UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG
SMK DEMAK BARU.
RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.
2 NOV 2012
MALAM YANG INDAH PENUH CERIA
PENGHULU
HARI YANG BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA
KAMI
BAWAKAN KEPADA ANDA “MALAM JASAMU DI KENANG”
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…
YANG
BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA
SMK DEMAK BARU.
YANG BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,
PEGAWAI
PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.
YANG
BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU DARI 2009 HINGGA JUN 2012.
YANG
BERUSAHA PN SABTUYAH ADENAN
PENGETUA
SMK BATU LINTANG,
MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA 2003
YANG
DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN..
.
YANG DIHORMATI
BARISAN
KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,
BARISAN KEPIMPINAN PIBG
KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN
GURU ,
KAKITANGAN
SMK DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MALAM “JASAMU
DIKENANG” SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN HITAM PUTIH
BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI ,MALAM YANG CUKUP
BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI
DENGAN MANTAN-MANTAN PENGETUA
YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .
KUNING
EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR
MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA
KASIH DAUN KELADI
KERANA
SUDI MENGHADIRKAN DIRI.
PASTINYA
MERIAH MAJLIS MALAM INI
BERSAMA
INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU
DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENANDAH
TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ
BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA
DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR
MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH
SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH
AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.
MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
AMIN AMIN
YA RABBAL ‘ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU
TADI.
UCAPAN PENGETUA
BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS
KALAU TANPA UCAPANNYA
SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH
UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH
SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH
TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK
SAMA GURU YANG INI
TAK
MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
SETERUSNYA
MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA
KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.
MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN RAHMI
ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.
BANYAK
DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA
DURI MENGKUANG
BANYAK
BUDI PERKARA BUDI
TIDAK
SAMA BUDIMU SEORANG
UCAPAN EN
RAMBLI HJ HASBI
MALAM
HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH
KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN
TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU
TUAN DALAM INGATAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK
BARU. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS UCAPAN
SEBENTAR TADI.
KAIN
SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN
OLEH ORANG KEMAMAN
TAK
TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI
MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN
RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA MEWUJUDKAN LOGO BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP
BERMAKNA.
JAMUAN MAKAN
KEMBANG
HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT
HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG
SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN
SEMUA HADIRIN MENJAMU.
UNTUK ITU
DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.
PERSEMBAHAN
TERBANG
BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI
MEKAR DI TENGAH LEMBAH
JAMUAN
MALAM DIIRINGI IRAMA
PERSEMBAHAN
NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.
SAMBIL-SAMBIL
KITA MENJAMU SELERA ,KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH PERSEMBAHAN DARI BIDANG
MASING-MASING.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN
LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT
TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK
MEMBUAT PERSEMBAHAN.
PERSEMBAHAN KEDUA
SETERUSNYA
DIJEMPUT PULA KUMPULAN KEDUA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.DIPERSILAKAN.
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN.
ACARA CABUTAN BERTUAH
KITA TERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI DENGAN ACARA
YANG DITUNGGU-TUNGGU ,IAITU ACARA CABUTAN BERTUAH .UNTUK
ITU,DIPERSILAKAN……………………………………………………
PERSEMBAHAN KETIGA
SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETIGA.MAJLIS DENGAN SUKACITANYA
MEMPERSILAKAN .
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
PERSEMBAHAN KEEMPAT
KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT . DENGAN SEGA
HORMATNYA DIPERSILAKAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
*ACARA CABUTAN BERTUAH
PERSEMBAHAN KELIMA
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA
KITA DISAJIKAN PULA SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PERSEMBAHAN KELIMA.DENGAN INI
MAJLIS MEMPERSILAKAN
DEMIKIAN
TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELIMA.
PERSEMBAHAN KEENAM
HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN
SETERUSNYA
MAJLIS MENJEMPUT STAF SOKONGAN UNTUK MEMBUAT KUMPULAN KEENAM.MAJLIS DENGAN INI
MEMPERSILAKAN
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KEENAM.
*CABUTAN BERTUAH
PERSEMBAHAN KETUJUH
PERSEMBAHAN
SETERUSNYA IALAH PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH .DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.
ITULAH
SEBENTAR TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH,.
PERSEMBAHAN KELAPAN
SETERUSNYA
MAJLIS MEMPERSILAKAN KUMPULAN KELAPAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN
DEMIKIAN
TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN
KELAPAN.
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA
HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI
TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.
SEBELUM
ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN MISIA
HJ ZAIN UNTUK MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK
MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK
DEMAK BARU,JUGA KEPADA PN RAHMI ABDULLAH RAKAN GURU YANG BARU MENAMATKAN
PERKHIDMATAN BARU-BARU INI.
BEGITULAH
TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK EN RAMBLI
BIN HJ HASBI DAN PN RAHMI ABDULLAH.
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH
FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG
SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN
KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT
PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA
MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.
PADA MANTAN-MANTAN PENGETUA DAN GURU
YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..
JELINGLAH
KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH
KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT
BERTUGAS DITEMPAT YANG BARU
SELAMAT
BERSARA MENJADI GURU
SEMOGA
ALLAH SENTIASA MEMBERKATI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI
KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
MEMERIAHKAN MAJLIS “JASAMU DIKENANG “
DARI MANA
ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK
BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA
BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN
DISIMPAM DI DALAM HATI
UBI MANIS
UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.
SEKIAN
SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…