Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 5 Januari 2010

Belajarlah untuk berubah

Sekadar renungan.....


Cikgu-cikgu PKBP yang baik hati.....

Tahun baru 2010 masih baru bersama kita .2009 telah kita tinggalkan.Pastinya banyak suka duka antara kita yang berlaku akan menjadi memori kini...Sedih bila terpisah dengan anak murid yang telah lama bersama kita telah menamatkan alam persekolahan.Hanya doa mengiringi mereka agar mereka sentiasa bahagia di luar sana..

Hadirnya 2010 sebenarnya memberi kita peluang sebagai guru istimewa ini untuk terus memperkasakan minda kita dan tenaga agar kejayaan mendidik anak-anak istimewa kita dapat kita nikmati hasilnya...janganlah hanya melepaskan batuk di tangga semata-mata mereka tidak mampu..Buanglah perasaan yang negatif terhadap mereka.Hanya kita yang dapat membantu mereka selain ibubapa mereka.Percayalah..dalam hati mereka sentiasa mereka mendoakan kerahmatan buat kita sebagai guru mereka.Ini sebenarnya pengalaman saya semasa di SMK Pandan Jaya..menitis air mata saya apabila anak murid saya mendoakan saya agar panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.Murid itu bernama Nur Aufa..rupanya dia pandai menilai keikhalasan kita mengajar mereka.Kalau sebelum ini ,pesyarah UKM pernah memberitahu murid -murid Istimewa akan sentiasa mendoakan kita dan benarlah rupanya kata-kata pesyarah itu tadi.Perkara ini terjadi kerana murid itu tadi membandingkan saya dengan seorang guru lelaki yang sedang mengajar dia ketika itu..dan sehingga kini di Smk Demak Baru ini,saya sentiasa mendengar murid-murid mendoakan untuk saya agar saya sentiasa dimurahkan rezeki...Alhamdullilah saya sentiasa di berikan Allah rezeki yang tidak disangka.sangka...Justeru itu..saya sedarkan diri saya dan kawan-kawan guru seperjuangan yang mengajar anak-anak istimewa ini agar sentiasa berfikiran positif dan majukan diri kita sebagai seorang guru khas yang mampu mendidik dan melahirkan anak istimewa yang berjaya...

Cadangan Saya
  • Ajarlah mereka dengan seikhlas hati..amanah yang diberikan kepada kita jangan kita persiakan..InsyaAllah kita dapat mengharungi diri kita sebagai seorang guru khas yang ceria sepanjang masa.
  • Seandainya kita hanya sebagai seorang guru,ikutlah dan hormatlah penyelaras dan siapa yang lebih berkuasa kerana berjayanya sesuatu program itu apabila kita sama-sama sealiran pendapat dan apa sahaja kecuali perkara-perkara yang menyalahi peraturan.Kalau A cakap boss kita.A jugaklah kita.
  • Buatlah perancangan yang baik dan berkesan agar bakat mereka dapat kita cungkil..Anak istimewa ini kalau kita yang tidak mencungkil bakat mereka siapa lagikan...
  • Seandainya anak -anak murid cikgu berupaya untuk menghadapi peperiksaan UPSR,PMR atau SPM,bantulah mereka jangan kita rosakkan masa depan mereka dengan membiarkan mereka belajar di kelas khas tanpa diberi pendedahan yang sepatutnya.Bincanglah dengan pengetua atau guru besar untuk menempatkan mereka belajar secara inklusif dengan murid-murid biasa seperti tempatkan mereka sepenuhnya masa atau masukkan mereka ketika matapelajaran tertentu.Matapelajaran tertentu seharusnya diambil perhatian seperti Sains,Matematik atau Kemahiran Hidup.Minta persetujuan ibu bapa mereka sebelum kita tempatkan mereka ke kelas inklusif dengan membuat surat kebenaran. Di samping itu juga sedarkan guru-guru biasa agar dapat menerima budak khas kita dalam kelas mereka.Kita boleh kempen dan sedarkan mereka ini ketika kita bersembang di bilik guru,kantin dan sebagainya agar mereka tidak terkejut dengan anak istimewa kita.Berikan tempoh paling lama 3 bulan sama ada murid kita dapat menerima pengajaran di kelas biasa.Belum cuba belum tau..ya cikgu..pengalaman saya di SMK Pandan Jaya..Alhamdullillah saya tidak tersalah arah .Anak murid yang saya tempatkan di SMK Pandan Jaya telah mendapat 5A dalam PMR..kita juga yang banggakan kalau anak murid kita berjaya..
  • Sentiasalah buat perubahan dari masa ke semasa...jangan kita seperti kura-kura tapi jadilah kita seperti seekor kancil yang pantas dan bijak.Seharusnya kita sentiasa berlumba-lumba untuk bersaing antara kita sekolah mana yang lebih hebatkan.Persaingan yang macam ini amat bagus...dan yang merasa nikmat serta keberuntungnnya adalah kita sebagai seorang guru ,ibu bapa ,pengetua dan murid kita sendiri..Jangan tunggu orang lain buat baru kita buat.Sesungguhnya amat bahagia kalau apa  yang kita buat dapat diikuti oleh orang lain.Kita perintis kepada sesuatu program...sapa tak bangga.Itu dah satu nikmat yang Allah bagikan.
  • Kalau saya diberi peluang...saya akan lakukan
  1. Saya nak tubuh kadet Pertahanan Awam.saya nak tengok anak murid saya pandai kemahiran berkawad,pertolongan cermas sebab bila berlaku apa-apa kecemasan kita mampu menanganinya..
  2. Kalau saya guru MPV masakan setiap hari saya nak ajar anak murid saya masak .Saya nak panggil pakar-pakar masakan setiap minggu datang ke sekolah ajar anak murid saya..kalau kena bayar.insyaAllah saya sanggup guna duit sendiri kalau sekolah tak nak bayar...malangnya saya tidak diberikan matapelajaran ini....
  3. Kalau saya kena ajar Kemahiran Hidup saya nak buat tanaman herba.saya nak tanam apa sahaja pokok herba.Saya akan labelkan nama-nama pokok dan kegunaanya.Lepas tu wujudkan nurseri jual anak -anak pokok herba pada yang sudi.Setiap Lanskap di sekolah dihiasi dengan pokok-pokok herba ini. 
  4. Saya jugak nak bekerjasama dengan pihak pertanian agar dapat menghulurkan khidmat nasihat dan perkidmatan bagi merealisasikan impian saya.
  5. Kalau boleh saya nak buat tempat mencuci kereta untuk cikgu-cikgi dengan sedikit bayaran.Duit itu separuh diberikan kepada murid dan separuh lagi saya masuk tabung... 
  6. Untuk murid-murid PKBP yang tahap paling rendah..ajarlah kemahiran yang boleh membantu mereka untuk mengharungi kehidupan ini..Dalam BM pun saya ajar KH contohnya saya mengajar perkataan baju.Selepas ajar mereka membaca dan mengeja masa yang separuh lagi saya ajar mereka bagaimana melipat baju...itu sahaja lah cara saya untuk memberi kemahiran kepada mereka.(nanti bersambung ya ...saya nak pergi meeting)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!