Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 19 Jun 2011
Semuanya berlawanan
Teman..
Menulis lagi untuk kesekian kali
Moga kau kan mengerti
Perasaan ini..
usah kau ragu
selagi kau masih percaya..
Aku sangat mengharapkan
kau akan tahu
A kata mulutku
Tapi B dalam hatiku
semuanya berlawanan
takde persamaan
Antonim bukan sinonim..
kerana hati lebih tulus
dari bibir yang mengatakan
jika mulut mengucapkan pergi
hati bermaksud datanglah
kerna ku tak bisa
kehilangan...
Andai mulut menyatakan biarlah
Hati pula pasti mengatakan janganlah
Justeru apapun yang dinyatakan oleh mulut
Jangan kau endahkan
kerana mulut tidak mengerti hati dan perasaan
sentiasa mengikut amarah dan ego yang memuncak.
pastinya..kesabaran amat diperlukan
kalau ingin ianya berterusan..
-Anak Pantai-
Apa Yang Saya Harapkan Hari ini..
Ada beberapa perkara yang saya harapkan pada hari ini:
- Doakan dan harapan semua insan-insan yang saya sayangi sihat dan dirahmati Allah .
- Pada Mak semoga hari ini semakin sihat dan cergas seperti biasa.
- Pada Ayah,Selamat Hari Bapa..buat ayah.Saya jua doakan ayah sihat dan bahagia selalu.
- Pada Joe..semoga cepat sembuh dari lelahmu.Semalam kau berjuang melawan sakitmu..tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.
- Pada suami tercinta,selamat berjaya dalam pertandingan tenis untuk hari ni.Terima kasih kerana menjadi bapa yang penyayang untuk semua permata hati kita.
- Pada teman saya...semoga dirimu jua bahagia hendaknya.ceria melewati masa yang beredar..
- Harapan untuk hari ini biarlah hati dan perasaan ini tenang setenangnya tanpa ada resah.
- Pada anak-anak...Alya,Alif,Adam,Aimy dan Azib..belajar lah untuk mengerti nilai kesusahan..bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan.Berusahalah tanpa jemu demi kebahagiaan di masa hadapan.
- Jadilah anak-anak yang mendengar kata.Lakukan dengan penuh keikhlasan dan semoga anak-anak emak menjadi anak-anak yang menyejukkan hati mak dan ayah.
Selamat Hari Bapa
Salam..
Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur untuk kita berpeluang mengucapkan Selamat Hari Bapa
pada insan-insan yang kita panggil Ayah, Daddy,Abah, dan Sebagainya.
Saya yakin pada anda yang masih mempunyai ayah pastinya difikiran sudah berkira-kira untuk memikirkan apakah kejutan yang bakal anda buatkan untuk insan yang bergelar ayah ini .
Dan bagi anda yang mempunyai anak-anak ,pasti juga tertunggu apakah kejutan yang akan dibuatkan oleh isteri dan anak-anak.
Mungkin dengan hanya sekadar ucapan dan kad atau mungkin menjamu selera diluar dengan menu istimewa.Ataupun menerima pemberian hadiah yang tidak terjangkakan.
Bagi saya pula,jika tahun lepas saya berpeluang mengucapkan selamat Hari Bapa ini pada ayah saya.Tahun ini pula hanya telefonlah yang mampu saya lafazkan..
Tapi mungkin anda tidak percaya saya langsung tidak mempunyai no telefon ayah saya.Kejam kan saya.Nombor telefon kawan-kawan semua saya simpan tapi kenapa saya tidak langsung menyimpan nombor insan yang saya berbinti kan dengan namanya.Esok saya akan cuba usahakan mendapatkan nombor ayah saya dengan Kak Jan.
kesian ayah sayakan..
Jenis apakah saya nie..Saya seorang pendidik yang selalu menasihati anak-anak murid saya supaya sentiasa mengingati nombor-nombor telefon mak dan ayah mereka.
Saya perli pada murid-murid yang lupa no telefon mak ayah mereka
Saya marah pada mereka...
Tapi saya...
Langsung nombor telefon ayah tidak terdapat dalam simpanan telefon saya.
Ya Allah..semoga saya masih diberi peluang untuk saya mengucapkan Selamat Hari Bapa pada ayah saya.Bukakanlah pintu hati saya untuk menerima apa sahaja tentang ayah saya dengan hati yang terbuka.
pada anda diluar sana..hargailah ayah dan mak kita selagi dia masih ada.Bersyukurlah anda kerana kalian mempunyai ayah yang bertanggungjawab,penyayang dan sentiasa berkorban demi anak-anak.
Pada anda yang telah kehilangan ayah buat selamanya.sedekahkanlah Al-fatihah tanpa jemu.Doa dan harapan semoga insan yang kita sayangi tenang di alam sana.
-Anak Pantai-
-Anak Pantai-
Doa sempena Hari Bapa
Terima kasih emak kerana melahirkan saya ke dunia. Terima kasih ayah kerana mendidik saya selama ini.
Terima kasih pada ayah mertua kerana menerima diri ini sebagai menantu
Ya Allah Ya Ilahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosa kedua-dua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua-dua orang tuaku, sebagai harta mereka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ya Allah Ya Ilahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosa kedua-dua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua-dua orang tuaku, sebagai harta mereka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
SELAMAT HARI BAPA PADA SEMUA YANG MENJADI BAPA ATAU AYAH
TERIMA KASIH KERANA MENJADI BAPA YANG PENYAYANG
Sabtu, 18 Jun 2011
Ambil angin di tasik dengan cheksu
Cheksu dan Aimy
Seronok memberi ikan makan
Pose maut Cheksu
Banyak ikan kat tasik nie
Ingat buah hati ke Cheksu ni
Azib sampai mengatuk ...tunggu abang-abang dan kakak melayan ikan di tasik
Memang indah permandangan kat tasik nie..pasti bila saya balik semenanjung nanti inilah antara tempat yang akan saya rindui..
Banyaknya kenangan kita umpama kuntuman bunga matahari nie..Terima Kasih teman..
Teman..
Telah lama jalinan persahabatan kita simpulkan
Usianya sudah begitu matang untuk dihitung
Memori suka duka terlalu banyak tuk dikenangkan
Hubungan kita seiring dengan peredaran masa
Namun ianya tidak terubah walau masa sering berputar
Antara kita semakin erat menjalin rasa
Kita kongsi suka duka
Kita ketawa bersama
dan
Kita pernah kongsi airmata
jua
Kita pernah saling kena mengena
Perli -memerli
menjadikan kita bermasam muka
Tapi pastinya
Semua itu sekejap cuma
atas nama sahabat dan teman
Kita tak bisa terpisah begitu lama
Pasti ada kekurangan
Pasti ada yang tidak lengkap
Pasti ada yang tidak lengkap
Kerana
Antara kita saling melengkapi..
Itulah kita
Itulah kita
Dunia kita..
Tetapi..
Itu semua kemarin dan hari-hari yang lalu.
Kini.
Itu semua seakan mimpi
Kerana realitinya..
harus diakui
Kau dan aku terpisah jua kini.
Terima kasih pada sebuah memori..
-Anak Pantai-
Hayatilah lirik lagu di atas..Buat mu teman
Terima kasih
Teman....
kepada anda yang singgah di blog saya tika dan saat ini,terima kasih banyak-banyak kerana menjadi teman di alam maya saya.
Apapun anda dan walau di mana anda ketika ini..saya doakan agar kalian sentiasa diulit kebahagiaan.
Salam....dari Anak Pantai.
cinta tak bersyarat
Best dengar lagu ni...rasa syahdu..
demi nama cinta telah kupersembahkan hatiku dalam hidup mu....
Jumaat, 17 Jun 2011
Jumaat yang tenang
Cuaca terang hari ni..tenang je melihat mentari menampakkan diri..Aktiviti kat sekolah pagi nie seperti biasa,ada perhimpunan rasmi dan bacaan Yasin..Alhamdulillah keagamaan kat sekolah nie semakin hari semakin mantap..Tahniah pada ustaz dan ustazah yang sentiasa bersemangat demi pelajar-pelajar SMK Demak tercinta.
Suasana kat PPKI sedikit suram dalam kemeriahan..Al-Fatihah juga disedekahkan pada ibu mertua Cikgu Kamariah yang meninggal dunia.Semoga rohnya dicucuri rahmat.hari ini juga keberangkatan guru (Cikgu Badrul dan 3 orang pelajar PPKI ke Greece untuk menyertai pertandingan futsal dan acara padang.Semoga mereka ini pulang dengan membawa kejayaan..Walaupun hanya 4 orang tetapi sudah terasa kesuraman.Inilah dunia PPKI ibarat satu keluarga yang besar.Hilang seorang dah rasa kurang sempurna.Sesuatu yang kita tak akan dapat jika mengajar di aliran perdana.
Pagi ini P & P juga masih belum sempurna.Tumpuan masih banyak di padang untuk melatih pelajar-pelajar PPKI yang akan bertanding di peringkat negeri nanti..Yang bertanggungjawab melatih dia orag ni tentulah PK Koko iaitu Cikgu Ruhana dan dibantu oleh beberapa guru yang lain.Saya pulak hanya duk kat kedai usahawan ni..melayan karenah pelajar-pelajar yang datang silih berganti..Maklum dah jadi tukang urus kedai ni kaki dah tak pernah ke kantin lagi..
Sebenarnya tika dan saat ini hati begitu sayu dan rindu pada insan-insan yang saya sayangi..
Langgan:
Catatan (Atom)




















































