TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI HISHAMMUDDIN
BIN SIRAT
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA
RABU
3 FEBRUARI 2021
MAJLIS PERPISAHAN CIK ZARINA BINTI ISMAIL
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera,
1. Pertamanya, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun
dalam MAJLIS JASAMU DIKENANG bagi meraikan
Yang Berusaha Cik Zarina Binti Ismal, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang akan meneruskan perkhidmatan beliau di
SMK Bukit Tinggi,Klang,Selangor.
2. Sesungguhnya, majlis yang diadakan ini adalah sebagai satu
tanda penghargaan dan pengiktirafan serta nukilan terima kasih dari warga SMK
Kampong Jawa atas jasa beliau menabur bakti kepada sekolah selama ini.
3. Setelah hampir 2 tahun 5 bulan beliau menabur bakti di SMK Kampong Jawa , pastinya
dalam tempoh masa tersebut pelbagai peristiwa pahit-manis, suka-duka dan
cabaran getir yang telah ditempuhi beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Penolong
Kanan HEM.
4. Pegangan beliau dalam memastikan segala tugas yang
diamanahkan kepada beliau dilaksanakan sehabis baik. Sesungguhnya segala
komitmen, usaha dan sumbangan yang beliau tunjukkan wajar dijadikan panduan dan
contoh kepada warga SMK Kampong Jawa.
5. Saya berbangga kerana beliau telah berjaya menggalas
amanah dan tanggungjawab ini dengan baik dan sesempurna mungkin.
6. Semangat dan nilai-nilai positif inilah perlu dipahatkan di hati sanubari warga SMK Kampong
Jawa supaya aspirasi yang dituju adalah sealiran dan tidak terkeluar daripada
landasan yang sepatutnya.
7. Saya amat menghargai segala sumbangan dan khidmat bakti Cik
Zarina binti Ismail. Beliau saya kira seorang yang cekal hati dan memiliki aura
positif dalam berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Sifat seperti inilah
yang perlu disemai dan disematkan dalam diri masing-masing.
8. Akhir bicara, mewakili seluruh Warga SMK Kampong Jawa,
sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Cik Zarina Binti Ismail
atas segala jasa dan pengorbanannya selama berkhidmat di sekolah ini. Apa yang
baik di bawa dan disebut ditempat baru dan mana yang tidak elok tinggalkan
disini sebagai satu lipatan kenangan dan pengajaran.
9. Selamat Maju Jaya kepada Yang Berusaha Cik Zarina Binti Ismail.
10.Saya sudahi dengan dua rangkap pantun
Riuh di awan sekawan Helang
Riang senada kongsi keriangan
Jasamu Cik Zarina tidak terbilang
Akan dikenang sepanjang zaman
Berangkat sampan ke Pulau Pandan
Mencari kepah untuk hidangan
Perpisahan ini bukan sempadan
Ikatan terjalin usah diputuskan
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!