Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 17 Februari 2021

Teks Pengacara Majlis Program Salam Kasih Murid PPKI Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Kampong Jawa 2021

 

TEKS PENGACARA MAJLIS  PROGRAM SALAM KASIH MURID PPKI  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK KAMPONG JAWA 2021

Tempat :Kediaman masing-masing (Secara Atas Talian)

Masa    :8.30 - 11.30 Pagi

Hari      : Rabu

 

PENGUMUMAN

Hadirin Sekalian ,ada beberapa pengumuman dan ingatan sebelum majlis ini bermula iaitu.

1.Tuan -tuan dan puan puan di Ingatkan  untuk mengisi kehadiran dan maklum balas dalam link google form yang  diberikan .

2.Memastikan microfon sentiasa tertutup kecuali apabila ingin bercakap supaya tidak mengganggu kelancaran majlis.

3.Kepada semua murid PPKI ,diingatkan agar menunggu sebentar apabila majlis salam kasih ini berakhir kerana kita akan sambung dengan mesyuarat Agung Kokurikulum.

Kerjasama yang diberikan diucapkan terima kasih.

 

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng Menyusun jari

Salam Kasih selamat datang

Sudi tuan puan bersama kami.



BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa selaku pengerusi

Yang Dihormati Puan Anita Bt Mad  Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Faizatul  Aimi  binti Mustafa, Pengerusi Badan Kebajikan Pendidikan Khas. guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita  memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita  berjumpa pada hari ini  secara dalam talian  dalam  MAJLIS PROGRAM SALAM KASIH MURID PPKI  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK KAMPONG JAWA 2021 Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh bermanfaat  dan membawa makna.

Bagi pihak ahli jawatan kuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Tuan Pengetua serta dif-dif jemputan yang lain ke majlis Program Salam Kasih Murid PPKI 2021.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir dalam majllis ini secara atas talian .Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina kea rah membantu pihak sekolah dalam melancarkan pengurusan Pendidikan Khas di SMK Kampong Jawa.

 

 

BACAAN DOA

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Pastinya mengharapkan  majlis kita pada hari ini mendapat redha dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput  En Muhamad Faried Shah bin Moh Noor untuk  memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Muhamad Faried Shah bin Moh Noor  atas bacaan doa itu tadi

TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadiri sekalian,agenda diteruskan dengan tayangan multimedia.Tumpukan perhatian  hadirin sekalian pada tayangan multimedia yang akan dipersempahkan nanti.

Demikian lah tadi ,persembahan multimedia buat tontonan semua.

Para Hadirin sekalian,

Program Salam Kasih Murid PPKI 2021 antara objektifnya ialah memberi pendedahan kepada murid-murid baru PPKI tentang alam persekolahan sekolah menengah,memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah dan juga meningkatkan motivasi murid-murid untuk kesekolah.Selain itu juga,mendedahkan kepada ibu bapa berkaitan dengan pengurusan di PPKI SMK Kampong Jawa.

UCAPAN PENGETUA

 Tuan-tuan,puan-puan hadirin sekalian,

Seterusnya dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini.

Di persilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

UCAPAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Hadirin Sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Nordiana Bt Ngaspan Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi  SMK Kampong Jawa   untuk menyampaikan ucapan .

Di persilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Nordiana Bt Ngaspan Penolong Kanan PPKI atas ucapan sebentar tadi.

 

 

 

UCAPAN YDP PIBG

 

Seterusnya majlis mempersilakan Yang dihormati Puan Anita bt   Mad Idris, YDP PIBG SMK Kampong Jawa  untuk menyampaikan ucapan .

Di persilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  yang dihormati Puan Anita Bt  Mad Idris, YDP PIBG SMK Kampong Jawa atas ucapan sebentar tadi.

 

 

UCAPAN PENGERUSI BADAN PERMUAFAKATAN  IBU BAPA PENDIDIKAN KHAS   

 

Seterusnya majlis mempersilakan Yang dihormati Puan Faizatul Aimi Bt  Mustafa,Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu Bapa Pendidikan  Khas SMK Kampong Jawa  untuk menyampaikan ucapan .

Di persilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  yang dihormati Puan Faizatul Aimi Bt  Mustafa,Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu Bapa Pendidikan  Khas  SMK Kampong Jawa atas ucapan sebentar tadi.

 

 

 

 

                        

TAKLIMAT KURIKULUM

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan Puan Ngu Mee Sin ,Setiausaha Kurikulum PPKI SMK Kampong Jawa .untuk menyampaikan taklimat kurikulum .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  yang dihormati Puan Ngu Mee Sin  atas taklimat kurikulum sebentar tadi.

 

TAKLIMAT HAL EHWAL MURID

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan Puan Noraini Bt Saritak ,Setiausaha Hal Ehwal Murid PPKI SMK Kampong Jawa.

.untuk menyampaikan taklimat Hal Ehwal Murid.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada    Puan Noraini Bt Saritak ,Setiausaha Hal Ehwal Murid PPKI SMK Kampong Jawa.

atas taklimat Hal Ehwal Murid  sebentar tadi.

 

 

 

TAKLIMAT KOKURIKULUM

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan En Muhamad Faried Shah bin Mohd  Nor ,Setiausaha Kokurikulum PPKI SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan taklimat Kokurikulum Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Muhamad Faried Shah bin Mohd  Nor atas taklimat  sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

TAKLIMAT APDM

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan Puan Auni  binti Amin,Guru Data Murid PPKI SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan taklimat  Aplikasi Pangkalan Data Murid.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Auni  binti Amin, atas taklimat  sebentar tadi.

 

 

 

TAKLIMAT DISIPLIN

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan En Balasubramaniam A/L Muthusamy Guru Disiplin  Murid PPKI SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan taklimat  Disiplin Murid.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Balasubramaniam A/L Muthusamy, atas taklimat  sebentar tadi.

 

 

TAKLIMAT NILAM

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan Pn Mageswarie a/p Subramaniam

 En Balasubramaniam A/L Muthusamy GuruPusat Sumber PPKI  SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan taklimat  Nilam .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Mageswarie a/p Subramaniam, atas taklimat  sebentar tadi.

 

 

 

TAKLIMAT eRPI

 

Hadirin sekalian ,seterusnya pula majlis mempersilakan Pn Nur  Tasnim  binti Ismail untuk menyampaikan taklimat  eRPI .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Nur  Tasnim  binti Ismail , atas taklimat  sebentar tadi.

 

 

                                  

SOAL JAWAB IBU BAPA

Hadirin sekalian ,seterusnya kita memberi peluang untuk tuan puan mengemukakan sebarang persoalan. Silakan.

 

PENUTUP

Tuan puan ,hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya sesi soal balas itu tadi ,maka berakhir sudah Majlis Program Salam Kasih Murid PPKI 2021.Mewakili Jawatankuasa program mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan Kerjasama yang telah diberikan oleh tuan -tuan dan puan-puan.

 

Sayang selasih bunganya wangi

Ia cantik tapi berduri

Terima kasih sekalung budi

Moga berjumpa di lain hari

Kepada semua murid PPKI harap tunggu sebentar kerana kita akan mengadakan mesyuarat Agung Kokurilum sebentar lagi.

 

 

 

 

MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat Agung Kokurikulum dijalankan

 

 

 

BERSURAI

Sekian, wabillahitaufiq wal

 

Sayang selasih bunganya wangi

Ia cantik tapi berduri

Terima kasih sekalung budi

Moga berjumpa di lain hari

 

hidayah

ATUR CARA MAJLIS

8:30-9:00 pagi                 : Pendaftaran guru-guru, PPM , ibu bapa dan murid-murid                  melalui google form.

9:00-9:10 pagi                : Ucapan pengerusi majlis

9:10-9:15 pagi                : Bacaan doa

9:15-9:30 pagi                : Tayangan Multimedia

9:30-9:45 pagi                : Ucapan daripada

                                            Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin Bin Sirat ,

                                            Pengetua SMK Kampong Jawa
9:45-10:00 pagi              : Ucapan daripada Puan Nordiana Bt Ngaspan ,

                                         Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa

10:00-10:10 pagi  : Ucapan daripada Puan Anita Bt Idris,

                                         YDP PIBG SMK Kampong Jawa

10:10-10:20 pagi  : Ucapan daripada Puan Faizatul Aimi Bt  Mustafa

                                         Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu Bapa Pendidikan
                                      Khas                         

10:20-11:45 pagi   : Taklimat Kurikulum

                                        Taklimat HEM

                                     Taklimat Kokurikulum

                                     Taklimat APDM

                                       Taklimat Disiplin

                                        Taklimat Nilam

                                           Taklimat eRPI

Rabu, 3 Februari 2021

Pantun Terima kasih



Tiba-tiba rasa nak cipta satu pantun untuk sendiri...lama tinggalkan blog kesayangan ni....  Agaknya pantun ni sesuai tak untuk majlis rasmi

Harum baunya wangian setanggi

Ditambah pula haruman kasturi

Keikhlasan hatimu kusanjung tinggi

Terima kasih kuzahirkan dari lubuk sanubari



TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI HISHAMMUDDIN BIN SIRAT PENGETUA SMK KAMPONG JAWA

  

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI HISHAMMUDDIN BIN SIRAT

PENGETUA SMK KAMPONG JAWA

RABU

3 FEBRUARI 2021

MAJLIS PERPISAHAN CIK ZARINA BINTI ISMAIL

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 

1. Pertamanya, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun dalam MAJLIS JASAMU DIKENANG bagi meraikan  Yang Berusaha Cik Zarina Binti Ismal,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  yang akan meneruskan perkhidmatan beliau di SMK Bukit Tinggi,Klang,Selangor.

2. Sesungguhnya, majlis yang diadakan ini adalah sebagai satu tanda penghargaan dan pengiktirafan serta nukilan terima kasih dari warga SMK Kampong Jawa atas jasa beliau menabur bakti kepada sekolah selama ini.

3. Setelah hampir 2 tahun 5 bulan beliau  menabur bakti di SMK Kampong Jawa , pastinya dalam tempoh masa tersebut pelbagai peristiwa pahit-manis, suka-duka dan cabaran getir yang telah ditempuhi beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Penolong Kanan  HEM.

4. Pegangan beliau dalam memastikan segala tugas yang diamanahkan kepada beliau dilaksanakan sehabis baik. Sesungguhnya segala komitmen, usaha dan sumbangan yang beliau tunjukkan wajar dijadikan panduan dan contoh kepada warga SMK Kampong Jawa.

5. Saya berbangga kerana beliau telah berjaya menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan baik dan sesempurna mungkin.

6. Semangat dan nilai-nilai positif inilah  perlu dipahatkan di hati sanubari warga SMK Kampong Jawa supaya aspirasi yang dituju adalah sealiran dan tidak terkeluar daripada landasan yang sepatutnya.

7. Saya amat menghargai segala sumbangan dan khidmat bakti Cik Zarina binti Ismail. Beliau saya kira seorang yang cekal hati dan memiliki aura positif dalam berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Sifat seperti inilah yang perlu disemai dan disematkan dalam diri masing-masing.

8. Akhir bicara, mewakili seluruh Warga SMK Kampong Jawa, sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  kepada Yang Berusaha Cik Zarina Binti Ismail atas segala jasa dan pengorbanannya selama berkhidmat di sekolah ini. Apa yang baik di bawa dan disebut ditempat baru dan mana yang tidak elok tinggalkan disini sebagai satu lipatan kenangan dan pengajaran.

9. Selamat Maju Jaya kepada  Yang Berusaha Cik Zarina Binti Ismail.

10.Saya sudahi dengan dua rangkap pantun

 

Riuh di awan sekawan Helang

Riang senada kongsi keriangan

Jasamu Cik Zarina tidak terbilang

Akan dikenang sepanjang zaman

Berangkat sampan ke Pulau Pandan

Mencari kepah untuk hidangan

Perpisahan ini bukan sempadan

Ikatan terjalin usah diputuskan

 

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi