Sememangnya mana mungkin dapat kita putarkan masa kembali kepada sebelum ini. Hanya Dia sahaja Yang Berkuasa untuk menentukan segalanya.Kita hambanya yang hanya mampu merancang..Tetapi andainya dapat diundurkan masa pastinya yang tak tercapai itu ingin dilaksanakan..impian yang belum dimilki ingin ditakluki serta memori-memori indah tak ingin rasanya dibiarkan pergi.Biarlah kekal dan terus ada bersama memori baru.
Suka sangat dengar lagu ni..sebab pernah kehilangan seorang kawan kerana salah sangka..Tapi takpelah dihujung-hujung salah sangka itu dapat dileraikan.
Dulu lagu nie selalu bermain dibibir menemani ketika membuat kerja rumah waktu remaja..Terkadang tak lepas jugak kena leteran mak sebab asyik menyanyi je kat dapur..sampai sekarang suka dengar lagu ni...boleh kata saban hari lah..
Apapun hari ni rasanya semangat sikit nak pergi kerja...Tenang je rasa.....
Andai masa dan ketika dapat ku undur...akan ku undur dari masa remaja yang penuh dgn helai- tawa dan suka ria bersama2 keluarga dan teman2 sepermainan.Masa itu tiada tanggungjawab yg dipikul...hidup sebatang kara...Celik2 mata nak tengok org tersayang...nak tidur pun nak tengok jugak walau dari kejauahan dan kesamaran.Tapi tetap yakin dia ada di situ...tp tanggungjawab dan kehidupan perlu diteruskan demi kesinabungan generasi umat...cuma ada yg msh kekal hgga kini...iaitu persahabatan dan ikatan perasaan yg tak bisa dileraikan.
BalasPadam