Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor
Tingkat 22,Wisma MBSA
Persiaran Bandaraya ,Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor. 2
ogos 2016
Tuan/Puan
PERMOHONAN MEMINJAM PAKAIAN TARIAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah
dimaklumkan PPKI SMK Kampong Jaya telah turut serta dalam Pertandingan Tarian
Tradisional di Karnival Kesenian dan
Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Klang yang akan berlangsung seperti
berikut :
Tarikh : 9 Ogos 2016 (Peringkat Saringan)
11 Ogos 2016 (Pertandingan)
Hari : Selasa / Khamis
Masa : 8.30 pagi
Bilangan
Peserta Tarian : 8 orang ( 4 lelaki dan 4 wanita)
3. Sehubungan
dengan itu, kami ingin meminta jasa baik tuan untuk memberi kebenaran kepada
kami meminjam pakaian tarian dan
aksesori untuk dipakai pada pertandingan itu nanti.
4 Semoga
permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.Segala
kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi
Pn Norzita Mohamed di talian 012-2537173 guru pembimbing tarian PPKI SMK
Kampong Jawa.
Sekian ,terima kasih.
Yang benar
…………………………………………………………………………………………
(TUAN HAJI MOHAMMED NASHAN B.SINGGAN)
Pengetua
SMK Kampong Jawa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!