Terima Kasih Atas Kunjungan

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti PPKI SMK KG JAWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti PPKI SMK KG JAWA. Papar semua catatan

Selasa, 12 Disember 2023

Memori terakhir di kelas KKBP C

 Hari -hari terakhir bersama sebahagian daripada murid-murid KKBP C .Sedihnya Allah yang tahu.Cikgu pasti merindui kalian semua






Selasa, 2 Ogos 2016

Contoh surat permohonan meminjam pakaian tarian

Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor
Tingkat 22,Wisma MBSA
Persiaran Bandaraya ,Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor.                                                                                                                                             2 ogos 2016


Tuan/Puan

PERMOHONAN MEMINJAM PAKAIAN TARIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.            Adalah dimaklumkan PPKI SMK Kampong Jaya telah turut serta dalam Pertandingan Tarian Tradisional  di Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Klang yang akan berlangsung seperti berikut :

                Tarikh                                    : 9 Ogos 2016 (Peringkat Saringan)
                                                                                 11 Ogos 2016 (Pertandingan)
                Hari                                        : Selasa / Khamis

                Masa                                     : 8.30 pagi
                Bilangan Peserta Tarian : 8 orang ( 4 lelaki dan 4 wanita)

3.            Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta jasa baik tuan untuk memberi kebenaran kepada kami meminjam pakaian tarian  dan aksesori untuk dipakai pada pertandingan itu nanti.

4              Semoga permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi  Pn Norzita Mohamed di talian 012-2537173 guru pembimbing tarian PPKI SMK Kampong Jawa.

Sekian ,terima kasih.


Yang benar


…………………………………………………………………………………………

(TUAN HAJI MOHAMMED NASHAN B.SINGGAN)
Pengetua


SMK Kampong Jawa

Selasa, 17 Mei 2016

Pengurusan Diri -Aktiviti Memberus gigi (PPKI G)

Hanya 5 orang murid yang hadir .Seronok dan teruja mereka melakukan aktiviti ini
Pengajaran saya pada hari ini dibantu oleh PPM Aizah
Berus dik jangan tak berus

Haikal dan Haqimi tidak pandang kiri kanan semangat memberus


Gosok tu biar betul-betul tau

Kertas Kerja Pembelian Kabin PPKI SMK Kampong Jawa

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
JALAN RAJA NONG
KLANG





KERTAS CADANGAN PEMBELIAN KABIN  UNTUK PROGRAM  TRANSISI  KERJAYA

MURID BERKEPERLUAN KHAS




MEMACU KEHIDUPAN KE ARAH BERDIKARI



DISEDIAKAN OLEH
PN NORZITA MOHAMED




1.0 PENGENALAN
Program Transisi  Kerjaya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa telah dimulakan pada awal Januari 2016. Program transisi  kerjaya mempunyai matlamat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, iaitu melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif .
Bermula Januari hingga kini pelbagai aktiviti seperti jualan ,masakan dan kraftangan telahpun dilaksanakan dan aktiviti ini pastinya menjurus ke arah membimbing murid PPKI mendalami ilmu  keusahawanan. Usaha membudayakan keusahawanan di kalangan murid telah mula disemai sejak dibangku sekolah rendah lagi .Pembudayaan ini diteruskan lagi di sekolah menengah melalui mata pelajaran vokasional.

2.0       RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa untuk mengutip sumbangan bagi membeli kabin untuk murid-murid berkeperluan khas menjalankan aktiviti keusahawanan.Masalah kekurangan tempat dan ruang yang sempit adalah salah satu faktor utama yang menyekat aktiviti keusahawanan berjalan lancar.
Berdasarkan keadaan tersebut ,adalah wajar dipertimbangkan agar pembelian  kabin bagi memantapkan dan memperkasakan lagi aktiviti keusahawanan di PPKI SMK Kampong Jawa







3.0 SASARAN
Bilangan guru dan murid yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di PPKI SMK Kampong Jawa adalah:
            3.1- 5 orang guru PPKI
            3.2- 8 orang murid Kelas A
            3.3- 8 orang murid Kelas B
            3.4- 8 orang murid Kelas K


4.0 OBJEKTIF
Cadangan perlaksanaan projek pembelian kabin sebagai usaha  untuk :

4.1 Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan  keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan.

4.2 Membekalkan kemahiran asas vokasional terutamanya kepada murid pendidikan khas yang berpotensi untuk bekerja.

4.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid disamping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program Pendidikan Khas.

4.4 Membolehkan guru merancang dan mengurus proses pengajaran-pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dengan lebih mantap bagi mencapai matlamat dan objektif program transisi ke kerjaya PPKI SMK Kampong Jawa.

4.5 Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana ,masyarakat dan sebagainya


5.0       TEMPAT/KEDUDUKAN KABIN
Tempat yang paling sesuai dan strategik adalah di tapak pondok bersebelahan bangunan baru PPKI.



 6.0 JAWATANKUASA INDUK
           
Penasihat                              : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
                          (Pengetua SMK Kampong Jawa)

Timbalan Pengerusi              : Puan Normala binti Misman
                          ( Penolong Kanan Pendidikan  Khas)

            Naib Pengerusi 1                 : Pn Latifah  bt Ahmad
                                                          ( Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa)

            Naib Pengerusi 2                  : Pn Puziah  bt Tuban
   ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong             Jawa)

            Naib Pengerusi 3                 :  Tn Hj Muzikir bin Mohamad
                                                           ( Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa)

            Naib Pengerusi 4                 :  En Amir Saifuddin bin Abdul Majid
                                                           ( Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa)

            Penyelaras Program           :   En Hairudin Md Zain

6.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Setiausaha                           : Rozilah Kaswati

Bendahari                             : Pn Norzita Mohamed

AJK Guru                              :   1.Pn Faridah binti Abd.Rahman
                                                  2. Pn Nurul Hazwani Bt Nik Cik
AJK PPM                            :  1.Pn Noraizah Bt Salip
                                                2.Pn Siti Aisyah Bt Awang Hamat
                                                3.Cik Amalina Najwa Bt Yaacob
AJK Murid                          :   1. Eshwa Ruben A/L Krisnan
                                                2. Haziq Bin Abd Nasir          
                                                3. Mansur Abd Nasir             
                                                4. Nurul Ain Nadhirah Mohamed Rafi
                                                5. Sharmilla A/P Veerapan   
                                                 6. Sri Kareshman Muthalliar A/L Doraisamy

7.0       SKOP DAN KOMPONEN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS
Anggaran perbelanjaan bagi pembelian kabin adalah seperti butiran berikut :

BIL
BUTIRAN
KUANTITI
JUMLAH(RM)
1.
Membeli kabin berukuran
20` x 10` x 81/2
-1 NO 3` x 7` plywood door (steel frame)
-1 NO 4` x 3` naco windor    (steel frame)
-2 NOS STD lighting
-2 NOS AMP Power Point
-1 NOS AMP Air Cond Point

1 x RM 3.200
RM 3,425.00
2.
Pengangkutan
RM 550.00
RM    550.00
          JUMLAH

RM 3,975.00
           

8.0       PENUTUP

Pembelian kabin  murid Pendidikan Khas ini amat diperlukan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid PPKI mencungkil dan mengasah minat mereka dalam bidang keusahawanan. Dengan latihan kemahiran pekerjaan yang disediakan, kami berharap murid-murid PPKI akan meningkatkan pengetahuan demi kemajuan kerjaya mereka dan akan memperoleh kerjaya apabila tamat persekolahan nanti.Semoga dengan adanya satu kabin ini dapat membantu pihak sekolah dan PPKI SMK Kampong Jawa bagi memacu insan istimewa kea rah kecemerlangan  pendidikan dan kemahiran kendiri yang tinggi setara dengan tahap keupayaan sedia ada murid Pendidikan Khas.

Disediakan oleh,                                                     


_________________                     

(Pn NORZITA MOHAMED)                                               
Guru Projek Transisi Kerjaya                    
PPKI SMK Kampung Jawa





Disokong / Tidak Disokong oleh,



_______________________________
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK  Kampung Jawa




Dilulus / Tidak Lulus oleh,



_______________________________  
(TUAN HAJI MOHAMMED NASHAN B.SINGGAN)
Pengetua


SMK Kampong Jawa

Selasa, 10 Mei 2016

Pengurusan Diri-Belajar mengelap barangan dapur

 seronok murid-murid hari ini apabila aktiviti pengurusan diri adalah mengelap barangan dapur.Mereka begitu teruja dan semnagat melakukan kerja.Semenjak berada di PPKI SMK KG JAWA ini ada beberapa perkara yang perlu difikirkan untuk mereka..rancangan nya banyak tapi pastinya mengambil masa untuk dilaksanakan.




Rabu, 27 April 2016

PERTANDINGAN MEMBUAT KOTAK TISU BERASASKAN KAIN FELT



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG.
SEBENTAR  LAGI  AKAN DILANGSUNGKAN  PERTANDINGAN MEMBUAT KOTAK TISU MENGGUNAKAN KAIN FELT.

MOHON PESERTA-PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN BAGI PERTANDIGAN INI SILA HADIR KE TAPAK PERTANDINGAN SEKARANG JUGA.



BERIKUT DIBACAKAN BEBERAPA SYARAT PERTANDINGAN INI.



SYARAT PERTANDINGAN MEMBUAT KOTAK TISU FELT

1.       PERTANDNGAN TERBUKA KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG BERMINAT.
2.       SEMUA REKAAN KOTAK TISU YANG DIKEMUKAKAN MESTI DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN KAIN FELT YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENGANJUR.
3.       PESERTA BOLEH MENGGUNAKAN AKSESORI YANG DIBAWA SENDIRI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI HIASAN DI ATAS KOTAK TISU..
4.       PERTANDINGAN MENGAMBIL MASA SELAMA 1 JAM 30  MINIT
5.       KRITERIA DAN CARA PENGHAKIMAN
JAHITAN –
KREATIVITI
PENGGUNAAN WARNA DAN KEKEMASAN
6.       KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD
7.       SEMUA HASIL YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH MENJADI HAK MILIK PENGANJUR.





DEMIKIANLAH TADI BERAKHIRNYA PERTANDINGAN MEMBUAT KOTAK TISU BERASASKAN KAIN FELT.TERIMA KASIH DIUCAPKAN DAN KITA AKAN UMUMKAN PEMENANGNYA SEBENTAR SAHAJA LAGI.