Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 12 Disember 2023

Kenangan dengan kelas KKBP G dan KKBP E

Cikgu pasti akan jua merindui kalian murid-murid yang cgu sayang.Sekalipunkita tidak lagi bersama namun cikgu sentiasa merindui dan mengingati kalian.Semoga kalian tidak lupakan cgu .Ampun dan maaf atas kesalahan,halalkan rezeki yang cikgu dapat dari kalian semua.miss u all













 

Bersama murid PPKI KKBP D. Salam terakhir dari cikgu.

Hari ini adalah hari-hari yang terkahir cikgu bersama kelas ini.Banyak suka duka bersama dengan kalian yang pastinya tidak akan cikgu lupakan.Terima kasih atas segala kenangan yang tercipta antara kita. 






















 

Memori terakhir di kelas KKBP C

 Hari -hari terakhir bersama sebahagian daripada murid-murid KKBP C .Sedihnya Allah yang tahu.Cikgu pasti merindui kalian semua






Majlis persaraan ku oleh Guru dan PPM SMK KAMPONG JAWA

Sesungguhnya amat terharu dan  tidak terkata dengan sambutan yang dibuat oleh rakan-rakan guru dan PPM PPKI SMK Kampong Jawa ini.Sejujurnya amat berat untuk berpisah dengan mereka.Setiap hari disulami dengan kasih sayang,bantu membantu dan susah untuk bertemu rungutan tidak puas hati sesama rakan.Penuh hilai tawa gurau senda menyebabkan aku susah untuk menerima hakikat yang aku akan berpisah dengan mereka.Jujurnya inilah antara rezeki yang Allah berikan iaitu kawan dan sahabat yang baik yang ada tika susah dan senang.
Untuk semua terima kasih,maaf atas segala kekhilafan diri ini.Semoga memori yang tercipta antara kita terus mekar di ingatan kalian.