tibe musimnya.Skrg ni tak blk kg dh nk candat sutung.pulau kapas jd galang ganti.Foto no 6 lak pemandangan batu rakit dan pasir pantai yg memutih..mmg bt itu tak prnh tenggelam walau musim tengkujuh sekalipun mcm hati ita pd seseorang..pantai tu tmpt ita dan kwn sekampung ita bemain-main sambil mata menjeling pada seseorang...
BalasPadamTq kerana dapat kongsi pengalaman kat sini..Kita samalah merantau dan tinggalkan kg Batu Rakit tu..rasanya tempat permainan kita dari kecil hingga dewasa pastilah tepi pantaikan.Saya ni walaupun dah tinggalkan kg tu tetapi sesekali balk pasti kaki akan pergi juga kat pantai tu walaupun sekali cukuplah.Haha..cam tau je saya lepak kat pantai ..ada ke mata saya ni jeling seseorang...mungkin ada mungkin tak kut..Musim candat sotong tu bukan apa mengingatkan saya pada seseorang...sunyilah wakaf tu kalau musim candat sotong..
BalasPadamSaya rasa sayapun pernah duduk kat kayu reput tu dulu sambil tgk orang mandi ke dan apa-apa lagi...Kalau ada cerita kongsilah lagi kat sini..Antara kita mungkin ada kenangan yang sama
Nak komen gmbr no 3 tu..
BalasPadamPastike x de orang yg membaca catatan yang dicoret di gigi air tu? Dulu sye selalu jogging kt tepi pantai.Ada juga tulisan yg tak berapa lawa tp x tau sape yg tulis.Seingat sye le..ada 2/3 org dara pingitan yg selalu sgt lepak kt pantai.mgkn geng2 awok kut.Sepanjang pantai sye jogging dan berbagai ragam org kg sye jupe.Seingat sye la..tulisan tu byk terdpt area setentang dgn batu rakit.Bile smpai kt situ kan larian sye jd slow sbb duk bace tulisan di ats pasir.Klu tak bace slalu tkut disapu dek ombak lak.But I'am not sure lah yg mane satu tuan punya blog nie..Nak kenal leh?
Ya k sekampung...agaknya kita kenal tak antara kita ya..Oh..rupanya ada jugak yang baca coretan saya kat pantai tu ya..agak-agak dapat tak ingat balik apa yang saya dah tulis..ingatkan takde orang bacapun tapi memang saya akui suka luahkan apa yang ada dalam perasaan saya masa tu kat situ..yelah masa dulu mana ada lagi hp nak hantar msj kan..susahlah masa tu...saya tulis je kalau orang baca harap dia fahamlah apa yang saya tuliskan...Seingat saya coretan saya ni biasanya kat waktu senja.Sebab bila senja je saya suka ke pantai nak tengok matahari terbenam..Tq ekk kerana baca bloq saya...Pastinya sekampungpun ada kenangan indah kat batu rakit tu kan...
BalasPadamassalaimualaikum cikgu,,saya ambil 2 keping picture kat blog cikgu ni untuk di muatkan dalam blog saya,http://terengganutravel-guide.blogspot.com/..ni jenis ambil dulu baru mintak jurus r anak sapa la...kalau cikgu x izin kan saya padam balik pic tu,,apa apa hal email kat saya kalau cikgu x izin kan,kalau izinkan pum email jugak aakulahtu@yahoo.com
BalasPadamkat facebook pum ada say.tq cikgu
ambillah cikgu..saya tak kisah semoga kita sama 2 dapat berkongsi bahan ..
BalasPadam