Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 6 Januari 2012

Teks ucapan Setiausaha Disiplin Minggu Pertama

schooliscool_1.gif 

TEKS UCAPAN S/U DISIPLIN  MINGGU PERTAMA PERHIMPUNAN  SMK DEMAK BARU
6 JANUARI 2012

TERIMA KASIH  SAUDARI PENGERUSI MAJLIS
YANG BERUSAHA
TUAN PENGETUA
BARISAN PENOLONG KANAN
RAKAN-RAKAN GURU
SERTA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM ,SELAMAT SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI SEMUA….

·         TERLEBIH DAHULU MEWAKILI LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH SMK DEMAK BARU MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU,SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1.DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 2,3.4 DAN 5.
·         PASTINYA HARI INI HARI YANG KE-3 KITA MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN ,HARI PERTAMA DI AWAL PAGI CUACA CERAH DAN SEBELAH PETANG MENDUNG DAN HUJAN RENYAI-RENYAI..SEMALAM HUJAN MENCURAH-CURAH DAN HARI INI CUACA BEGITU BAIK…CUACA 3 HARI INI PENUH DENGAN WARNA WARNI. MENJADI TANDA TANYA JUGA APAKAH TANGGISAN KEGEMBIRAAN ATAU TANGISAN KESEDIHAN KERANA KEMBALI MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN.
·         WALAU APAPUN TAFSIRANNYA,YANG PASTI CIKGU PERCAYA MASING-MASING MEMPUNYAI AZAM DAN SEMANGAT BARU BERSESUAIAN  DENGAN PAKAIAN ,KASUT,BEG DAN SEGALANYA YANG BARU.
·         UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAJAR, SAYA INGIN MEMPERKENALKAN DIRI SAYA  PN  NORZITA MOHAMED YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH PIHAK SEKOLAH KEPADA SAYA MENJADI SETIAUSAHA DISIPLIN PADA TAHUN INI. TIMBALAN SETIAUSAHA PULA EN SAFWAN ALIAS.SAYA JUGA INGIN MEMPERKENALKAN KETUA GURU DISIPLIN PADA TAHUN INI IALAH PN SITI AMINAH DAN TIMBALAN PULA PN NORAFIZAH SERTA DIBANTU OLEH BEBERAPA ORANG GURU YANG LAIN.
·         SETERUSNYA ADA BEBERAPA PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PELAJAR IAITU:
o   SEMUA PELAJAR MESTILAH MEMBELI DIARI SEKOLAH 2012 DAN WAJIB DIBAWA SETIAP KALI PERHIMPUNAN DIADAKAN.DIARI INI SANGAT PENTING KERANA MENGANDUNGI SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN PERATURAN SERTA TINDAKAN YANG WAJIB KAMU BACA DAN FAHAM SEPENUHNYA, AGAR KAMU TIDAK MENAFIKAN ATAU MELANGGAR PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.
o   PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH MASIH BERASASKAN SISTEM MERIT DEMERIT YANG DI MASUKKAN DI DALAM KOMPUTER  SEKOLAH.
o   UNTUK PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN  1 SISTEM MERIT DEMERIT INI ADALAH GANJARAN ATAU HUKUMAN YANG DIBERIKAN KERANA SESUATU PERKARA BAIK ATAU BURUK YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR.
o   MERIT ATAU MATA GANJARAN DIBERIKAN APABILA PELAJAR MELAKUKAN PERKARA BAIK SEPERTI MEMBANTU GURU,MENYUMBANG KEPADA PRESTASI DAN NAMA BAIK SEKOLAH SAMA ADA DARI SEGI KURIKULUM,SAHSIAH DAN KOKURIKULUM.
o   MATA MERIT INI DIBERIKAN MENGIKUT KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN DAN GANJARAN  KEPADA PELAJAR YANG MENGUMPULKAN MATA MERIT YANG TERTINGGI.
o   INI ADALAH BERITA BAIK BUAT KAMU SEBAGAI SEORANG PELAJAR UNTUK BERAZAM MENGUMPUL SEBANYAK MUNGKIN MATA MERIT.
o   BEGITU JUGA DEMERIT , DIBERIKAN KEPADA SETIAP SALAHLAKU YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TANPA PRAJUDIS ATAU PILIH KASIH  DILAKUKAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH DAN LUAR HADAPAN SEKOLAH YANG TELAH TERCATAT DALAM PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH.
o   PELAJAR YANG MENGUMPUL MATA DEMERIT  HARUSLAH BERSEDIA MENERIMA HUKUMAN SEPERTI  AMARAN, ROTAN,PERBICARAAN,PERGANTUNGAN SERTA PEMBUANGAN .DI DALAM DIARI SEKOLAH TERDAPAT BAGAIMANA TINDAKAN HUKUMAN ITU DIAMBIL DAN CIKGU MOHON BACA DAN CUBA MEMAHAMI.
o   AMATLAH WAJAR BAGI SAYA MENGINGATKAN KEPADA KAMU “CARILAH MERIT DAN ELAKKAN DEMERIT””TINGKATKAN PRESTASI TINGGALKAN KONTROVESI””PERBANYAKKAN KEBAIKAN TINGGALKAN KEBURUKAN”BUDI PEKERTI DAN NILAI-NILAI MURNI JADIKAN AMALAN SUPAYA KAMU MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG .
o   BAGI PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5,TERUTAMA PELAJAR YANG MEMPUNYAI MATA DEMERIT YANG TINGGI ,BERHATI-HATILAH AGARKAN ELAKKAN DIRI DARI TERUS MELAKUKAN KESALAHAN YANG MEMBAWA KESAN PENGANTUNGAN ATAU PEMBUANGAN KAMU DARI SEKOLAH INI.
o   KEPUTUSAN SAMA ADA REKOD SISTEM MERIT DEMERIT PELAJAR SEBELUM INI DI BAWA KEPADA TAHUN INI ATAU TIDAK AKAN DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT PENGURUSAN DISIPLIN KALI PERTAMA YANG AKAN DIADAKAN NANTI.
o   CIKGU MINTA KAMU BERDOA AGAR DIBUKAKAN PINTU HATI TUAN PENGETUA UNTUK MENGHAPUSKAN MATA DEMERIT YANG LEPAS
(SIAPA SETUJU MARKAH PADA TAHUN  LEPAS TIDAK DIBAWA PADA TAHUN INI..CUBA  ANGKAT TANGAN)
SEGALANYA AKAN DIPUTUSKAN DAN DIUMUMKAN SELEPAS MESYUARAT NANTI.
·         SETERUSNYA SEBELUM SAYA BEREDAR.BEBERAPA PERKARA DINGATKAN ,APABILA KAMU SALAH SEORANG WARGA SMK DEMAK BARU,INI BERMAKNA KAMU MESTI :
1.       SEDIA MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.
2.       MENGHINDARI SEGALA BENTUK SALAH LAKU DAN PELANGGARAN DISIPLIN SEKOLAH
3.       BERHUBUNG DENGAN PARA GURU ATAU  GURU PEMBIMBING DAN KAUNSELING JIKA MENGHADAPI MASALAH.
4.       BEKERJASAMA DENGAN MELAPORKAN SEGALA PELANGGARAN PERATURAN SEKOLAH.
5.       MENERIMA DAN MEMAHAMI SEGALA HUKUMANYANG DIPUTUSKANOLEH BADAN DISIPLIN SEKOLAH.
6.       MENGAMBIL TELADAN DAN PENGAJARAN TERHADAP HUKUMAN  YANG YANG DITERIMA SERTA BERAZAM TIDAK MENGULANGINYA.
7.       PELAJAR-PELAJAR JUGA HENDAKLAH MENGAMALKAN CIRI-CIRI BAIK YANG TELAH DIPELAJARI DISEKOLAH ATAU DIRUMAH DAN SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH.
INGATLAH DISIPLIN MEMBENTUK JATI DIRI,BISA MENGUBAH IMPIAN MENJADI REALITI.
SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA SAYA..
WABIALAHITAUFIK WA HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

DISEDIAKAN OLEH;
CIKGU NORZITA MOHAMED
S/U DISIPLIN SMK DEMAK BARU.

                                                                                               


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!