Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Pohon beragan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara
Di atas dahan burung tempua
Melihatrusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok kita bersua lagi
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi
terima kasih sye ucpkan...kerana pantun ini telah melengkapkan cerita sye...untuk kwn -kwn...
BalasPadamterima kasih cikgu kami ambil pantun untuk majlis di sekolah mohon halalkan
BalasPadamplajar teknik melaka bukit piatu
Ambil lah....semoga kejayaan sentiasa di miliki
BalasPadamTerima kasih cikgu.... mohon halal yerrr...
BalasPadamsama2 ...semoga berjalan dengan lancar
PadamTerima kasih atas sisipan pantun ne..banyak membantu.
BalasPadamsemoga segalanya berjalan lancar
Padamterima kasih untuk persiapan pt3 bm lisan 2019
BalasPadamtqsm
PadamTerima kasih utk info ini, for persiapan pt3 lisan
BalasPadam