Perkataan tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan kita,apa yang kita rasa dan alami...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 26 Jun 2010
Hari Pelanggan SMK Demak Baru
Ibu Sinthia sedang menyatakan sesuatu kepada Cikgu Rohana..
Soon Ann
Dalam diam dia menyayangiku walau aku tidak mengajarnya ketika itu..Setiap hari pasti akan kelihatan kelibatya menunggu ku berhampiran pejabat sekolah..Yang paling buat ku terharu saban tahun dia sentiasa memberikan kukejutan apabila Hari Guru dan Hari Jadiku..Soon Ann walau di mana cikgu berada..Cikgu tetap mengingati Soon Ann..terima kasih Soon Ann.
Nota ini masih Cikgu simpan walau tahun telah lama beredar..Harapan semoga Soon Ann berjaya dalam hidup.
Memori-Memori kita bersama..tetap dalam ingatan..
Buat Teman yang Bernama Noni...
Seorang teman yang begitu baik ketika aku di SIF dulu..kita sentiasa bergurau senda dan suka duka kita berkongsi bersama..Kau pernah menjadi tempat kuluahkan perasaan kecewaku satu ketika dulu ketika kejujuran aku dipermainkan..Alhamdulillah kita bersama menjejaki menara gading..Tapi di manakah dirimu kini
Langgan:
Catatan (Atom)