Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 19 Jun 2011

Apa Yang Saya Harapkan Hari ini..


Have a Great Sunday

Ada beberapa perkara yang  saya harapkan pada hari ini:
  • Doakan dan harapan  semua insan-insan yang saya sayangi sihat dan dirahmati Allah .
  • Pada Mak semoga hari ini semakin sihat dan cergas seperti biasa.
  • Pada Ayah,Selamat Hari Bapa..buat ayah.Saya jua doakan ayah sihat dan bahagia selalu.
  • Pada Joe..semoga cepat sembuh dari lelahmu.Semalam kau berjuang melawan sakitmu..tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.
  • Pada suami tercinta,selamat berjaya dalam pertandingan tenis untuk hari ni.Terima kasih kerana menjadi bapa yang penyayang untuk semua permata hati kita.
  • Pada teman saya...semoga dirimu jua bahagia hendaknya.ceria melewati masa yang beredar..
  • Harapan untuk hari ini biarlah hati dan perasaan ini tenang setenangnya tanpa ada resah.
  • Pada anak-anak...Alya,Alif,Adam,Aimy dan Azib..belajar lah untuk mengerti nilai kesusahan..bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan.Berusahalah tanpa jemu demi kebahagiaan di masa hadapan.
  • Jadilah anak-anak yang mendengar kata.Lakukan dengan penuh keikhlasan dan semoga anak-anak emak menjadi anak-anak yang menyejukkan hati mak dan ayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!