Teman..
Menulis lagi untuk kesekian kali
Moga kau kan mengerti
Perasaan ini..
usah kau ragu
selagi kau masih percaya..
Aku sangat mengharapkan
kau akan tahu
A kata mulutku
Tapi B dalam hatiku
semuanya berlawanan
takde persamaan
Antonim bukan sinonim..
kerana hati lebih tulus
dari bibir yang mengatakan
jika mulut mengucapkan pergi
hati bermaksud datanglah
kerna ku tak bisa
kehilangan...
Andai mulut menyatakan biarlah
Hati pula pasti mengatakan janganlah
Justeru apapun yang dinyatakan oleh mulut
Jangan kau endahkan
kerana mulut tidak mengerti hati dan perasaan
sentiasa mengikut amarah dan ego yang memuncak.
pastinya..kesabaran amat diperlukan
kalau ingin ianya berterusan..
-Anak Pantai-
Mulut blh menafikan segalanya tapi hati mengiakan segalanya....mmg kehilangan amat perit utk diterima andai ia memberi seribu kebahgian dan ketenangan...
BalasPadamnasib baik hati dan perasaan tak sama kan
BalasPadambg yg dh mengerti tak pe la...hati tk sama dgn mulut tp bg yg blm memahami mesti akn menuduh yg bukan2.
BalasPadamapapun semuanya memerlukan kesabaran dan ketabahan
BalasPadam