Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 19 Jun 2011

Doa sempena Hari Bapa


Family
Terima kasih emak kerana melahirkan saya ke dunia. Terima kasih ayah kerana mendidik saya selama ini.
Terima kasih pada ayah mertua kerana menerima diri ini sebagai menantu
Ya Allah Ya Ilahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosa kedua-dua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua-dua orang tuaku, sebagai harta mereka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

SELAMAT HARI BAPA PADA SEMUA YANG MENJADI BAPA ATAU AYAH
TERIMA KASIH KERANA MENJADI BAPA YANG PENYAYANG 

Sabtu, 18 Jun 2011

Ambil angin di tasik dengan cheksu

Cheksu dan Aimy

 Seronok memberi ikan makan
 Pose maut Cheksu
 Banyak ikan kat tasik nie


 Ingat buah hati ke Cheksu ni
 Azib sampai mengatuk ...tunggu abang-abang dan kakak melayan ikan di tasik
Memang indah permandangan kat tasik nie..pasti bila saya balik semenanjung nanti inilah antara tempat yang akan saya rindui..

Banyaknya kenangan kita umpama kuntuman bunga matahari nie..Terima Kasih teman..


Sunflowers 
Teman..
Telah lama  jalinan persahabatan kita simpulkan
Usianya sudah begitu matang untuk dihitung
Memori suka duka terlalu banyak tuk dikenangkan

Hubungan kita seiring dengan peredaran masa
Namun ianya tidak terubah walau masa sering berputar
Antara kita semakin erat menjalin rasa
Kita kongsi suka duka
Kita ketawa bersama
dan
Kita pernah kongsi airmata
jua
Kita pernah saling kena mengena
Perli -memerli
menjadikan kita bermasam muka
Tapi pastinya
Semua itu sekejap cuma
atas nama sahabat dan teman
Kita tak bisa terpisah begitu lama
Pasti ada kekurangan
Pasti ada yang tidak lengkap
Kerana 
Antara kita saling melengkapi..
Itulah kita
Dunia kita..
Tetapi..
Itu semua kemarin dan hari-hari yang lalu.
Kini.
Itu semua seakan mimpi
Kerana realitinya..
harus diakui
Kau dan aku terpisah jua kini.
Terima kasih pada sebuah memori..
-Anak Pantai-
Hayatilah lirik lagu di atas..Buat mu teman

Terima kasih

Wishing Good Afternoon With Flowers 
Teman....
kepada anda yang singgah di blog saya tika dan saat ini,terima kasih banyak-banyak kerana menjadi teman di alam maya saya.
Apapun anda dan walau di mana anda ketika ini..saya doakan agar kalian sentiasa diulit kebahagiaan.
Salam....dari Anak Pantai.

cinta tak bersyarat


Best dengar lagu ni...rasa syahdu..
demi nama cinta telah kupersembahkan hatiku dalam hidup mu....

Jumaat, 17 Jun 2011

Jumaat yang tenang

Rose 
Cuaca terang hari ni..tenang je melihat mentari menampakkan diri..Aktiviti kat sekolah pagi nie seperti biasa,ada perhimpunan rasmi dan bacaan Yasin..Alhamdulillah keagamaan kat sekolah nie semakin hari semakin mantap..Tahniah pada ustaz dan ustazah yang sentiasa bersemangat demi pelajar-pelajar SMK Demak tercinta.
Suasana kat PPKI sedikit suram dalam kemeriahan..Al-Fatihah juga disedekahkan pada ibu mertua Cikgu Kamariah yang meninggal dunia.Semoga rohnya dicucuri rahmat.hari ini juga keberangkatan guru (Cikgu Badrul dan 3 orang pelajar PPKI ke Greece untuk menyertai pertandingan futsal dan acara padang.Semoga mereka ini pulang dengan membawa kejayaan..Walaupun hanya 4 orang tetapi sudah terasa kesuraman.Inilah dunia PPKI ibarat satu keluarga yang besar.Hilang seorang dah rasa kurang sempurna.Sesuatu yang kita tak akan dapat jika mengajar di aliran perdana.
Pagi ini  P & P juga masih belum sempurna.Tumpuan masih banyak di padang untuk melatih pelajar-pelajar PPKI yang akan bertanding di peringkat negeri nanti..Yang bertanggungjawab melatih dia orag ni tentulah  PK Koko iaitu Cikgu Ruhana dan dibantu oleh beberapa guru yang lain.Saya pulak hanya duk kat kedai usahawan ni..melayan karenah pelajar-pelajar yang datang silih berganti..Maklum dah jadi tukang urus kedai ni kaki dah tak pernah  ke kantin lagi..

Sebenarnya tika dan saat ini hati begitu sayu dan rindu pada insan-insan yang saya sayangi..

Khamis, 16 Jun 2011

Cili Padi hasil sulung fertigasi


 Saya nie..tukang menyibuk je..
 Lepas ni cili ni perlu dihantar ke kedai usahawan dulu ..dan sayalah taukenya..Hihi jangan marah semua.Apa yang penting PPKI SMK Demak Baru sentiasa cemerlang dan terbilang.InsyaAllah.
nota* 
-Hari ini ada bacaan doa dan bacaan surah Yasin untuk mengiringi pemergian tiga orang pelajar PPKI dan seorang guru ke Athens .Semoga selamat pergi dan pulang membawa kejayaan.

-Hari ini juga diadakan latihan melontar peluru dan cakera serta lompat tinggi bagi persediaan untuk pertandingan di peringkat daerah kuching.

 

Selamat Pagi Dunia...Langkah Pertama harapnya berjaya.

Yellow Flowers 
Selamat pagi dunia...alhamdulillah ,masih diberi kesempatan meneruskan sisa-sisa hidup di alam fana ini..
Pagi yang tenang...walaupun diluar masih lagi kabur dan berbalam..tapi fajar diufuk timur semakin menampakkan diri..dingin..tapi amat tenang..Sayu di hati bila memandang langit tanpa diserikan dengan bulan dan bintang...gelap ...tapi damai.
Inilah hobi saya ..dari di alam persekolahan hingga anak -anak dah separuh..hobi melihat alam waktu dinihari amat saya suka..Tapi tika nie satu yang tak dapat lagi saya buat iaitu menyentuh embun yang berada di atas daun..sambil kaki berjalan mengeliling rumah.Kalau di kampung itulah yang saya lakukan dulu tapi kini hobi itu terpaksa saya tinggalkan seketika yelah keselamatan perlu di jagakan Lebih-lebih lagi tinggal di rantau orang yang sekelilingnya tidak mesra alam..
Sebenarnya melihat dan menikmati suasana tika menanti fajar ni amat bermakna buat saya..Ianya seolah satu terapi buat saya..Bila saya resah,sedih dan dihujani pelbagai permasalahan ,cara inilah yang saya lakukan untuk menenangkan diri saya.Inilah dunia saya..suka kan alam kerana alam seakan mengerti isi hati seseorang..
Hari ini rasanya perjalanan hidup sebagai pendidik seperti biasa cuma kesibukan semakin hari semakin bertambah ,harap saya dapat mengatasi segala yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna kerana saya juga insan seperti insan-insan lain yang banyak kelemahan. Terkadang tu tewas juga untuk direntasi..kesabaran hilang,kemarahan memuncak..Terkadang pula sifat tu dapat dielakkan..Pun begitu berada di alam insan-insan istimewa ini banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan,kesabaran dan kasih sayang..tanpa mengira warna kulit  dan suku kaum atau bangsa.umpama anak-anak sendiri yang harus saya jaga sebaiknya..Setiap pagi ,pabila pintu kereta saya dibuka,telinga saya pasti digamit panggilan-panggilan yang pelbagai daripada anak-anak murid saya.."selamat pagi Cikgu" "Cikgu ita,cikgu ita" Mummy,"hai sayang" dan macam -macam panggilan yang saya dengar .Lain murid lainlah pulak panggilannnya.Bergantung tahap kesukaan mereka pada saya.Ini semua merupakan motivasi buat saya untuk lebih menjadi guru yang disayangi mereka.
Oh ya..langkah pertama saya sebenarnya hari ini saya nak cuba tukarkan sedikit perjalanan kehidupan saya.Harapnya saya berjaya.Terkadang kecanggihan IT dalam banyak manfaat yang kita perolehi darinya disebaliknya pula ada kesan yang amat mendalam pada hidup seseorang..komunikasi tanpa sempadan menjadi kan corak hidup seseorang semakin berubah. Saya nak kembali pada masa-masa dulu walaupun kita selalu mendengar jangan menoleh ke belakang..Tapi bagi saya ada perkara tertentu yang menyebabkan kita terpaksa menoleh ke belakang....
Justeru...untuk seketika saya tinggalkan dulu facebook ...walaupun terasa sayang dengan muncul-kembali teman-teman sekian lama tak jumpa tapi disebaliknya banyak melalaikan saya...Ruang masa saya terabai...dan ruang bersama insan-insan kesayangan saya kian sempit..
Azan subuh dah lama berkumandang.Jemari ini harus berhenti menulis..Semoga hari ini Allah memberikan banyak kesabaran dan ketabahan buat saya dalam meniti perjalanan masa.

Rabu, 15 Jun 2011

Teruskan langkah..


 Bagi mereka yang baru melangkah
perjuangan masih jauh
Masih suram di dalam kelam
Sinar cahaya nun di hujung sana.
Kesabaran ,ketabahan dan kesungguhan
Akan membuahkan
Segala angan dan impian
Menjadi kenyataan 
dan bukan lagi ilusi 
Tapi
Realiti..
dan 
Harus juga kau sedari
Dalam realiti ada fantasi
yang menjadikan kita bermotivasi...
untuk mencapai misi dan visi
-Anak Pantai-

Selasa, 14 Jun 2011

Projek Kedai Usahawan -Aiskrim Malaysia dan pembungkusan kerepek

 Pelajar Shahfriezan dan Hazil menunjukkan cara membungkuskan aiskrim..Cikgu Khatijah tersenyum simpul lihat hasilnya
 Kelas PPKI 3 tak melepaskan peluang mencari pengalaman membuat aiskrim..
 Norazi (PPKI 6) sedang tekun membuat bungkusan kecil kerepek untuk dijual
Pelajaran hari ini sebenarnya adalah pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif..Tapi saya dan cikgu Khatijah saje bersepakat untuk mengajar  membuat aiskrim dan membuat pembungkusan kerepek. Justeru projekpun berjalan..Seronok lihat pelajar -pelajar ini teruja dengan aktiviti hari ini..

Apabila peraturan letak di bawah kaki..

The key to success 
Pagi tadi lima orang pelajar kena panggil dan di rotan..Dalam lima orang tu termasuklah dua orang pelajar perempuan...Biar di rasa semalam berlagak macam hero dan heroin.Orang balik pukul 4.50 dia buat peraturan sendiri .Menipu guru dan keluar pukul 1.30 .petang..Banyak cantik muka dia orangkan..lagak macam anak VVIP.Tapi rasanya anak-anak VVIP tahu menghormati peraturan..Inilah susah kalau dah perasan sekolah mak bapak dia yang punya.Kita guru ni..jumpa kat luar dia orang pandang sebelah mata selamba jer dia tengok kita tanpa rasa bersalah...tapi takper  hari ini aku tunjuk kuasa. Bila dalam kawasan sekolah nie..hahaha baru dia orang tau langit itu tinggi rendah.
Rasanya terkejut beruk makyeh,sebab tak sangka aku tuding jari masa perhimpunan tadi...minta datang ke depan..
Baru kau tahu diamku ada batasnya..sedapkan dapat merasa hayunan rotan kat pungung oleh PK HEM..Kalau ikutkan hati mahu aku sahaja yang merontan mereka.Nak juga mendengar keluhan sayu sedapnya rasa penangan rotan tu..Pada pelajar perempuan yang kena kat tangan tu..habislah lepas ni tangan jadi kasar terkejut pakwe bila pegang tangan nanti..Ada di kalangan mereka,kali pertama dalam alam persekolahan kena rotan di perhimpunan.Cikgu pasti tika ini kenangan pahit yang menggaggu tidur kalian malam ini dan membuat kalian tersenyum bila alam ini kalian tinggalkan.Pasti akan menjadi paling lucu..KANTOI..
Apapun peraturan  tetap peraturan ..selagi kalian bergelar pelajar SMK Demak Baru..Doa Cikgu kalian dibuka kan pintu hati ke jalan yang lebih baik..

Isnin, 13 Jun 2011

Wahai pelajar ponteng kau suka, bagi cuti kau tak nak..Kenapa ekk

My Life My Rules...
Hari ini kerja dah bermula balik.Saya pasti siapa yang menjadi pendidik seperti saya ,akan terasa kurangnya semangat untuk menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Pagi-pagi lagi kerja dah mula..Terpaksa mencari pelajar-pelajar aliran perdana yang terpaksa digantung persekolahan..Yang lucunya masing-masing merayu supaya jangan digantung..
Saya: awak tahu tak kesalahan awak
Pelajar A: Tak Tau cikgu.
Saya: Hari tu kan awak dah dapat surat pertuduhan tak
pelajar: dapat cikgu..
Saya: habis tu kenapa cakap tak tahu
Pelajar B..Habislah saya cikgu ,mak ayah saya..kena palu saya nanti cikgu..
(merungut pelajar yang lain..saya dahlah lama tak datang sekolah datang hari ni terus kena gantung)
Saya: sebab awak tak datang lamalah awak kena gantung..patutnya awak suka lah saya bagi holiday lama untuk awak..harap awak datang dengan semangat yang baru.
Pelajar C:Cikgu saya ada merit kenapa tak dimasukkan patutnya saya belum digantung..salah cikgu A tu tak masukkan untuk saya.
Saya: ok sekarang saya bagi masa kat awak senaraikan merit yang awak buat dan minta Cikgu A sahkan
Tau tak senarai yang diberikan pada saya
-Wakil sekolah untuk acara bola sepak (kira oklah dapat 10 mata merit)
-tolong cikgu bawa buku ke kelas (4 kali) (2x4=8 mata merit)amboi...banyak cantik muka tolong bawa buku 4kali pun dikira..masa buat salah beribu-ribu lemon terpaksa saya padamkan separuh salah diorang..Sebabnya saya cikgu yang ada hati dan perasaan.Mudah kesian kat dia orang walaupun saya tahu dia salah.
Kerana saya yang baik ini ,pelajar C saya gugurkan pergantungan dan saya bagikan amaran terakhir.Andai namanya masih lagi saya jumpa..Siaplah
Yang syok pulak tu ada pulak pelajar perempuan yang mengantungkan diri sebelum terima arahan dari saya..Bagi surat pertuduhan dia pulak terus tak datang..Bila hari ni bagi dengan selamba saya dah tak datang sekolah seminggu dah cikgu.Hari ni baru saya datang.Rujuk dengan cikgu tingkatan..memang benar dia dah ambil tindakan sendiri .Atas dasar simpati saya terpaksa merelakan cuti tanpa izin dan cuti dengan izin seminggu lagi..
Aduhlah ..saya dah cukup tension dengan mengadap pelajar yang tegar ni..Jiwa saya bukan jiwa yang keras dengan ujian.Saya mudah tertewas dengan linangan airmata pelajar..Saya tak pandai garang dengan mereka.Kenapalah saya diberikan tugas macam ni...
Inilah dunia guru bukan sahaja mengajar terpaksa juga mengambil alih melayan karenah anak-anak murid yang penuh kurang adab nilai nya..
SEMOGA SAYA TERUS TABAH..





Azib diusia 3 bulan







Rawat hati akibat terpisah...

Butterfly Graphic #43 
Perpisahan sesuatu yang amat menyakitkan..sama ada kita pergi meninggalkannya atau kita ditinggakkan..atau juga kita kehilangan..Adakah anda sedang bersedih tika nie..Jangan sedih-sedih ekk..sebab setiap apa yang kita temui dan pernah bersama-sama kita ,hujungnya akan pergi jua.Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan sesesorang biarpun dia amat-amat kita sayangi..sebab pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimana kita cuba mengelaknya..chewah!!!..tulis ayat punyalah sedap saya nie kan..Tapi hakikatnya saya rasa saya salah seorang insan yang dalam kategori mudah sedih..mudah pilu..jenis airmata yang turun laju..Tengok citer dalam dramapun sama-sama menangis dengan pelakon macam lah saya pulak pelakonnya.Inikan pula realiti yang saya kena tempuhi..
Terasa pula ingin mencari ubat merawat hati andai terjadi perpisahan dengan insan-insan yang kita sayangi..
Seandainya dia pergi disebabkan kematian..redhalan dengan pemergiannya itu.Buktikan kecintaan abadi dengan memanjatkan doa dan Al-fatehah agar mendapat manfaat di alam sana.usah ditangisi kerana kita pasti akan menyusul jua cuma masa dan ketika entah bila..
Andai dia pergi akibat prpisahan cinta,biarkanlah dia pergi sebab setiap kita berhak menentukan dan memilih siapa yang berhak  hidup di sisi kita...siapa yang patut dicintai..tidak perlu kita menyesali perpisahan sebab kita pastinya tidak akan tahu apakah setiap pertemua itu baik untuk kita atau sebenarnya perpisahan lebih bermakna buat kita demi kebaikan kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat.
Terkadang saya terfikir sesakit manapun kita menghadapi perpisahan yang macam tu..ada insan lain yang lebih sakit kerana terpisah oleh kehilangan dan tiada tanda untuk dingati..cuba kita fikirkan ekk..ibu bapa yang kehilangan anak akibat tindakan insan -insan yang tidak bertanggunjawab..hilang begitu sahaja..Tiada khabar berita .Sungguh..saya tidak dapat bayangkan kesedihan pada ibu bapa yang mengalaminya.
Perpisahan antara ibu dan anak jauh kesannya berbanding dengan perpisahan antara kekasih atau perpisahan suami isteri.di tambah pula dengan kehilangan secara misteri..amat menyakitkan!!
Bagaimana dengan nasib anak-anak yang hilang..Teringat nasib Adik Sharlinie..masih belum tiada khabar..harapnya dia masih bernyawa walau jauh dari mak ayah nya..Dan Semoga Allah mempertemukan nya dengan ibu dan ayah secepat mungkin..kerana dia kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa..
Kenapa aku sensitif ni..yelah bila dah punya anak-anak anugerah Allah ini..ia dalah permata yang amat bernilai dan perlu dijaga..Nikmat yang Allah berikan pada kita dengan zuriat kita sendiri..Ada orang terpaksa mengambil anak angkat untuk menghiasi alam rumahtangga tapi kita diberikan nikmat dari benih kita sendiri..

Sebelum Malam berlabuh.....

Red Rose
Lama sudah rasanya blog ini kutinggalkan tanpa cerita..mungkin tiada apa yang perlu untuk dikongsikan ataupun mungkin dah kekeringan idea untuk ditulis..Pun begitu terima kasih berbanyak pada yang sudi mengunjungi blog saya ni..Yang setia pada cerita-cerita saya.Sesungguhnya saya amat bangga anda sentiasa menjadi sahabat saya walaupun hanya di alam maya ini..
Oh..ya..sebelum malam berlabuh tapi dah berlabuhpun saat titipan jemari saya ni mengukir di papan key laptop..Dah pagipun..Frust jugak tadi ketinggalan mengikuti Af final.Tapi takpe astro sentiasa akan mengulang dan ulang ..Bagus juga astro ni suka ulang tayang benda yang sama hingga terkadang sampai dah hampir loya dihidangkan dengan.benda yang sama.Kalau macam ni ..susahlah otak nak berjalan kan..
Penghujung malam ini masanya sesuai sangat untuk kita muhasabah diri dan mengingati kembali apa yang telah dilakukan  .Chewah..lagak pakar motivasi pulak saya nie kan....Kewajarannnya jangan ditanya kerana melaluinya kita akan sedar sama ada hari-hari yang dilalui sebelum ini penuh bererti atau kita membiarkan sahaja dia pergi berlalu tanpa erti.
Beberapa  aspek yang perlu difikirkan 
Keluarga..!!!!
Anak-anak!!!
kerjaya!!!
Diri-sendiri!!
Keluarga.....Setakat ini alhamdulillah...setiasa dilingkari kebahagiaan.Tak lupa memanjatkan rasa kesyukuran kerana Allah menghadiahkan seorang suami yang bertanggung jawab ,penyayang dan sentiasa menjadi tulang belakang ketika suka dan duka...Orang kata sesekali bertikam lidah..mulut memuncung ,rajuk  dan benci itulah adalah adat dalam alam rumahtangga dan menjadi rencah-rencah menambah rasa perhubungan suami isteri.
Anak-anak...Sesungguhnya Allah juga mengurniakan saya putera-puteri yang sampai sekarang saya tak sangka anak dah 5 orang..saya nie masih lagi nak bergaya..tak terasa pun diri dah tua..anak dara dah ada..Itu semua tak penting kan..Lain orang lain gayanya yang penting disudut hati kita kebahagiaan sentiasa ada.Tau tak..kecanggihan sains dan teknologi sekarang nie..terkadang telah menarik nikmat saya dan anda dengan anak-anak tanpa kita sedari...FB..blog..twitter..sms dan banyak lagi rupanya mengambil nikmat saya dengan mereka..Masa yang sepatutnya diisi dengan mereka kita kini banyak habiskan dengan benda itu semua..Kesian anak-anak kita ..(peruntukan sedikit masa indahmu...kerana mereka memerlukanmu...)Chewah..lepas nie..saya kenalah fikir apa yang saya mahu  dan anak-anak mahukan.
Kerjaya...rasanya menuju ke jalan yang betul.Cukuplah pengalaman lalu mengikuti insan-insan yang sentiasa mencari kesilapan orang lain akhirnya memakan diri kita..Dalam kerjaya sebagai seorang pendidik anak-anak istimewa ini kesabaran yang tinggi dan kasih sayang serta keikhlasan harus tidak kering dalam hati..Pun begitu dengan siapa kita bekerja...ikutlah segala arahan yang diberikan tanpa alasan selagi berada dilaluan yan betul..Jangan dengar sangat apa orang kata.. 
 Diri -sendiri...oklah kut..ada suka ada duka..Semua orang macam tu kan..Hidup umpama roda terkadang di atas terkadang dibawah..juga umpama cuaca ..ada panas,mendung dan tertiba hujan yang tak disangka..Begitu juga dengan diri saya..Suka dan duka silih berganti..Bila suka saya terkadang terlupa Dia Yang Maha Kuasa..lupa bersyukur dengan segala yang diberikan..Bila kesedihan menghimpit mula Dia menjadi tempat mengadu paling utama..Inilah kita Hamba yang sentiasa lupa ..Hidup ini juga ibarat masakan..ada manis,pahit,masam dan masin..yang saya dan anda lakukan seimbangkan segala rasa..Kalau manis sepanjang masa buat kita alpa tapi tak mahulah pulak masin dan pahit sentiasa ada..kalau masam sesekali tu pun takpe..kalau manis je..takut kena kencng manis pulak kan..hihihi
Kesimpulannnya..tetapkan hala tuju, tentukan juga sasaran untuk apa yang kita mahukan dalam keluarga,anak-anak,kerjaya dan diri sendiri..
Buat anda dan juga buat saya..pastikan apa yang disasarkan adalah untuk kebaikan diri dan mendatangkan kebaikan buat yang tersayang..

Nota kaki:
  • semalam berlalu begitu sahaja..maaf kekawan tiada masa untuk kita berbicara..esok harap masih ada
  • Bawa anak-anak pergi ke tasik..seronok melihat mereka memberi makan ikan.
  • Cheksu ..nasi dagang yang dibuat sangat sedap..jujur dari hati nie..