di satu simpang jalan
kau lontakanr senyuman
dan aku tersipu
kita bertemu berbicara penuh mesra
terlupa diriku siapa dirimu
dalam hati berbunga cinta
rasa kasih tak terungkap dengan kata-kata
namun kupendam segala rasa
kerana maluku masih ada
tanpa kusangka kaupun ada rasa
rindu dan kasihmu padaku
masa terus berlalu
kau dan aku terpisah jarak waktu
di kejauhan mengajar erti rindu
kusimpan segala rasa itu
menunggu kata darimu
namun kini
kemesraan itu hanya seketika
sayunya dalam hati
bila kukenangkan semuanya
biarpun aku tidak lagi kau peduli
aku ingin kau tahu dirimu sentiasa ada dalam hati
tanpa ku sedar airmata basah dipipi
Nukilan :Anak Pantai
26 Oktober 2016