Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 29 Oktober 2014

Resepi Lempeng pisang bakar

Lempeng pisang bakar menu petang bersama lepat pisang

Resepi
Sesikat pisang masak
11/2 cawan tepung gandum

2 sudu gula
Secubit garam
Kelapa parut
Daun pisang
Caranya
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Letakkan 2 senduk atau lebih adunan pisang ke atas daun pisang.ratakan
Lipat daun pisang tadi .tekan tekan sikit supaya leper
Bakar diatas kuali atau oven



Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi Mee Goreng



Bahan-Bahan
Sebungkus mee kuning
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu cili boh
1 sudu garam
1 sudu gula
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekap
1 sudu cuka makan
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
sedikit isi ayam yang telah direbus
seikat sayur sawi
1 biji telur

Cara Membuatnya
Mee dicuci dan ditoskan
mayang bawang besar dan pukul bawang putih
Panaskan minyak dan goreng bawang dengan cili boh hinnga naik wangi
masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali sayur dan telur
Masukkan air rebusan ayam dan biar seketika
Masukkan telur dan sayur
Masukkan mee dan goreng hingga asap naik ke atas kuali
tambahkan lagi dengan daun sup atau daun saderi serta perahan asam limau kalau suka.

Resepi sayur lemak putih kacang bersama cendawan butang



Bahan-Bahan (1 mangkuk kecil )

3 batang kacang panjang
1 labu bawang besar dibelah 6
2 ulas bawang putih dimayang
1 cili besar dibelah 4
3 biji cendawan butang dihiris
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit belancan
1 cawan santan
sedikit air


Cara Membuatnya
masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau hingga masak.masak dalam api yang sederhana


Resepi Cara Berlauk

BAHAN UNTUK INTI 
  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.



 

Resepi Jemput Bawang

Rupanya ada yang lapar lagi mlm2 gini..pilih menu paling senang jemput bawang...
LikeResepinya
Bahan2
3 cawan gm tepung gandum
2 biji bawang besar ~ didadu
1 sudu gula 
Segengam ikan bilis
Garam secukup rasa
Air panas mendidih secukupnya 
sebiji telur

Cara menyediakan
1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang , ikan bilis  serta garam dan gula hingga rata.
2. Bila tepung bergaul rata, tolakkan sedikit tepong ke tepi bekas/besen yang digunakan & buatkan sedikit ruang kosong  untuk menggaul tepong. Tuangkan air panas sikit demi sedikit di tepi bekas yang  dikosongkan tadi.  Gaulkan air panas & tepung dengan cara menggaul sedikit demi sedikit   
3. Panaskan minyak secukupnya. Basahkan sikit tangan anda dengan air bersih lalu jemput sedikit doh sambil dikepal-kepal  dan  bulat2kan lalu gorenglah sebiji demi sebiji 

Nasi Lemak Lauk Ikan Selayang

Nasi lemak lauk ikan je
LikeResepi

Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 cawan santan 
Secubit  garam
Secubit  gula
Daun pandan
hirisan bawang merah
1/2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan.
masaklah dalam rice cooker.

Bahan-bahan Sambal Ikan


4-5 ekor ikan selayan l atau ikan kembung
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili boh
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan bersama  asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan sedap lagi rasanya.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. 
  • Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili boh hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan gula nisan, 
  • Masukkan air rebusan ikan. 
  • Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.



Resepi Mee Rebus Mudah



Bahan-bahannya 

 1 bungkus mee kunig. 1 buku tauhu. 1 peket fishball
. 3 sudu besar cili merah yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
 1 biji tomato
 1 mangkuk kecil udang basah
 1 batang daun sup atau daun saderi
 5 helai sayur kobis daun ( seperti gambar diatas). 1/2 kiub perisa ayam 
  serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Rebus tulang atau kerangka ayam bersama sedikit isi ayam.
2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis  bawang putih. dan 1 sudu cili kisar tadi sehingga wangi.
3. Kemudian masukan air rebusan ayam, setelah menggelegak,, sayur sawi kiub perisa ayam.lobak masin 
4. Akhir sekali baru masukan tomato dan garam secukup rasa.
5. Celur mee kuning.
6. Sedia untuk dimakan...
(boleh masukkan juga telur ataupun sotong dannudang

Resepi Pisang Goreng

Minum petang ni..pisang goreng.ubi kentang goreng dan cempedak goreng
Resepi
2 cawan tepung beras
1 cawang tepung jagung
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sebiji telur ayam
Air suam
Sedikit air kapur
Adun sedikit demi sedikit dan uli.
Panaskan minyak.goreng dengan api yang sederhana..

Resepi Kuih Kasturi

Kuih kasturi pelengkap untuk pagi ni
LikeResepi
1/2 kilo kacanh hijau direndam seketika
1 keping gula Melaka atau 6 sudu gula 
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus kacang
1 helai daun pandan

Cara Membuat Inti
Rebus kacang hiaju hingga empuk.Bila kacang sudah kering masukkan gula melaka,garam dan gula
Kacau hingga kering dan sejukikan

Bahan Untuk Kulit
1 cawan tepung beras
1 cawang tepung jagung
perwarna kuning atau serbut kunyit
sedikit garam
air kapur
1 biji telur

Cara Membuat Tepung
Masukkan tepung beras dan tepung jagung,garam serbuk kunyit,dan telur serta air kapur sekit dan uli .Masukkan air sedikit demi sedikit
kacau sebati
Masukkan inti kasturi yang telah dibulatkan 
Goreng dalam minyak yang panas
Siap Untuk dimakan

Resepi Otak-Otak Ikan Terengganu

Otak-otak ikan terengganu..kerana teringin nak makan buat jugalah..tapi bungkus tak comel..masalah daun nyiur
LikeResepi
Ikan selayang atau ikan kembung
Rempah cap Bunga ros atau rempah kari Baba"s
Gula melaka
Garam
Kerisik
Kelapa Parut putih
Asam Jawa
Sedikit Garam
Cili Boh
Bawang besar ibiji ,3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia diblender
gaulkan kesemua bahan yang diblender,dicampurkan kerisik,gula rempah kari,asam jawa dan cili boh .serta gula melaka dengan kelapa parut.
Panaskan sekejap diatas kuali supaya tahan lebih lama.

Cara Membuatnya
Sediakan ikan ,potong kepala dibuang perut
Ambil isi ikan .tulang dibuang
Belah isi ikan 
Campurkan isi ikan dengan semua bahan dan masukkan dalam daun kelapa dan di bakar.