Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 11 September 2017

Apa yang kurasakan tika dan saat ini adalah sebuah kekosongan

Arah hidup kita tergapai bintang di angkasa...berkelip melukis cinta...terciptalah lagu kita..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Mr Budu.

Alhamdulillah melangkah setahun lagi usia perkahwinan kita yang ke -19 tahun..begitu cepat putaran masa .Terima kasih Mr Budu kerana menyayangi saya hingga ke hari ini.Walau begitu banyak ujian yang berlaku menimpa kita.Terima kasih juga kerana hingga ke hari ini awak sentiasa menerima keluarga saya lebih daripada apa yang saya mahukan.Terima kasih kepadaMu Ya Allah kerana menghadirkan seorang insan yang begitu sempurna untuk berkongsi hidupku menjalani hari-hari seterusnya.Tiada kata-kata yang mampu terluah untuk menzahirkan rasa sayang ,kasih dan cinta buatmu Mr Budu..Semoga jodoh bersamamu akan ke kekal ke akhir hayatku.

Sayang dan cintaimu sampai mati.....