Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 4 Januari 2012

Pendaftaran Pelajar-Pelajar SMK Demak Baru..

Hari ini bermula kembali tugas setelah bercuti selama sebulan...Kali ini sepertimana tahun-tahun yang berikutnya tidak terlepas daripada menjadi AJK Pendaftaran.Tapi kali ini sedikit mencabar aku sebagai seorang guru beb..Apa tidaknya terpaksa menguruskan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin..Situasi semasa pendaftaran tu apa lagi..hot je memanjang..Pelbagai telatah dan perangai yang dapat jumpa..Kurang ajor le...huh..Patutlah anak dia kurang ajor rupanya bapa dia lagi kurang ajor..(Opps!!itu hanya terdetik difikiran aje..tak terkeluar dari mulut.)Ada seorang bapa tu siap cakap cikgu tak pernah telefon..tapi aku biasa le..bila aku rasa aku betul..aku buat keras juga le..kau ingat mentang-mentang le aku ni cikgu perempuan..ingat kacang le kau nak kenakan aku..last-last kau jugak yang kantoi..anak siap ngaku betul cikgu ada col tapi bapa tak angkat..!!.

 Senyum dalam paksa nie...

 Bersama dengan dua orang kaunselor
Kat Natrah dan Franciss
termenung seketika..nak jawab soalan yang tak masuk akal..
Huh...sabor jelah.
 Antara ibu bapa dan pelajar yang hadir..
 Ada yang buat-buat terkejut kenapa Demerit tinggi..
Bagus dia orang ni
Boleh jadi pelakon terbaik depan mak ayah..

 Ada juga yang datang nak periksa kut-kut saat akhir ada nama tersenarai..
Terasa kut...Yelah dulu-dulu ada buat silap.
Nasib baik terlepas..

Terkadang sesekali fikir best jugak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ni..Secara tidak langsung dapat mengetahui sejarah latar belakang dia orang..Adakalanya kesian pun ada.
Buat pelajar..hayatilah lagu ini...sekurang-kurangnya akan memberikan motivasi buat anda
Jalanan anda masih berliku dan jauh lagi di hadapan..
Tolonglah...balaskan jasa pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Hindarilah perkara-perkara yang menconteng arang ke muka mereka.
Biarkan keduanya sentiasa tersenyum dengan kemuliaan yang kita lakukan..Elakkan airmata ibu dan ayah kita dari terus mengalir kerana kejahatan kita.
Semoga kalian pelajar...akan terus mengapai impian!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!