Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 1 Januari 2012

Sukarnya Melangkah Pergi..

 Suami dan Alif semasa mengemas barang-barang telahpun menitiskan airmata ..tak tahu apa yang difikirkan saat itu.
 Alif yang tak dapat mengawal perasaan
 Aimy dan Mak Long sempat berposing..
 Alya dalam perjalanan ke lapangan terbang tak henti-henti menangis hingga ke saat akhir.
 Alif amat sedih nak berpisah dengan neneknya.

 Kesedihan Alya


 Bergambar sebelum melangkah pergi..
Kali ini saat untuk meninggalkan kampung halaman tercinta begitu menghiris perasaan.Ingatkan diri ini yang teramat berat rupanya suami dan anak-anak turut merasa kesan yang sama.Apatahnya melihat suami mengalirkan airmata dikala mengemas barang-barang,serta bercucuran airmata Alif yang keluar menyebabkan diri ini jua tewas. Tak sangka sepanjang perjalanan ke lapangan terbang..masing-masing menitiskan airmata.Alya begitu ketara..Menangis tak henti hinggalah dipujuk untuk berlepas..Begitu juga ketika di dalam kapal terbang masing-masing tak dapat mengawal diri..Bercucuran airmata Alif dan Alya.Rupanya kesedihan mereka hingga menaiki kapal terbang ke Kuching.Alya tiada selera nak makan,sesekali menyapu airmata dipipi...Alahai begitu meninggalkan kesan buat mereka kali ini..Sememangnya amat sedih untuk meninggalkan insan-insan tersayang kerana belum pasti mungkinkah kita akan berjumpa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!