Terima Kasih Atas Kunjungan

Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

Lagu saya dulu nie

Suka sangat dengar lagu ni dulu
Tika tu diri di Menara Gading..
Chewah!!
Hingga keluar U,menara gading tetap tak jumpa.Hihi
Masa dengar lagu ni suatu ketika dulu
diri amatlah perasan.
Rasanya lagu tu seperti ditujukan buat saya..
Huhuhu..
Anggaplah itu buat sayakan.
Saya ni memang perasan lebihpun..
Tapi apa salahnya kan..

 


Khamis, 27 Oktober 2011

Aku Cinta Allah

Tersentuh bila dengar lagu ni..Liriknya penuh makna..
Semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang lurus.
Sesungguhnya aku lemah 
tanpamu Allah!!
Aku cinta Allah.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Selasa, 18 Oktober 2011

Layan lagu

Tertiba teringat pada lagu ni..suka benar dengar lagu ni dulu.. SABARLAH SAYANG...

Ahad, 9 Oktober 2011

Cukuplah sekali


commentgreeting7.gif 
Sekadar renungan....
Sekiranya sahabat pernah melakukan sebarang kesilapan,bersedialah untuk memaafkannya.
Tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.
Jika kita yang bersalah,janganlah malu meminta maaf daripada mereka.
kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat 


Sabtu, 8 Oktober 2011

Nostalgia Milik Kita

Memori yang indah
masih tersimpan diingatan
walau diseberang mata dan perasaan kita
hakikatnya tersembunyi satu nostalgia
Yang bersemi itu adalah milik kita
kutahu kau masih menghargai cinta suci
rindu yang terbuku di hati
kekal abadi
kekuatan cintaku tak luntur walau seketika
biar ditelan mentari namun ku masih tetap menanti
dibuangku terasa sayang
kau umpama bintang menyinar
lautan api sanggup direnangi asalkan kita dapat bersama.....
(Lirik lagu nie tak habis nak tulis..kalau nak tahu cubalah dengar sampai habis..for you)
Best jugak bila dengar lagu ni..macam dah lama dengar.padahal baru kali pertama dengar...yang penting lirik lagu tu memang best sangat..


Khamis, 6 Oktober 2011

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Indahnya apabila kemaafan yang diharapkan sekian lama dapat diperolehi..Terima kasih
banyak!!

Khamis, 29 September 2011

Akukah Terlewat

Best dengar lirik-lirik lagu nie..AKU KAH YANG TERLEWAT...Atau waktu yang tercepat..
Kenangan lama kembali segar diingatan....

Selasa, 27 September 2011

Andai dapat kuundurkan masa

Sememangnya mana mungkin dapat kita putarkan masa kembali kepada sebelum ini. Hanya Dia sahaja Yang Berkuasa untuk menentukan segalanya.Kita hambanya yang hanya mampu merancang..Tetapi andainya dapat diundurkan masa pastinya yang tak tercapai itu ingin dilaksanakan..impian yang belum dimilki ingin ditakluki serta memori-memori indah tak ingin rasanya dibiarkan pergi.Biarlah kekal dan terus ada bersama memori baru.
Suka sangat dengar lagu ni..sebab pernah kehilangan seorang kawan kerana salah sangka..Tapi takpelah dihujung-hujung salah sangka itu dapat dileraikan.
Dulu lagu nie selalu bermain dibibir menemani ketika membuat kerja rumah waktu remaja..Terkadang tak lepas jugak kena leteran mak sebab asyik menyanyi je kat dapur..sampai sekarang suka dengar lagu ni...boleh kata saban hari lah..
Apapun hari ni rasanya semangat sikit nak pergi kerja...Tenang je rasa.....

Selasa, 20 September 2011

Hanya Dia

Kucintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percaya kan janjinya

Chorus

Kuakui aku menggilainya
Kuakui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya...dia

Chorus 2

Kuakui aku mengaguminya
Kuakui aku menyayanginya
Sungguhnya kuakui kuperlukan dia
Segalanya kuserah
Kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya

Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Ulang Chorus, Chorus 2 (2X)

Jumaat, 22 Julai 2011

Wasangka Cintaku...


Semalam tika memandu saya terdengar lagu nie dimainkan di radio Sinar FM.lama sungguh saya tak dengar lagu nie..Saya tercari-cari apa nama tajuk lagu nie..hinggalah ke akhir lagu akhirnya saya berjaya mengingatkannya kemabali "Wasangka Cintaku " nyanyian Kumpulan Metafora.Saya suka lagu ni...bila terdengar balik semalam ingatan saya kembali segar pada kisah -kisah di zaman 90-an.

Khamis, 7 Julai 2011

Lama Dah Cari Lagu Nie...

Lama betul saya cari lagu nie..sebab saya terlupa sapa nama penyanyi dia..Tertiba teringat pagi nie terus saya cari dalam You tube ni..
Kenapa saya suka lagu ni ekk..senang je sebab lagu ni bersama saya ketika memori-memori tercipta.Susah senang dan ketika bunga-bunga perasaan saya baru bermula tapi saya diuji..Rasa nak kembali je alam remaja seketika tapi apakan daya mana mungkin dapat kita undurkan masa..

Jumaat, 24 Jun 2011

Terima kasih segalanya...
Apapun sikapmu ku terima asalkan ada kebaikan..
Terima kasih kerana " aku yang terpilih"..