Teringat masa aku di alam kemiskinan..Setiap hari Jumaat atau hari cuti persekolahan..rutin harian ku bangun pagi,aku dan kakakku akan pergi ke pokok bunga tanjung yang sudah agak besar dan tinggi .Pokok tu terletak di belakang rumah Pok Jen.Aku dan kakak akan kutip bunga-bunga tanjung dan dibawa ke rumah untukku cantumkan dengan benang putih menjadi seikat.Selepas tu bunga tu pulak aku jual kat Mak Wa,arwah Moklong Minah dan ramai lagi orang-orang tua yang ku tak ingat lagi namanya.Walaupun duit yang aku dapat tak seberapa tetapi cukup untuk aku membeli pisang kat kedai Mok Long Yan..Beli pisang pulak satu hal.Sengaja aku mintak pisang yang buruk-buruk sikit.Sebab tujuanku kalau pisang yang dah buruk aku akan dapat kuantiti pisang yang banyak.Pahit masa tu bila dikenang.Orang lain makan pisang yang ok buahnya.Aku pulak sengaja mintak pisang yang buruk.Mok Long yang pulak dah tau kesusahan kami.Maka satu plastik dia bagi dan aku bawak balik suruh mak buat cucur pisang..Itu kuih yang paling sedaplah bagiku...
Kenapa pulak dengan lidi.Apa kaitan lidi dengan aku....
Kenapa pulak tulang sotong (Orang Terengganu panggil tulang sotong)....
Ikuti kisah aku seterusnya.....
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...PPengalaman sememangnya banyak mematangkan kita...dan amat berharga untuk menempuh kehidupan yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!