Semalam juga saya sedekit terganggu kerana terasa kehilangan dengan murid-murid saya di dalam kelas PPKI 8.Saya tahu mereka juga terasa sedih seperti saya.Entahlah bila fikirkan bukan pun tak jumpa dah mereka ni..Hari-hari pasti jumpa,cuma saya dan mereka umpama dah anak-anak saya sendiri. Bersama mereka ,beberapa anugerah untuk kelas dapat diperolehi.Antaranya Kelas Terbaik 2010,Pengurusan Kelas Terbaik 2011 dan Anugerah Perhiasan KelasTerbaik ketegori Menengah Rendah sambutan Ramah Tamah Aidilfitri 2010.
Namum begitu,sebagai seorang guru,saya harus sentiasa positif dengan semua murid-murid saya..Kerana setiap orang menyumbang bakti kepada saya.Tahun ini saya menggunakan warna hijau epal sebagai warna tema kelas saya pada tahun ini..Nanti di entry yang akan datang saya tunjukkan suasana dalam kelas saya.
Harus berhenti kerana jam sudah menunjukkan 4.4o pagi..Syukur jua pada Ilahi kerana masih bernafas dan menikmati fajar yang mula menyising...Pada teman-teman terima kasih kerana sentiasa ada buat saya.Terlalu sayang kalian dan tak mahu kalian hilang.
Cikgu Ita
(Anak Pantai)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!