Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Hari ini merupakan kali ke-14 aku menyambut hari guru..Sesungguhnya begitu cepat putaran masa berlalu..Kalau dulu ,aku yang meraikan guru-guru tetapi kini aku pulak yang diraikan.Walaupun telah bergelar guru,sememangnya aku tidak sesekali lupa jasa guru-guru yang pernah mengajarku di SK Batu Rakit,SMK Kompleks,Mengabang Telipot,SMK Ibrahim Fikri dan juga bekas-bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi..Terima kasih Cikgu...kerana Cikgu semua umpama lilin bagi diri ini,memberi nafas baru di dalam dunia seorang aku .
Sesungguhnya banyak suka duka dalam hari-hari seorang guru...Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru,walau di mana sahaja berada..