Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 14 Jun 2011

Projek Kedai Usahawan -Aiskrim Malaysia dan pembungkusan kerepek

 Pelajar Shahfriezan dan Hazil menunjukkan cara membungkuskan aiskrim..Cikgu Khatijah tersenyum simpul lihat hasilnya
 Kelas PPKI 3 tak melepaskan peluang mencari pengalaman membuat aiskrim..
 Norazi (PPKI 6) sedang tekun membuat bungkusan kecil kerepek untuk dijual
Pelajaran hari ini sebenarnya adalah pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif..Tapi saya dan cikgu Khatijah saje bersepakat untuk mengajar  membuat aiskrim dan membuat pembungkusan kerepek. Justeru projekpun berjalan..Seronok lihat pelajar -pelajar ini teruja dengan aktiviti hari ini..

Apabila peraturan letak di bawah kaki..

The key to success 
Pagi tadi lima orang pelajar kena panggil dan di rotan..Dalam lima orang tu termasuklah dua orang pelajar perempuan...Biar di rasa semalam berlagak macam hero dan heroin.Orang balik pukul 4.50 dia buat peraturan sendiri .Menipu guru dan keluar pukul 1.30 .petang..Banyak cantik muka dia orangkan..lagak macam anak VVIP.Tapi rasanya anak-anak VVIP tahu menghormati peraturan..Inilah susah kalau dah perasan sekolah mak bapak dia yang punya.Kita guru ni..jumpa kat luar dia orang pandang sebelah mata selamba jer dia tengok kita tanpa rasa bersalah...tapi takper  hari ini aku tunjuk kuasa. Bila dalam kawasan sekolah nie..hahaha baru dia orang tau langit itu tinggi rendah.
Rasanya terkejut beruk makyeh,sebab tak sangka aku tuding jari masa perhimpunan tadi...minta datang ke depan..
Baru kau tahu diamku ada batasnya..sedapkan dapat merasa hayunan rotan kat pungung oleh PK HEM..Kalau ikutkan hati mahu aku sahaja yang merontan mereka.Nak juga mendengar keluhan sayu sedapnya rasa penangan rotan tu..Pada pelajar perempuan yang kena kat tangan tu..habislah lepas ni tangan jadi kasar terkejut pakwe bila pegang tangan nanti..Ada di kalangan mereka,kali pertama dalam alam persekolahan kena rotan di perhimpunan.Cikgu pasti tika ini kenangan pahit yang menggaggu tidur kalian malam ini dan membuat kalian tersenyum bila alam ini kalian tinggalkan.Pasti akan menjadi paling lucu..KANTOI..
Apapun peraturan  tetap peraturan ..selagi kalian bergelar pelajar SMK Demak Baru..Doa Cikgu kalian dibuka kan pintu hati ke jalan yang lebih baik..