Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 6 Januari 2012

Semalam tanpa lena...mengharapkan hari ini yang terbaik


13.gifSemalam saya tidak tidur...hati memikirkan untuk taklimat disiplin untuk pagi ini..Memikirkan ini semua buat saya rasa sedikit tekanan.Namun pengalaman sentiasa menjadi pengacara majlis sebelum ini membantu melegakan kegelisahan..Nampaknya wajah saya pastinya tak berseri mengadap pelajar-pelajar nanti...apa yang saya bimbangkan idea semasa bercakap hilang tiba-tiba.Peluang malam tadi saya ambil dengan membuat sedikit catatan sebagai panduan untuk memberikan taklimat nanti..Sesungguhnya setiap detik semakin memberi saya pengalaman di bumi Kenyalang ini.
Semalam juga saya sedekit terganggu kerana terasa kehilangan dengan murid-murid saya di dalam kelas PPKI 8.Saya tahu mereka juga terasa sedih seperti saya.Entahlah bila fikirkan bukan pun tak jumpa dah mereka ni..Hari-hari pasti jumpa,cuma saya dan mereka umpama dah anak-anak saya sendiri. Bersama mereka ,beberapa anugerah untuk kelas dapat diperolehi.Antaranya Kelas Terbaik 2010,Pengurusan Kelas Terbaik 2011 dan Anugerah  Perhiasan KelasTerbaik ketegori Menengah Rendah sambutan Ramah Tamah Aidilfitri 2010.
Namum begitu,sebagai seorang guru,saya harus sentiasa positif dengan semua murid-murid saya..Kerana setiap orang menyumbang bakti kepada saya.Tahun ini saya menggunakan warna hijau epal sebagai warna tema kelas saya pada tahun ini..Nanti di entry yang akan datang saya tunjukkan suasana dalam kelas saya.
Harus berhenti kerana jam sudah menunjukkan 4.4o pagi..Syukur jua pada Ilahi kerana masih bernafas dan menikmati fajar yang mula menyising...Pada teman-teman terima kasih kerana sentiasa ada buat saya.Terlalu sayang kalian dan tak mahu kalian hilang.

Cikgu Ita
(Anak Pantai)

Teks ucapan Setiausaha Disiplin Minggu Pertama

schooliscool_1.gif 

TEKS UCAPAN S/U DISIPLIN  MINGGU PERTAMA PERHIMPUNAN  SMK DEMAK BARU
6 JANUARI 2012

TERIMA KASIH  SAUDARI PENGERUSI MAJLIS
YANG BERUSAHA
TUAN PENGETUA
BARISAN PENOLONG KANAN
RAKAN-RAKAN GURU
SERTA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI SEMUA….

·         TERLEBIH DAHULU MEWAKILI LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH SMK DEMAK BARU MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU,SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1.DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 2,3.4 DAN 5.
·         PASTINYA HARI INI HARI YANG KE-3 KITA MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN ,HARI PERTAMA DI AWAL PAGI CUACA CERAH DAN SEBELAH PETANG MENDUNG DAN HUJAN RENYAI-RENYAI..SEMALAM HUJAN MENCURAH-CURAH DAN HARI INI CUACA BEGITU BAIK…CUACA 3 HARI INI PENUH DENGAN WARNA WARNI. MENJADI TANDA TANYA JUGA APAKAH TANGGISAN KEGEMBIRAAN ATAU TANGISAN KESEDIHAN KERANA KEMBALI MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN.
·         WALAU APAPUN TAFSIRANNYA,YANG PASTI CIKGU PERCAYA MASING-MASING MEMPUNYAI AZAM DAN SEMANGAT BARU BERSESUAIAN  DENGAN PAKAIAN ,KASUT,BEG DAN SEGALANYA YANG BARU.
·         UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAJAR, SAYA INGIN MEMPERKENALKAN DIRI SAYA  PN  NORZITA MOHAMED YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH PIHAK SEKOLAH KEPADA SAYA MENJADI SETIAUSAHA DISIPLIN PADA TAHUN INI. TIMBALAN SETIAUSAHA PULA EN SAFWAN ALIAS.SAYA JUGA INGIN MEMPERKENALKAN KETUA GURU DISIPLIN PADA TAHUN INI IALAH PN SITI AMINAH DAN TIMBALAN PULA PN NORAFIZAH SERTA DIBANTU OLEH BEBERAPA ORANG GURU YANG LAIN.
·         SETERUSNYA ADA BEBERAPA PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PELAJAR IAITU:
o   SEMUA PELAJAR MESTILAH MEMBELI DIARI SEKOLAH 2012 DAN WAJIB DIBAWA SETIAP KALI PERHIMPUNAN DIADAKAN.DIARI INI SANGAT PENTING KERANA MENGANDUNGI SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN PERATURAN SERTA TINDAKAN YANG WAJIB KAMU BACA DAN FAHAM SEPENUHNYA, AGAR KAMU TIDAK MENAFIKAN ATAU MELANGGAR PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.
o   PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MASIH BERASASKAN SISTEM MERIT DEMERIT YANG DI MASUKKAN DI DALAM KOMPUTER  SEKOLAH.
o   UNTUK PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN  1 SISTEM MERIT DEMERIT INI ADALAH GANJARAN ATAU HUKUMAN YANG DIBERIKAN KERANA SESUATU PERKARA BAIK ATAU BURUK YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR.
o   MERIT ATAU MATA GANJARAN DIBERIKAN APABILA PELAJAR MELAKUKAN PERKARA BAIK SEPERTI MEMBANTU GURU,MENYUMBANG KEPADA PRESTASI DAN NAMA BAIK SEKOLAH SAMA ADA DARI SEGI KURIKULUM,SAHSIAH DAN KOKURIKULUM.
o   MATA MERIT INI DIBERIKAN MENGIKUT KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN DAN GANJARAN  KEPADA PELAJAR YANG MENGUMPULKAN MATA MERIT YANG TERTINGGI.
o   INI ADALAH BERITA BAIK BUAT KAMU SEBAGAI SEORANG PELAJAR UNTUK BERAZAM MENGUMPUL SEBANYAK MUNGKIN MATA MERIT.
o   BEGITU JUGA DEMERIT , DIBERIKAN KEPADA SETIAP SALAHLAKU YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TANPA PRAJUDIS ATAU PILIH KASIH  DILAKUKAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH DAN LUAR HADAPAN SEKOLAH YANG TELAH TERCATAT DALAM PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH.
o   PELAJAR YANG MENGUMPUL MATA DEMERIT  HARUSLAH BERSEDIA MENERIMA HUKUMAN SEPERTI  AMARAN, ROTAN,PERBICARAAN,PERGANTUNGAN SERTA PEMBUANGAN .DI DALAM DIARI SEKOLAH TERDAPAT BAGAIMANA TINDAKAN HUKUMAN ITU DIAMBIL DAN CIKGU MOHON BACA DAN CUBA MEMAHAMI.
o   AMATLAH WAJAR BAGI SAYA MENGINGATKAN KEPADA KAMU “CARILAH MERIT DAN ELAKKAN DEMERIT””TINGKATKAN PRESTASI TINGGALKAN KONTROVESI””PERBANYAKKAN KEBAIKAN TINGGALKAN KEBURUKAN”BUDI PEKERTI DAN NILAI-NILAI MURNI JADIKAN AMALAN SUPAYA KAMU MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG .
o   BAGI PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5,TERUTAMA PELAJAR YANG MEMPUNYAI MATA DEMERIT YANG TINGGI ,BERHATI-HATILAH AGARKAN ELAKKAN DIRI DARI TERUS MELAKUKAN KESALAHAN YANG MEMBAWA KESAN PENGANTUNGAN ATAU PEMBUANGAN KAMU DARI SEKOLAH INI.
o   KEPUTUSAN SAMA ADA REKOD SISTEM MERIT DEMERIT PELAJAR SEBELUM INI DI BAWA KEPADA TAHUN INI ATAU TIDAK AKAN DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT PENGURUSAN DISIPLIN KALI PERTAMA YANG AKAN DIADAKAN NANTI.
o   CIKGU MINTA KAMU BERDOA AGAR DIBUKAKAN PINTU HATI TUAN PENGETUA UNTUK MENGHAPUSKAN MATA DEMERIT YANG LEPAS
(SIAPA SETUJU MARKAH PADA TAHUN  LEPAS TIDAK DIBAWA PADA TAHUN INI..CUBA  ANGKAT TANGAN)
SEGALANYA AKAN DIPUTUSKAN DAN DIUMUMKAN SELEPAS MESYUARAT NANTI.
·         SETERUSNYA SEBELUM SAYA BEREDAR.BEBERAPA PERKARA DINGATKAN ,APABILA KAMU SALAH SEORANG WARGA SMK DEMAK BARU,INI BERMAKNA KAMU MESTI :
1.       SEDIA MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.
2.       MENGHINDARI SEGALA BENTUK SALAH LAKU DAN PELANGGARAN DISIPLIN SEKOLAH
3.       BERHUBUNG DENGAN PARA GURU ATAU  GURU PEMBIMBING DAN KAUNSELING JIKA MENGHADAPI MASALAH.
4.       BEKERJASAMA DENGAN MELAPORKAN SEGALA PELANGGARAN PERATURAN SEKOLAH.
5.       MENERIMA DAN MEMAHAMI SEGALA HUKUMANYANG DIPUTUSKANOLEH BADAN DISIPLIN SEKOLAH.
6.       MENGAMBIL TELADAN DAN PENGAJARAN TERHADAP HUKUMAN  YANG YANG DITERIMA SERTA BERAZAM TIDAK MENGULANGINYA.
7.       PELAJAR-PELAJAR JUGA HENDAKLAH MENGAMALKAN CIRI-CIRI BAIK YANG TELAH DIPELAJARI DISEKOLAH ATAU DIRUMAH DAN SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH.
INGATLAH DISIPLIN MEMBENTUK JATI DIRI,BISA MENGUBAH IMPIAN MENJADI REALITI.
SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA SAYA..
WABIALAHITAUFIK WA HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

DISEDIAKAN OLEH;
CIKGU NORZITA MOHAMED
S/U DISIPLIN SMK DEMAK BARU.

                                                                                               


Rabu, 4 Januari 2012

Kedai Keusahawanan PPKI-Hari Pertama 2012

 Kira duit hasil jualan hari ni...
 Tarik telinga dia nie...nakal sangat!!
 Kita suruh kira duit tu...dia main posing-posing pulak..
Tiga dara pingitan...opps..terlebih sudah..anak murid yang sentiasa disisi saya Baby dan Ariana..
Sayang kitak gilak-gilak.!! 

Rindu mengamit tika aku mengingatimu ...wahai anak-anak muridku..

Buat anak-anak murid yang pernah bersama dengan cikgu..Sesungguhnya ingatan pada kalian semua sentiasa segar di minda.Teramat rindu cikgu dengan kamu..Kasih sayang kamu pada cikgu amat cikgu hargai dan cikgu simpan kemas di lubuk hati..
Cikgu akui kalian antara insan-insan yang membahagiakan cikgu..hidup cikgu bahagia kerana hadirnya kalian mewarnai kanvas hidup cikgu..Kalian sentiasa menghiburkan cikgu.
Malam ini mata cikgu begitu sukar untuk dilelapkan .Dan cikgu pasti situasi yang sama cikgu rasai kerana permulaan pertama persekolahan cikgu akan berpisah lagi dengan insan-insan yang cikgu sayangi..Tiada lagi usikan daripada Intan buat Cikgu,senyuman yang lontar disaat bertemu Azahrah buat cikgu.Suara-suara Norazi dan Rizuan yang sesekali membantu cikgu dari dulu cikgu mula mengajar  hingga saat ini..Pastinya cikgu juga terasa tanpa Diana dan Amira yang sentiasa mencuit hati..Sesekali pinggang cikgu dirangkul oleh Diana. Cikgu juga akan rindukan seorang pelajar yang terlalu baik iaitu Maxwell,Kedai keusahawanan juga hilang serinya tanpa Naamah yang banyak membantu Cikgu...Cikgu tau yang pergi dah ada pengantinya..Tapi percayalah yang pergi itu telah sebati dalam diri cikgu..
Sesungguhnya malam ini tidur cikgu diganggu dengan ingatan terhadap kalian..
Doa dan harapan cikgu kalian beroleh ketenangan walau di mana berada dan doakan jua kesejahteraan cikgu.
Cikgu Sayang kamu.
-Cikgu Ita-


Tugas 2012....Terima kasih Pengetua!!.


lovejob.gif 
Ya ke?????????Suka ke dengan tugas-tugas yang orang bagi ni...
Nak luah mati emak nak telan mati bapak.
Itulah perumpamaannya.
Huhuhu..
Aku ni cikgu ke atau setiausaha ekk
Kenapa bagi 12 je..
Bagilah banyak lagi..
Agak-agak..kau orang jeles tak aku dapat banyak kerja
Akukan cikgu hebat..keh..keh..keh
(Motivasi diri sendiri le ni)
Ce..korang tengok tugas setahun yang pihak sekolah bagi ni..
  1. Setiausaha Jawatankuasa Disiplin
  2. Setiausaha Hal Ehwal Murid PPKI
  3. Penolong Setaiusaha Jawatankuasa Induk 5S
  4. Guru Tingkatan PPKI 8
  5. Ahli Jawatankuasa Kokurikulum PPKI
  6. Guru pengiring Motivasi Pelajar
  7. Ahli Jawatankuasa Kurikulum
  8. Ahli Jawatankuasa Kewangan PPKI
  9. Ahli Jawatankuasa Aset PPKI
  10. Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
  11. Penjagaan Bilik Mesyuarat PPKI
  12. Guru Penasihat Kelab Keusahawanan PPKI
Nak tahu tak ,masa mula-mula dapat surat lantikan ni..senyum sampai ke telinga..Kalu boleh nak terus pergi peluk Pengetua tu..Nak ucap terima kasih sebab bagi tugas-tugas ni kat aku..HUA..HUA..
Sukanya..:(
Kenapalah..
Tak kesian ke...
Tapi jemm..jemm
Positif lah ITa..
Dia orang bagi sebab kau mampu lakukan..
Yelah tu..
(*pengajaran kat sini nak bagitau jangan tunjuk pandai sangat nanti orang pijak kepala..semua dia nak bagi kak kita..)
Opps!!
Pengajaran yang positif...orang akan bagi apa sahaja kerja pada kita kerana orang yakin kita mampu melakukan yang terbaik.Kita jadi antara yang membantu sesuatu perkara itu berjalan dengan lancar)
Yang penting lakukan kerja dengan ikhlas dan kerana Allah.
itu yang utama.
(3/1/2012...perjalanan hari ini penuh warna warni..penuh dengan kasih sayang..)
TQ.. 
Cikgu ITA
(Anak Pantai) 

Pendaftaran Pelajar-Pelajar SMK Demak Baru..

Hari ini bermula kembali tugas setelah bercuti selama sebulan...Kali ini sepertimana tahun-tahun yang berikutnya tidak terlepas daripada menjadi AJK Pendaftaran.Tapi kali ini sedikit mencabar aku sebagai seorang guru beb..Apa tidaknya terpaksa menguruskan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin..Situasi semasa pendaftaran tu apa lagi..hot je memanjang..Pelbagai telatah dan perangai yang dapat jumpa..Kurang ajor le...huh..Patutlah anak dia kurang ajor rupanya bapa dia lagi kurang ajor..(Opps!!itu hanya terdetik difikiran aje..tak terkeluar dari mulut.)Ada seorang bapa tu siap cakap cikgu tak pernah telefon..tapi aku biasa le..bila aku rasa aku betul..aku buat keras juga le..kau ingat mentang-mentang le aku ni cikgu perempuan..ingat kacang le kau nak kenakan aku..last-last kau jugak yang kantoi..anak siap ngaku betul cikgu ada col tapi bapa tak angkat..!!.

 Senyum dalam paksa nie...

 Bersama dengan dua orang kaunselor
Kat Natrah dan Franciss
termenung seketika..nak jawab soalan yang tak masuk akal..
Huh...sabor jelah.
 Antara ibu bapa dan pelajar yang hadir..
 Ada yang buat-buat terkejut kenapa Demerit tinggi..
Bagus dia orang ni
Boleh jadi pelakon terbaik depan mak ayah..

 Ada juga yang datang nak periksa kut-kut saat akhir ada nama tersenarai..
Terasa kut...Yelah dulu-dulu ada buat silap.
Nasib baik terlepas..

Terkadang sesekali fikir best jugak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ni..Secara tidak langsung dapat mengetahui sejarah latar belakang dia orang..Adakalanya kesian pun ada.
Buat pelajar..hayatilah lagu ini...sekurang-kurangnya akan memberikan motivasi buat anda
Jalanan anda masih berliku dan jauh lagi di hadapan..
Tolonglah...balaskan jasa pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Hindarilah perkara-perkara yang menconteng arang ke muka mereka.
Biarkan keduanya sentiasa tersenyum dengan kemuliaan yang kita lakukan..Elakkan airmata ibu dan ayah kita dari terus mengalir kerana kejahatan kita.
Semoga kalian pelajar...akan terus mengapai impian!!

Ahad, 1 Januari 2012

Tentang bulan

Gambar bulan ni diambil ketika di rumah Kg Pagar Besi..ketika bulan baru nak gerhana.
Bulan merupakan antara objek yang  saya sangat  suka melihatnya selain bintang-bintang yang bergedipan.Dari remaja hingga kini inilah hobi saya ...melihat dan merenung bulan..Bila ada rindu saya tengok bulan kerana saya tahu semua orang memandang bulan yang sama..Dalam masa yang sama semoga insan yang kita ingati itu jua mengingati kita di saat itu..
Jadilah kita umpama bulan dan bintang yang sentiasa saling menemani...menjadi penyeri 





Selamat Bertemu 2012

2011 2012 
Begitu pantas masa beredar.Kini 2011 telah berlalu meninggalkan  kenangan suka duka  buat kita.Pabila minda mengingatkan yang manis,hati begitu berat untuk meninggalkan 2011 kerana bimbang segala yang manis itu akan hilang .Namum bila mengingat duka di tahun 2011..hati tak sabar ingin hadirnya 2012 secepat mungkin.Kata orang ingin mulakan buku baru dengan semangat dan azam yang baru.
Entah pahit getir apa yang akan melanda diri..Doa dan harapan pastinya mengharapkan segala rintangan dapat diatasi.
pada kawan-kawan selamat menyambut tahun baru 2012.Bertambah lah umur kita !!Apa yang pasti mahukan yang manis di tahun 2011 biarlah berkekalan dan bertambah manis macam madu ..Yang pahit macam hempedu kita buang jauh-jauh ok..

Kutip Hasil Belakang Rumah


 Timun batang buat ulam cicah budu
 Bendipun dah dapat mengeluarkan hasil
 Buah kedondong yang sentiasa berbuah
 Teruja betul bila tengok kacang botol ni

 Betik yang sedia untuk di makan
 Tebu kesukaan anak-anak
 Pisang sulung..
 Cili Jepun bersama ulam raja
Pokok kunyit yang merimbun...

Sebenarnya banyak lagi tanaman yang terdapat kat belakang rumah ni hasil tangan sang suami..dan terasa puas makan hasil titik peluh sendiri..

Sukarnya Melangkah Pergi..

 Suami dan Alif semasa mengemas barang-barang telahpun menitiskan airmata ..tak tahu apa yang difikirkan saat itu.
 Alif yang tak dapat mengawal perasaan
 Aimy dan Mak Long sempat berposing..
 Alya dalam perjalanan ke lapangan terbang tak henti-henti menangis hingga ke saat akhir.
 Alif amat sedih nak berpisah dengan neneknya.

 Kesedihan Alya


 Bergambar sebelum melangkah pergi..
Kali ini saat untuk meninggalkan kampung halaman tercinta begitu menghiris perasaan.Ingatkan diri ini yang teramat berat rupanya suami dan anak-anak turut merasa kesan yang sama.Apatahnya melihat suami mengalirkan airmata dikala mengemas barang-barang,serta bercucuran airmata Alif yang keluar menyebabkan diri ini jua tewas. Tak sangka sepanjang perjalanan ke lapangan terbang..masing-masing menitiskan airmata.Alya begitu ketara..Menangis tak henti hinggalah dipujuk untuk berlepas..Begitu juga ketika di dalam kapal terbang masing-masing tak dapat mengawal diri..Bercucuran airmata Alif dan Alya.Rupanya kesedihan mereka hingga menaiki kapal terbang ke Kuching.Alya tiada selera nak makan,sesekali menyapu airmata dipipi...Alahai begitu meninggalkan kesan buat mereka kali ini..Sememangnya amat sedih untuk meninggalkan insan-insan tersayang kerana belum pasti mungkinkah kita akan berjumpa lagi..