Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 17 Jun 2011

Jumaat yang tenang

Rose 
Cuaca terang hari ni..tenang je melihat mentari menampakkan diri..Aktiviti kat sekolah pagi nie seperti biasa,ada perhimpunan rasmi dan bacaan Yasin..Alhamdulillah keagamaan kat sekolah nie semakin hari semakin mantap..Tahniah pada ustaz dan ustazah yang sentiasa bersemangat demi pelajar-pelajar SMK Demak tercinta.
Suasana kat PPKI sedikit suram dalam kemeriahan..Al-Fatihah juga disedekahkan pada ibu mertua Cikgu Kamariah yang meninggal dunia.Semoga rohnya dicucuri rahmat.hari ini juga keberangkatan guru (Cikgu Badrul dan 3 orang pelajar PPKI ke Greece untuk menyertai pertandingan futsal dan acara padang.Semoga mereka ini pulang dengan membawa kejayaan..Walaupun hanya 4 orang tetapi sudah terasa kesuraman.Inilah dunia PPKI ibarat satu keluarga yang besar.Hilang seorang dah rasa kurang sempurna.Sesuatu yang kita tak akan dapat jika mengajar di aliran perdana.
Pagi ini  P & P juga masih belum sempurna.Tumpuan masih banyak di padang untuk melatih pelajar-pelajar PPKI yang akan bertanding di peringkat negeri nanti..Yang bertanggungjawab melatih dia orag ni tentulah  PK Koko iaitu Cikgu Ruhana dan dibantu oleh beberapa guru yang lain.Saya pulak hanya duk kat kedai usahawan ni..melayan karenah pelajar-pelajar yang datang silih berganti..Maklum dah jadi tukang urus kedai ni kaki dah tak pernah  ke kantin lagi..

Sebenarnya tika dan saat ini hati begitu sayu dan rindu pada insan-insan yang saya sayangi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!