Hari ini merupakan kali ke-14 aku menyambut hari guru..Sesungguhnya begitu cepat putaran masa berlalu..Kalau dulu ,aku yang meraikan guru-guru tetapi kini aku pulak yang diraikan.Walaupun telah bergelar guru,sememangnya aku tidak sesekali lupa jasa guru-guru yang pernah mengajarku di SK Batu Rakit,SMK Kompleks,Mengabang Telipot,SMK Ibrahim Fikri dan juga bekas-bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi..Terima kasih Cikgu...kerana Cikgu semua umpama lilin bagi diri ini,memberi nafas baru di dalam dunia seorang aku .
Sesungguhnya banyak suka duka dalam hari-hari seorang guru...Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru,walau di mana sahaja berada..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Tapi kan cikgu yang mengajar kita kenal huruf dan nombor paling kita ingati...mungkin kerana dia kita kenal huruf.Juga guru yg mengajar kita kenal alif,ba ,ta dan seterusnya.Mungkin tiada lagi mereka yg berkenaan kan...andai tiada lagi di alam fana ni Al-fatihah kita sedekah.Amin.
BalasPadamSek Keb Bt Rakit? Sye pun sek tu gak...tapi tak kenal pun.1977 tahun pertama jejak kaki di sek tu.Ingat lagi kelas satu hujung bangunan.time balik pasti dulu skali..jln kaki je ..msk ikt pagar blkg.Yg paling tak lupa ialah pada hari meksi dtg sek nk cucuk kt bahu atau punggung.pada hari ni mesti tak pergi sek,klu gi pun mesti menangis sepanjang hari atau lari naik bukit sampailah hbs kelas.
BalasPadamDulu setiap hari psti gocoh kt sek.Geng pantai/tanjung lawan geng kalang atap.baju putih bertukar warna setiap hari.Lepas gocoh kena pulas perut ke ckgu Mat(ingat2 lupa dh nama dia) tapi tak serik2 pun.Yg bestnya dulu mak bapak tak msk cmpur jika ckgu yg denda tak mcm skrg.Mak Bapak terlalu manjakan ank.jentik skt dh serang ckgu.Apa pun sy ucpkan SELAMAT HARI GURU utk ckgu2 dan guru2 ngaji ku dulu.
Saya sekolah kat batu rakit ,tp nak kenal macam mana saya ni dulu tak pernah ambil kisah dgn org pun dan orgpun tak ambil kisah dengan saya gok..mmemg dulu lain..mak bapak langsung tak campur biar je cikgu marah anak dia,lagi dia suka,zaman lening tak boleh marah sikit ibu bapak lah yg cepat melewnting...
BalasPadamSememmngnya jg zaman persekolahan rendah tu adalah zaman yg paling manis lah kan..buat apa saja sesuka hati..bila dikenang nakal jugak kita dulu
Guru yang paling saya ingat kat sK Batu rakit tu adalah cikgu zaimah yg duduk kat telipot..garang tetapi kerana dialah saya boleh membaca..Guru mengaji lak..selain arwah cu dan pok,cekwa mat rani tu pun saya ingat gok sbb dialah yg dulu ajar saya mengaji...rindu jgk kat cikgu2 ni kan
BalasPadam