Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 13 Jun 2011

Sebelum Malam berlabuh.....

Red Rose
Lama sudah rasanya blog ini kutinggalkan tanpa cerita..mungkin tiada apa yang perlu untuk dikongsikan ataupun mungkin dah kekeringan idea untuk ditulis..Pun begitu terima kasih berbanyak pada yang sudi mengunjungi blog saya ni..Yang setia pada cerita-cerita saya.Sesungguhnya saya amat bangga anda sentiasa menjadi sahabat saya walaupun hanya di alam maya ini..
Oh..ya..sebelum malam berlabuh tapi dah berlabuhpun saat titipan jemari saya ni mengukir di papan key laptop..Dah pagipun..Frust jugak tadi ketinggalan mengikuti Af final.Tapi takpe astro sentiasa akan mengulang dan ulang ..Bagus juga astro ni suka ulang tayang benda yang sama hingga terkadang sampai dah hampir loya dihidangkan dengan.benda yang sama.Kalau macam ni ..susahlah otak nak berjalan kan..
Penghujung malam ini masanya sesuai sangat untuk kita muhasabah diri dan mengingati kembali apa yang telah dilakukan  .Chewah..lagak pakar motivasi pulak saya nie kan....Kewajarannnya jangan ditanya kerana melaluinya kita akan sedar sama ada hari-hari yang dilalui sebelum ini penuh bererti atau kita membiarkan sahaja dia pergi berlalu tanpa erti.
Beberapa  aspek yang perlu difikirkan 
Keluarga..!!!!
Anak-anak!!!
kerjaya!!!
Diri-sendiri!!
Keluarga.....Setakat ini alhamdulillah...setiasa dilingkari kebahagiaan.Tak lupa memanjatkan rasa kesyukuran kerana Allah menghadiahkan seorang suami yang bertanggung jawab ,penyayang dan sentiasa menjadi tulang belakang ketika suka dan duka...Orang kata sesekali bertikam lidah..mulut memuncung ,rajuk  dan benci itulah adalah adat dalam alam rumahtangga dan menjadi rencah-rencah menambah rasa perhubungan suami isteri.
Anak-anak...Sesungguhnya Allah juga mengurniakan saya putera-puteri yang sampai sekarang saya tak sangka anak dah 5 orang..saya nie masih lagi nak bergaya..tak terasa pun diri dah tua..anak dara dah ada..Itu semua tak penting kan..Lain orang lain gayanya yang penting disudut hati kita kebahagiaan sentiasa ada.Tau tak..kecanggihan sains dan teknologi sekarang nie..terkadang telah menarik nikmat saya dan anda dengan anak-anak tanpa kita sedari...FB..blog..twitter..sms dan banyak lagi rupanya mengambil nikmat saya dengan mereka..Masa yang sepatutnya diisi dengan mereka kita kini banyak habiskan dengan benda itu semua..Kesian anak-anak kita ..(peruntukan sedikit masa indahmu...kerana mereka memerlukanmu...)Chewah..lepas nie..saya kenalah fikir apa yang saya mahu  dan anak-anak mahukan.
Kerjaya...rasanya menuju ke jalan yang betul.Cukuplah pengalaman lalu mengikuti insan-insan yang sentiasa mencari kesilapan orang lain akhirnya memakan diri kita..Dalam kerjaya sebagai seorang pendidik anak-anak istimewa ini kesabaran yang tinggi dan kasih sayang serta keikhlasan harus tidak kering dalam hati..Pun begitu dengan siapa kita bekerja...ikutlah segala arahan yang diberikan tanpa alasan selagi berada dilaluan yan betul..Jangan dengar sangat apa orang kata.. 
 Diri -sendiri...oklah kut..ada suka ada duka..Semua orang macam tu kan..Hidup umpama roda terkadang di atas terkadang dibawah..juga umpama cuaca ..ada panas,mendung dan tertiba hujan yang tak disangka..Begitu juga dengan diri saya..Suka dan duka silih berganti..Bila suka saya terkadang terlupa Dia Yang Maha Kuasa..lupa bersyukur dengan segala yang diberikan..Bila kesedihan menghimpit mula Dia menjadi tempat mengadu paling utama..Inilah kita Hamba yang sentiasa lupa ..Hidup ini juga ibarat masakan..ada manis,pahit,masam dan masin..yang saya dan anda lakukan seimbangkan segala rasa..Kalau manis sepanjang masa buat kita alpa tapi tak mahulah pulak masin dan pahit sentiasa ada..kalau masam sesekali tu pun takpe..kalau manis je..takut kena kencng manis pulak kan..hihihi
Kesimpulannnya..tetapkan hala tuju, tentukan juga sasaran untuk apa yang kita mahukan dalam keluarga,anak-anak,kerjaya dan diri sendiri..
Buat anda dan juga buat saya..pastikan apa yang disasarkan adalah untuk kebaikan diri dan mendatangkan kebaikan buat yang tersayang..

Nota kaki:
  • semalam berlalu begitu sahaja..maaf kekawan tiada masa untuk kita berbicara..esok harap masih ada
  • Bawa anak-anak pergi ke tasik..seronok melihat mereka memberi makan ikan.
  • Cheksu ..nasi dagang yang dibuat sangat sedap..jujur dari hati nie..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!