Gera betul saya dengan budak kecik ni..Ini adik kepada anak murid saya yang bernama Abang Adam.Satu family datang untuk majlis muafakat SMKDB.Saya ni pantang tengok baby..mesti nak pinjam dan ambil buat main...Nak kata takde anak..anak-anak dah 5 pun...Dah jiwa ditakdirkan dengan budak-budak...macanilah.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.