Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 17 Februari 2016
Akmal Atau Obama
Pelajar ni cikgu panggil obama .murid sedikit rabun dan ada autisma.umur 13 tahun masih pakai pampers.. setiap hari suka sangat main dengan dia..belai dia..dan diapun dah tahu serta cam bau minyak wangi saya..terkadang dia mengamuk tanpa dijangka..terlepas pandang suka makan plastik..hari ini datang dekat dia tgn dia seakan2 mahu saya mendukungnya..pantas sy dukung sambil mengajar murid yang lain..apa yang syahdu dia terus melemparkan satu senyuman buat saya...itulah tindakbalas dia yg buat saya tersentuh...sungguh ank syurga ini tidak mampu untuk diajar abc..hanya mengharap kasih syg org sekeliling...
Bersama dgn dia hati sy selalu terkenang seorng murid di ppki smk demak baru farid namanya...rindu pada budak itu terubat dgn hadirnya budak ini
Langgan:
Catatan (Atom)