Pagi tadi lima orang pelajar kena panggil dan di rotan..Dalam lima orang tu termasuklah dua orang pelajar perempuan...Biar di rasa semalam berlagak macam hero dan heroin.Orang balik pukul 4.50 dia buat peraturan sendiri .Menipu guru dan keluar pukul 1.30 .petang..Banyak cantik muka dia orangkan..lagak macam anak VVIP.Tapi rasanya anak-anak VVIP tahu menghormati peraturan..Inilah susah kalau dah perasan sekolah mak bapak dia yang punya.Kita guru ni..jumpa kat luar dia orang pandang sebelah mata selamba jer dia tengok kita tanpa rasa bersalah...tapi takper hari ini aku tunjuk kuasa. Bila dalam kawasan sekolah nie..hahaha baru dia orang tau langit itu tinggi rendah.
Rasanya terkejut beruk makyeh,sebab tak sangka aku tuding jari masa perhimpunan tadi...minta datang ke depan..
Baru kau tahu diamku ada batasnya..sedapkan dapat merasa hayunan rotan kat pungung oleh PK HEM..Kalau ikutkan hati mahu aku sahaja yang merontan mereka.Nak juga mendengar keluhan sayu sedapnya rasa penangan rotan tu..Pada pelajar perempuan yang kena kat tangan tu..habislah lepas ni tangan jadi kasar terkejut pakwe bila pegang tangan nanti..Ada di kalangan mereka,kali pertama dalam alam persekolahan kena rotan di perhimpunan.Cikgu pasti tika ini kenangan pahit yang menggaggu tidur kalian malam ini dan membuat kalian tersenyum bila alam ini kalian tinggalkan.Pasti akan menjadi paling lucu..KANTOI..
Apapun peraturan tetap peraturan ..selagi kalian bergelar pelajar SMK Demak Baru..Doa Cikgu kalian dibuka kan pintu hati ke jalan yang lebih baik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!