Teman..
Telah lama jalinan persahabatan kita simpulkan
Usianya sudah begitu matang untuk dihitung
Memori suka duka terlalu banyak tuk dikenangkan
Hubungan kita seiring dengan peredaran masa
Namun ianya tidak terubah walau masa sering berputar
Antara kita semakin erat menjalin rasa
Kita kongsi suka duka
Kita ketawa bersama
dan
Kita pernah kongsi airmata
jua
Kita pernah saling kena mengena
Perli -memerli
menjadikan kita bermasam muka
Tapi pastinya
Semua itu sekejap cuma
atas nama sahabat dan teman
Kita tak bisa terpisah begitu lama
Pasti ada kekurangan
Pasti ada yang tidak lengkap
Pasti ada yang tidak lengkap
Kerana
Antara kita saling melengkapi..
Itulah kita
Itulah kita
Dunia kita..
Tetapi..
Itu semua kemarin dan hari-hari yang lalu.
Kini.
Itu semua seakan mimpi
Kerana realitinya..
harus diakui
Kau dan aku terpisah jua kini.
Terima kasih pada sebuah memori..
-Anak Pantai-
Hayatilah lirik lagu di atas..Buat mu teman
Banyaknya kenangan....mesti dan pasti ia akan kekal dalam ingatan walau dimana dan kemana kita pergi....mungkin selagi hayat dikandung badan kut...
BalasPadamNampaknya macam tulah..selagi ada yang bernama ingatan
BalasPadam