Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 4 Oktober 2019

Resepi Kek Buah Campur

Resepi Kek Buah Campur

Bahan-bahan :

2 Cawan Marjerin
3/4 Cawan Gula
2 Cawan Tepung Gandum
5 Biji Telur
1 Cawan Susu Pekat
1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Paket Buah Campur

Cara membuatnya :

*panaskan oven 175C dan lenser kan tin kek dengan mentega.

*putar gula(telah di kisar halus) dengan mentega hingga jadi putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.

*perlahankan speed dan masukkan tepung (yang telah di ayak dengan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Dan kemudian masukkan susu pekat dan putar hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah campur dan gaul guna sudu(selerakkan mengikut kesesuaian)

*bakar 50-60 minit mengikut oven masing2 — with Zaujah Ariff.

Resepu Waffle Rangup

Jom kita buat Waffle rangup diluar, gebu di dalam ni untuk sarapan pagi..

Bahan-bahan

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan air
1 tbsp tepung jagung
1 biji telur
2 tbsp gula
1 tbsp butter
2 tbsp minyak jagung
Sedikit garam
Sedikit esen vanila

Cara Membuat

Langkah 1
Satukan kuning telur dan air. Kacau rata

Langkah 2
Masukkan butter yang dicairkan, tepung, minyak, esen vanila dan garam. Kacau rata

Langkah 3
Didalam bekas bersih, pukul putih telur dan gula hingga soft peak. Satukan adunan.

Langkah 4
Masak waffle selama 5-8 min. Bergantung kepada kerangupan yang anda mahu. Sedia dihidang

Kredit: @Seminit Resepi

Resepi Kek Coklat Blander

Kek coklat blander..
Versi kukus...
😋😋

Resepi
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak

Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

Kredit resepi ini kpd nora syikin