Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 8 Ogos 2010

Buat Biskut lagi

Sejak beli periuk serbaguna nie aku rajin sungguh masak.Hari minggu yang kebosanan ni aku ambil peluang buat biskut untuk anak-anak..Memang seronok dia orang bila aku buat pelbagai jenis biskut untuk mereka..Biskut ni aku langsung tak tengok buku.Ciptaan aku sendiri..
Biskut-biskut yang aku buat nie ..bukan untuk rayapun..Untuk makan anak-anak aje..

Honey Dew sulungku

Tak sangka kali pertama makan honey dew yang lain sikit daripada biasa.Biji honey dew nie ku ambil daripada buah yang aku beli Kat Pasar Tani Gita.Memang rasanya sedap daripada honey dew biasa. Buahnya tak besar hanya sebesar jambu batu je Aku saja je ambil benih dia dan keringkan.Lepas tu kusemai..Rupanya betullah berbudi pada tanah nie pasti akan dapat hasilnya..Bila dihitung dah 10 biji honey dew tu keluar tunggu untuk dipetik.