Resepi Donat Gebu Gebas
Bahan-bahan:
500gm tepung high protein
60gm gula
10gm saf instant yis
1biji telur
2sudu makan susu pekat
5gm superbake
3gm baking powder (tak payah pun takpa)
60gm mentega/shortening/minyak
esen vanila untuk bau lebih wangi
220-250ml air sejuk,cold water
adjust letak sikit2
guna ais ketul+air cold untuk bagi doh sejuk dan tak cepat kembang
Campurkan semua dalam mixer,uli sampai elastik
Timbang 45gm dan bulatkan
Leperkan dan tebuk lubang
Tunggu kembang dalam 45-1jam
sedia di goreng dalam minyak panas.guna api kecil sahaja.
Untuk salutan gula campur gula perang+gula kastor halus +cinnamon=sedap
sila cuba
Nota:
1-penebuk lubang kaksu ada tunjuk boleh tengok di gambar.pakai penutup botol pun boleh.jangan sesusah g beli pulak.guna apa yang ada di dapur.
2-nak dapat ring putih cantik,kena uli elastik dan doh kena sejuk.sebab tu kalau uli pakai mixer guna ais+air yang cold untuk elak cepat kembang.
3-bulatkan doh bagi cantik masa kita rounding.Jangan guna tepung masa nak rounding.sapu sedikit minyak dekat tangan kalau takut melekat.
4-jangan over proof
Ni susah nak explain masa sesuai untuk goreng.biasa tengok permukaan donat tu dia macam ada nampak bayang-bayang udara.boleh la goreng.kalau overproof nanti donat tu melekat masa nak angkat dan goreng.
Terimakasih sudah berbagi info dan resepnya,.
BalasPadam