Terima Kasih Atas Kunjungan

Memaparkan catatan dengan label Contoh Teks Pengacara Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contoh Teks Pengacara Majlis. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Oktober 2024

 

TEKS PENGACARA MAJLIS

LAMBAIAN KASIH TITIPAN MESRA

 

PPKI SMK KAMPONG JAWA 2024

 PN MITI FATEEMA YUSLIZA BINTI MOHD YUSUFF

TEMA:KAMPUNG  PEOPLE

5 OKT 2024,

 

PENGUMUMAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN PUAN MITI FATEEMA YUSLIZA BINTI MOHD YUSUFF KE MAJLIS.

 

KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

 

KAMPUNG PEOPLE TEMA KITA

D JERMAN SG KANDIS TEMPAT PERTEMUAN

BISSMILAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA PEMBUKA KATA

MARILAH SAMA-SAMA BERI PERHATIAN.

 

LEMBUT BERSANTUN PUTERI KEDAH

DARI KEJAUHAN MENANAM PADI

ISTIMEWA MAJLIS DIATUR SUDAH

SEMOGA MENJADI KENANGAN YANG ABADI

 

 

INDAH  SUNGGUH TASIK CINI

DI TAMBAH SERI PEPOHON ARA
DI PETANG SABTU BERTEMU DI SINI

IZINKAN KAMI MULAKAN ACARA.

 

 

 

RAMAI ORANG MEMBELI JAMU    

JAMU DI BELI SI ANAK DARA                                                                   

HARI INI KITA BERTEMU

LAMBAIAN  KASIH TITIPAN  MESRA.


YANG DIRAIKAN

PUAN MITI FATEEMA YUSLIZA BINTI MOHD YUSUFF

YANG BERUSAHA
RAKAN-RAKAN BEKAS GURU PPKI YANG SUDI HADIR. GURU-GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI SMK KG JAWA .

 SERTA  .
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…

BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN

 

SELAMAT DATANG KE  MAJLIS LAMBAIAN KASIH TITIPAN MESRA   BERTEMAKAN KAMPUNG PEOPLE SEMPENA  PERPISAHAN PUAN MITI FATEEMA BINTI MOHD YUSUFF.GURU PPKI SMK KAMPONG JAWA

 

DI MAJLIS YANG PERMAI INI ,MARILAH KITA MEMANJATKAN RASA SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN  LIMPAH IZINNYA  DAPAT KITA BERKUMPUL DI TEMPAT YANG SERBA INDAH INI.

SEBELUM ITU,UCAPAN SALAM KEMAAFAN DARI PUAN NORDIANA NGASPAN KERANA BELIAU TIDAK DAPAT HADIR KERANA ADA MAJLIS TAHLIL DAN KENDURI ARWAH DI KAMPUNG.BELIAU MENGHARAPKAN MAJLIS PADA PETANG INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MENJADI SATU KENANGAN YANG INDAH.

 

 

YANG LAMA DAN BARU KITA BERSUA

DI LAMAN D’JERMAN KENANGAN TERCIPTA

TERIMA KASIH BUAT SEMUA

SANGAT HARGAI TIDAK TERKATA.

 

SAAT PERTEMUAN BERAWAL DENGAN KEBAIKAN,MAKA AKHIRLAH SEBUAH PERTEMUAN DENGAN PERPISAHAN YANG MEMILIKI KENANGAN INDAH, BEGITULAH TUJUAN DAN HARAPAN PADA HARI INI ,PASTINYA MERAIKAN PEMERGIAN RAKAN GURU KITA PUAN MITI FATEEMA BINTI MOHD YUSUFF YANG AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT  SARJANA DI UPSI.

.DI SAMPING ITU JUGA,MAJLIS INI IBARAT JALINAN KASIH BUAT KITA KERANA DAPAT BERSAMA -SAMA KEMBALI DENGAN RAKAN-RAKAN GURU YANG TELAH BERPINDAH TEMPAT KERJA  UNTUK BERAMAH MESRA DENGAN SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN .PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INI,BERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI.SEMEMANNYA JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.

SUNGGUH TINGGI POHON BIDARA
TEMPAT BERTEDUH KELUARGA  PAK RAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

 

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN

SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN

KEHADIRAN SEMUA KAMI ALUKAN

KECIL TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.

 

 

BACAAN DOA

IKAN MERAH DIJUAL DI PEKAN

SYUKUR GEMBIRA DAPAT SEBALDI

CUACA CERAH TURUT MENGIZINKAN

POHONKAN DOA KE HADRAT ILAHI.


BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PETANG INI,,DIPERSILAKAN ENCIK MUHAMMAD  FARIED SHAH  BIN  MOHD NOR UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN  MUHAMMAD FARIED SHAH  BIN  MOHD NOR ATAS BACAAN DOA ITU TADI.SEMOGA PERTEMUAN KITA PADA PETANG I INI DIPELIHARA DILIMPAHKAN SEPENUH MANFAAT DAN KECERIAAN ,MENAMBAH TAUTAN KEMESRAAN .SERTA BERPISAHNYA KITA NANTI AKAN DIIRINGI DENGAN SERIBU KETENANGAN.

 

UCAPAN YANG DIRAIKAN
HADIRIN YANG DIHORMATI,
SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA  MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN PUAN MITI FATEEMA BINTI MOHD YUSUFF UNTUK MENYAMPAIKAN TITIPAN KATA BUAT KITA SEMUA ,DIPERSILAKAN

DEMIKIAN SATU UCAPAN YANG  SANGAT BERMAKNA DARI LUBUK HATI DARIPADA PUAN MITI.PPKI PASTI AKAN MERINDUI SUARA MITI SELEPAS INI.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DI RAIKAN PUAN MITI FATEEMA BINTI MOHD YUSUFF ATAS UCAPAN YANG DISAMPAIKAN.

 

TUMBUH SELIRAT BUNGA MELATI

MARI DIRENJIS DALAM JAMBANGAN

UCAPAN TERSIRAT BERIBU ERTI

SEMOGA MAJLIS MENJADI KENANGAN..

 

 

 

DIHARAPKAN SENTUHAN MAJLIS PADA HARI INI DAPAT MENJADIKAN TANDA KENANG-KENANGAN LIPATAN SEJARAH BUAT PUAN MITI.

 

 

 JAMUAN MAKAN
SIDANG HADIRIN SEKALIAN MASA YANG DITUNGGU TELAH TIBA

REHAT SEBENTAR DI PULAU RUSA

SAMBIL MENIKMATI AIR NIRA

HIDANGAN TERSEDIA SEENAK RASA

JEMPUTLAH SEMUA MENJAMU SELERA.

 

BELI IKAN DI PEKAN LIMBONGAN

ANAK IKAN SI ANAK SEMBILAN

LAUK PAUK SEDIA TERHIDANG

JEMPUT HADIRIN UNTUK MENIKMATI HIDANGAN.

 

UNTUK ITU , DIJEMPUT SEMUA UNTUK TERUS MENJAMU SELERA.

 

 

TAYANGAN MULTIMEDIA

DI BAWAH SELIAN DAN PENYEDIAAN JK MULTIMEDIA MEMPERSEMBAHKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN TAYANGAN MULTIMEDIA UNTUK TATAPAN INSAN YANG SEDANG DIRAIKAN INI.MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI PERSEMBAHAN MULTIMEDIA INI.

 

BEGITTULAH TADI DAPAT KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG DIRAIKAN PUAN MITI FATEEMA BINTI MOHAD YUSUF .CUKUPLAH SETIAP KENANGAN YANG KITA TANAM ,AKAN MENJADI KENANGAN YANG  TUMBUH SUBUR,MENABUR BENIH SUKACITA DI ANTARA KITA ,KERANA KITA TIDAK PERLU BERADA SI SINI,KITA TIDAK HARUS SELALU BERSAMA ,KITA HARUS MELANGKAH UNTUK SATU DESTINASI

SEMUA CERITA DI SEKOLAH INI AKAN BERAKHIR .CANDA SENYUM KEBAHAGIAAN DAN SEMUA MOMEN AKAN MENJADI SATU KENANGAN YANG TIDAK TERNILAI.

TAK TUMBUH TAK MELATA TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA BENAR KATA PEPATAH MELAYU,YANG PATAH AKAN TUMBUH ,YANG HILANG AKAN BERGANTI ,NAMUN YANG HILANG TIDAK AKAN SAMA DENGAN YANG BERGANTI .WALAU BAGAIMANAPUN YANG HILANG AKAN TETAP DIINGATI KEKAL ABADI DI DALAM HATI.

 

 

 

UCAPAN RAKAN-RAKAN GURU.

HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN GURU-GURU DAN PPM YANG SUDI UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SEPATAH DUA KATA UNTUK YANG DIRAIKAN.

 

PERSEMBAHAN

 

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT GURU-GURU DAN PPM UNTUK YANG SUDI MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA HARI INI.


TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

 

 PERMAINAN

HADIRIN SEKALIAN.

BEBERAPA PERMAINAN TELAHPUN DIATUR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PETANG INI.UNTUK MENGENDALIKAN PERMAINAN INI, MAJLIS MENYERAHKAN KEPADA PUAN FAIZATUL FAZALILA BINTI MOKHTAR .DIPERSILAKAN,



P
ERYAMPAIAN HADIAH

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI. TANDA KENANG-KENANGAN ,BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

 

 

SESI FOTOGRAFI

SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN ,MAJLIS MENJEMPUT SEMUA UNTUK SESI BERGAMBAR DENGAN YANG DIRAIKAN DIPERSILAKAN,

 


PENUTUP


HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA  SESI BERGAMBAR  ITU  TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.SEMOGA MAJLIS KITA AKAN DAPAT MERAPATKAN LAGI UKHUWAH YANG TELAH TERJALIN .PADA PUAN MITI SELAMAT MAJU JAYA SEMOGA TERUS CEMERLANG DALAM APA JUA YANG DILAKUKAN.


SEBELUM MAJLIS MELABUHKAN TIRAINYA ,KAMI MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA KAMI MENERAJUI MAJLIS INI ,TERDAPAT TUTUR DAN UNGKAP BICARA YANG MENYINGGUNG HATI DAN JIWA.SESUNGGUHNYA APA YANG TERBAIK ITU ADALAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG SELAINNYA ADALAH KERANA KELEMAHAN KAMI SENDIRI.

 

JS

 

SELESAI SUDAH MAJLIS KITA

GURAU SENDA SEKADAR SAJA
SILAP BICARA MAAF DIPINTA
MOGA BERJUMPA DILAIN MASA

.

PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

 

Khamis, 26 Ogos 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA,PPKI SMK KAMPONG JAWA

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA

HARI :KHAMIS

TARIKH:29.7.2021

MASA:9.00 PAGI

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung.Ibu bapa  dan murid-murid diingatkan untuk mengisi kehadiran pada hari ini pada link yang akan di edarkan nanti.Penyertaan dan kehadiran  pada hari ini wajib kerana murid dianggap hadir PDPR.

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

 

Bulan purnama di malam hari

Sinar terpancar indah terperi

Kehadiran semua kami hargai

Semoga majlis bertambah seri

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa selaku pengerusi program pada hari ini

Yang Dihormati Ustaz Kamal Firdaus Bin Ahmad ,Guru Bimbingan dan Kaunseling ,SMK Kampong Jawa ,selaku penceramah pada hari ini.

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Pemuafakatan ibu bapa  Pendidikan Khas

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE PROGRAM MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA

.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan program  MAJLIS PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021 ;ELAK JENAYAH SIBER JUVANA   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan Pendidikan anak -anak murid PPKI 

Antara objektif program ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya penggunaan peranti telefon bimbit di rumahdan juga cara -cara mengelakkan diri dari terjebak dengan jenayah dan gangguan seksual online .Diharapkan juga ceramah ini dapat membuka minda murid-murid tentang jenayah buli siber dan penderaan emosi dan terakhir membimbing murid tentang langkah- langkah yang perlu jika terlibat dalam kes penderaan emosi dan fizikal.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

Selawat serta salam buat Nabi junjungan ,moga kesejahteraan,kedaimaian serta keberkatan sepanjang majlis ceramah berlangsung, Majlis kita pada hari ini,  dimulakan dengan bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

 

UCAPAN PK PPKI

 

Pakai baju kancing suasa

Jangan dilupa adat susila

Tanpa kita melenggahkan masa

Ucapan aluan dipersila

 

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis  menjemput dan mempersilakan  Yang berusaha Puan Nordiana ,Penolong Kanan PPKI   SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PN HAJJAH NORSHIDAH BINTI MOHD SAAD

Anak gadis memakai selendang

Selendang di beli di Kuala  Perlis

Dipersilakan puan kami mengundang

Berikan ucapan merasmi majlis.

 

Seterusnya,  majlis menjemput Yang Berusaha  Puan Norshidah binti Mohd saad , Penolong Kanan Pentadbiran  SMK Kg Jawa Sekolah Amanah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program  sentuhan Nurani 2021 elak jenayah siber juvana.

 

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha, Puan Hajjah norsidah binti Mohd Saad  penolong kanan pentadbiran SMK Kampong Jawa  di atas ucapan Perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

 

TAKLIMAT CERAMAH PROGRAM SENTUHAN NURANI 2021.ELAK JENAYAH SIBER JUVANA

Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini

 

1.      Nama diberi  En Kamal Firdaus bin Ahmad.Berusia 42 tahun

2.      Beliau  berasal dari  Pontian  ,Johor.

Sejarah pendidikan beliau ialah mula belajar di  SR Keb Tanjung Air Hitam Pontian..kemudian melanjutkan pelajaran di SMK Kayu ara Pasong Pontian seterusnya ke SM Vokasional Juasseh Kuala Pilah..UiTM Shah Alam - Dip. In electronic engineering.Maktab perguruan teknik kuala lumpur - teknologi elektronik.dan yang terakhir ke UIAM GOMBAK - Bac in education Guidence and Caunceling.BELIAU JUGA . Pemegang tauliah mengajar di Selangor dibawah MAIS

 

BEKAS JURULATIH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SELANGOR

 

PIMPINAN NGO D'MAHABBAH YANG TERLIBAT MEMBANTU ASNAF DAN MEREKA YG TERJEJAS SEJAK PKP 1.0 DAN TERKINI TERLIBAT DALAM MEMBANTU PENGURUSAN JENAZAH COVID 19..

 

KAUNSELOR DI SMKKJ

 

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Ustaz Kamal Firdaus bin Ahmad  ceramah  atau taklimat beliau.

 

Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah motivasi pada hari ini atas ceramah yang sungguh  MENARIK IAITU USTAZ KAMAL FIRDAUS BIN AHMAD ATAS CERAMAH BELIAU SEBENTAR TADI.

 

BUKIT BERBARIS BANYAK BATUNYA

DI PADANG DATAR KITA BERTEMU

MAIN GAME ADA WAKTUNYA

KERJAKAN DAHULU PDPR DAN TUGASMU

 

 

SESI SOAL JAWAB

Hadirin sekalian,

Kini tiba pula ke sesi soal jawab.Sekiranya ada sebarang kemuskilan ibu bapa atau murid-murid bolehlah mengajukan soalan ini kepada penceramah kita pada hari ini.

 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan murid yang mengajukan pertanyaan sebentar tadi.

 

PENUTUP 

Sidang hadirin sekalian,

Kita sampai dipenghujungnya,pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenhujung ini untuk menyatakan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi  ini nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Di Dedekasikan kepada

Penceramah pada hari ini,Semua Pentadbir  ,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI dan PPM

Ibu bapa dan murid PPKI SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para

Jatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua kami pohonkan.

SESI BERGAMBAR

Dipohon  semua yang ada untuk membuka kamera masing-masing bagi sesi bergambar.buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar.

Kini selesai sudah Program kita pada hari ini .  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.

Jumaat, 20 Ogos 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS KHAS ,PPKI SMK KAMPONG JAWA.

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN  MINGGU  PENDIDIKAN KHAS ,PPKI SMK KAMPONG JAWA.

SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

 

 

HARI :JUMAAT

TARIKH:20.8.2021

MASA:  2.30 PETANG

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup.Dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung dan disepanjang majlis ini berlangsung nanti.Tidak juga dibenarkan menulis apa-apa di ruangan chatting atau sembang kecuali ada pertanyaan .

KATA

 ALUAN PENGACARA MAJLIS


 Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

 Yang Berbahagia Puan Faizatul Aimi binti Mustapa ,  Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu Bapa Pendidikan Khas .

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa merangkap  pengerusi program pada hari ini

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang

SMK Kampong Jawa

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE  MAJLIS PENUTUP  MINGGU PENDIDIKAN KHAS KAMPONG JAWA 2021.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet you tube  pada petang  yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan Penutupan Minggu  Pendidikan Khas   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  

Minggu Pendidikan Khas  yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa akan melabuhkan tirainya. Murid-murid PPKI telah  berpeluang menunjukkan bakat yang terpendam dan kebolehan dalam pertandingan  yang dianjurkan . Terdapat banyak aktiviti dijalankan sepanjang minggu tersebut, antaranya ialah  Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Bento, Pertandingan Capan dan kolaj, dan  Pertandingan Gubahan Tuala. Semua pertandingan ini telah dijalankan .

 

BACAAN DOA

Apa diterbang di tengah  lembah

Tentunya kayu saya lentangkan

Semoga berkat majlis disembah

Bacaan doa kita dahulukan

 

Hadirin sekalian,

 Majlis diteruskan dengan bacaan doa.Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan  En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan  terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

UCAPAN PK PPKI

Indah Mentari terbit di kuala

Tampak cahaya cerah berserakan

Sebelum majlis kita bermula

Ucapan alu-aluan kita dahulukan.

 

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa.untuk itu,  majlis  menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa merangkap  pengerusi program pada hari ini untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

 

UCAPAN PERASMIAN OLEH

Daun semulur daun kari

Buah cempedak banyak jerami

Kepada puan masa  diberi

Mohon rasmikan majlis penutup  kami

 Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya,  majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan  Yang Berbahagia  Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Permuafakatan Ibu bapa Pendidikan Khas SMK Kampong  Jawa,Sekolah Amanah untuk menyampaikan bingkisan kata ,dan sekaligus merasmikan Penutupan  Minggu Pendidikan Khas ,SMK Kampong Jawa 2021

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan

Demikian satu pengucapan yang telus,pecikan kata yang halus,membawa mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan  Permuafakatan Ibu bapa  Pendidikan Khas di atas ucapan perasmian penutupan  yang disampaikan sebentar tadi.

 

 

 

TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin dan hadirat sekalian

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini,marilah kita sama-sama saksikan tayangan multimedia sepanjang Minggu Pendidikan Khas ini berlangsung.

Demikianlah tadi tayangan multimedia sepanjang Minggu Pendidikan Khas untuk tatapan semua.

 

PENGUMUMAN SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Indah sungguh di pagi hari

Berwarna warni berseri-seri

Tiba kini acara yang dinanti

Pengumuman pemenang  bermula kini

Hadirin yang dihormati sekalian,untuk makluman semua,berikut akan diumumkan  pemenang bagi setiap pertandingan yang di adakan Minggu Pendidikan Khas.

Untuk Pengetahuan semua hadiah dan sijil kepada semua pemenang dan saguhati akan diberikan apabila hari bersekolahan secara bersemuka nanti.Pada hari ini hanya nama pemenang di bacakan .

Berikut disampaikan keputusan pemenang bagi

 

GUBAHAN TUALA

Tempat Ketiga -Siti Nur Aini Binti Shukor

Tempat kedua -Muhammad Hakimi Bin Noor Khairidzani

Tempat pertama -Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak.

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

ASHWINA NAIR A/P SIVAKUMARAN

 

77

4

EMIR HUSAINY BIN MOHD ROSLI

71

7

MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD SOBRE

73

6

MUHAMMAD AIMAN ASYRAAF BIN RUSLI

76

5

MUHAMMAD HAKIMI HILMI BIN NOOR KHAIRIDZANI

83

2

NUR KHADIJAH SHAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK

89

1

SITI NUR AININ BINTI SHUKOR

82

3

 

 

 

BENTO

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

ADAM HARRIS BIN SUKRI

 

90

2

MOHAMAD SHAKEEL WAAIZ BIN SEAKISMAYEL

 

88

3

MUHAMMAD IKHWAN DAHLAN BIN ABDULLAH

 

80

5

MUHAMMAD SHAZRIL GHADAFIE BIN MOHD SAHRIL

 

82

4

NORYSHA HANNA BINTI ZAIRUDY

 

82

4

NUR KHADIJAH SHAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK

92

1

 Tempat Ketiga -Mohamad Shakeel Waaiz bin Seakismayel

Tempat kedua -Adam Hariss Bin Sukri

Tempat pertama -Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak.

 

 

CAPAN

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

ASHWINA NAIR A/P SIVAKUMARAN

79

4

MOHAMAD SHAKEEL WAAIZ BIN SEAKISMAYEL

83

3

MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD RAHMAN

79

4

NUR ALIYAH AMIRA BINTI SUHAIMI

77

5

NUR HANIM BINTI ABDUL RAZAK

90

1

NUR NAJWA NAJIHAH BINTI ROZALI

87

2

Tempat Ketiga - Mohamad Shakeel Waaiz bin Seakismayel

Tempat kedua – Nur Najwa Najihah Rozali

Tempat pertama -Nur Hanim Binti Abdul Razak

   

 

 

 

 

 

KOLAJ

PESERTA

MARKAH PURATA

KEDUDUKAN

AFIQ ZULKHAIRIL BIN NASHARUDDIN (KITA JAGA KITA)

81

4

AFIQ ZULKHAIRIL BIN NASHARUDDIN (STAY AT HOME)

87

2

NURUL HIDAYAH BINTI ASMIR RIZAL

90

1

SYAZWANI BINTI PISOL

83

3

Tempat Ketiga -Syazwani binti Pisol

Tempat kedua -Afiq Zulkhairi bin Nasharuddin

Tempat pertama -Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK ATAS TALIAN SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Tempat Ketiga - MUHAMMAD HAKIMI HILMI BIN NORR KHAIRIDZANI KSSMPK TING 5

Tempat kedua - Nur Khadijah Shahirah Binti Abdul Razak. KKBL 3

 TEMPAT PERTAMA -EMIR HUSAINY BIN MOHD ROSLI KSSMPK TING 2.

 

Demikian lah tadi keputusan pertandingan .Tahniah dan Syabas kepada para pemenang,yang kalah usah menjerut rasa ,cuba lagi di lain masa ,di lain acara

 

Adat nan baharu berubah-ubah

Adat manusia mengandung salah

Keputusan pertandingan diketahui sudah

Ada yang menang ada yang kalah



PENUTUP 

Sidang hadirin sekalian,

Kita sampai dipenghujungnya,pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenhujung ini untuk menyatakan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada petang  ini nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Di Dedekasikan kepada

Semua Pentadbir  ,barisan hakim.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI dan PPM

Ibu bapa dan murid PPKI SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para

Jatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua kami pohonkan.

SESI BERGAMBAR

Dipohon  semua yang ada untuk membuka kamera masing-masing bagi sesi bergambar.buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar.

Kini selesai sudah Program kita pada hari ini .  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.