Sesungguhnya amat terharu dan tidak terkata dengan sambutan yang dibuat oleh rakan-rakan guru dan PPM PPKI SMK Kampong Jawa ini.Sejujurnya amat berat untuk berpisah dengan mereka.Setiap hari disulami dengan kasih sayang,bantu membantu dan susah untuk bertemu rungutan tidak puas hati sesama rakan.Penuh hilai tawa gurau senda menyebabkan aku susah untuk menerima hakikat yang aku akan berpisah dengan mereka.Jujurnya inilah antara rezeki yang Allah berikan iaitu kawan dan sahabat yang baik yang ada tika susah dan senang.
Untuk semua terima kasih,maaf atas segala kekhilafan diri ini.Semoga memori yang tercipta antara kita terus mekar di ingatan kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!